Sunday, May 27, 2012

Mencari Bloggers Perempuan Ke Hi-Tea Party Cik Lily Putih



Hi Korang,

Kalau korang perasan, dulu aku pernah buat Hi-Tea Party untuk bloggers ni. Tak caya meh baca entry ni. Hah walaupun tak ramai tapi meriah sangat. Ada makan, games dan goodies bag lagi kan.

Ermm rasanya nak buat lagi lah untuk tahun ni.

So aku sedang mencari bloggers pompaan untuk ke Hi-Tea Party yang aku akan buat tak lama lagi. Tak kisah apa status yang penting bloggers perempuan sahaja.  

Nak join tak? Haruslah nak kan.

Korang kena komen kat entry bawah ni few details yang formatnya sebegini.

Nama :

Email address :

URL :

Umur :

Status : Dah kawin ke, anak dara ke kan,

Pernah Jumpa K Lily (Ya/Tidak) : Kalau ye pernah jumpa kat mana. Tulis details ye senang aku nak cam muka korang. hah korang tulis penah jumpa kat event mana ke, kat tepi jalan ke, kat pasar malam ke, kat parking ke, tak pernah jumpa ke kan.

Waktu Free Untuk Pi Event : korang tulislah suka pi event lepas keje ke, hari sabtu ke, hari ahad ke dan jangan lupa letak kul berape sekali ek yang korang suke kan.

Hah itu je, senang kan. Tak susah mana pun nak join Hi-Tea Party aku ni. Tak delah aku buat grand sangat but maybe buat kat luar rumaH kot coz umah ktorg ni kecik je, itu pun ikut kemampuan Mr Big kan.

Cepat-cepat komen ye. Pemilihan berdasarkan pada komen korang tentang waktu free pi event tu kan. Aku akan pilih secara randomly.

Itu je.. cecepat ek..


UPDATE 30/5/2012


Nama-nama seperti Mak Dara, Nisa Kay, Pen MeraH, Zuriati, Afra Yuri, Mira Cicit, SaraH, Akuzle Ayu, EllaNadjla, Nurul Siezuka, Wan Fadila, Nik, Awek Retro, KancilBiru dan diya86 dah masuk dalam list yanG pertama ni. So nantikan berita selanjutnya ye


5 comments :

Nisa Fuzi said...

Kak Lily nak join !!
tp boleh before 6hb 6 ni je la.. pastu balik perlis dah...

Rozita Said said...

Cik Lily, I nk joint bleh ke? ;)

Geng Borak said...

kenapa perempuan saja..?? wiuwiuwiuu

Myra Jay said...

Kat Utara @ Penang buat tak?
Klaau tak, leh gak join ;)

akuzle ayu said...

Ok.. Tungguuuu