MY HISTORIC MOMENTS

Wednesday, February 29, 2012

WW - Pengganti Rozita Che Wan

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week..


Rasanya leh ganti pelakon Rozita Che Wan yang diva tuh tak?

Ermm boleh kot..

Comey kan.. (masuk bakul angkat sendiri ye)


Tuesday, February 28, 2012

Nuffnang 5th Birthday Bash Celebration

Hi Korang,

Dah 5 tahun dah rupanya Nuffnang ye. Pejam celik pejam celik sekejap je rasanya. Sempatlah aku dengan Mr Big ke birthday party Nuffnang kat Neverland Club KL. Not bad gak tempatnya. Tengah KL parking pun senang depaan club je cuma bayo je pre entry RM3.00 je sangat murah berbanding dengan club2 lain yang penah aku masuk.

Sesampai kena check IC dulu sebelum masuk, cukup ke tak umur nak masuk kan. Hah, ktorg nie terlebih umo itu yg cepat je dapat masuk tuh. Register kejap, amik goodies bag and kene cop tangan tanda ktorg boleh masuk. Then ada tempat untuk bergambo dan sign big birthday card kan.


 






 
Memasuk je dah ramai yang sampai. Bloggers kalau event beso2 nie memang cepat je sampai. Yelah nak bercamwhore sakan kan. Itu yang seronok tuh.

So acara di mulakan dengan solo performance by Luke. Dia ni penari yang serba boleh. Semua step dance yang pelik2 dia boleh buat. Terrer tuh.

MC for tonight phat-babes from Hitz FM. Kelakar yang amat. Hilarious.

Then The Boss of Nuffnang, Timothy Tiah mesti lah kasi speech sket kan.

 


Acara nyanyi2 birthday song and potong kek sambil buat pose lagi stickman kan. Comel sungguh.


Barulah ada live band performance and some Q and A session untuk bloggers. Ada yang dapat t-shirt, special tumblers, digital camera dan holiday trip lagi. Aku? cuma dapat t-shirt sehelai jadi lah kan. Sapa nak bagi.






Lepas tuh, acara bergambo ni tak abis2 dari dalam club sampai ke luar club. Kalau dah blogger tu blogger jugak lah. Amik gambo mesti tak lepas kan.


Anyway thank you Nuffnang for this special invitation ye. Hopefully akan ada great activities for Nuffnangers ye. 

CLP notes : Tak tulis pepanjang pun coz ramai dah tulis pasal ni. Korang leh check it out kat blog diorg jugak ek. Sharing is caring kan.






Happy Birthday Mr Big

Hi Korang,
Bukan setakat Nuffnang je celebrate burfday yang ke 5 ada sorang lagi yang jadi favourite dalam hati aku ni punya birthday gak.

Its Mr Big Birthday


Anyway happy birthday dear..
May all your wishes come true..
May our love become stronger than ever...

I love u so much..

Ishkk jiwang plak rasanya, malu tahap cipan nie tau.

Hah, korang jangan lupa wish ye.. kahkahakhakha acah je lah..
CLP notes : So tak de masa nak update blog for today only coz nak pi bercintan cintun ye hari nie... kahkahkahkakakhakhakha




Monday, February 27, 2012

English Breakfast @ Kedai Kopi Tasik Shah Alam

Hi Korang,

Aku memang jarang ke Shah Alam kalau tak de sebab ek. Yelah tak kan nak buat masa gitu je kan. Sebab Mr Big ada photography class kat Taman Tasik Shah Alam ni so aku ikutlah sekali. Dapat jugak jejalan sambil cuci mata kan.


Perut pun lapo dan class pun belum sempat start lagi so pi lah bersarapan kat Kedai Kopi ni. Memang nama kedai ni kedai kopi ek. Memacam menu ada baik local or english breakfast kan. So tak nak rasa ngantuk dan cepat letih so ktorg decide amik english breakfast. Sekali sekala nak jugak perasan jadi orang putih kan.


So Mr Big pilih Roti Bakar Ala Inggeris 


Aku plak pilih French Toast.


Wah kelas kan, memasing tak nak kalah. Order kemain lagi. Cepat gak lah makanan sampai. Siap ada buah sekali tau. Tang minum yang kelakar sket memasing plak kopi ais dan kopi O ais, langsung hilang keinggerissan tu kan. 


Apa lagi lagi makan dengan enjoynya sambil nikmati pemandangan tasik shah alam yang sangat ramai orang time tuh coz ada event HerbaLife. Nasib baik diorg tak suruh aku join kuruskan badan kan.

Sangat tak orang putih wokeh...

Nanti citer pasal Nuffnang Birthday Bash ek.. Camera pun ntah kemana coz balik semalam main campak gitu je, so stay tune...



Saturday, February 25, 2012

4 jam Explorasi Di Petrosains KLCC

Hi Korang,

Last week kot ktorg pik e Petrosains KLCC. Kiranya ini first time masuk ke sini. Kalau tak pasal kene review memang confirm aku tak kan masuk ke sini.


Bila ktorg dapat tiket tu, terus je call for booking. Yelah pi time weekend of course ramai orang kan. Once dapat reference no. je mandi2 dan bersiap ke KLCC. Lepas kurang kul 10.30am ktorg sampai coz time masuk ktorg kul 10.45am memang breakfast dalam kete je makan biskut kering untuk tambah energy.


Sesampai je ktorg di sambut oleh receptionist yang lobby Petrosains. Dah bagi booking no dan tiket  ktorg pun masuk siap reception tanya nak guide ke,rasanya no need coz ktorg nak rasa sendiri experience dalam Petrosains tanpa sesiapa pun guide kan.


Memula sekali kena naik The Dark Side untuk ke dalam Petrosains. Kira macam naik keretapi cam tulah sambil melihat di kiri kanan wall tu penuh dengan pemandangan mengenai Malaysia. Ada hutan2, lalu kat gunung ganang, dapat tengok planet dan memacam lagi lah. Kata Mr Big dah macam naik roller coaster kat USS tapi version slow. Seronok!


Kiranya dalam Petrosains ni ada 6 area untuk di lawati seperti Petrojaya, Geotime Diorama, Exploration, Sparkz, Speed, dan The Molecule Nano World. Setiap area ni ada function yang tersendiri. Dari dunia zaman batu beratus tahun dulu hingga zaman hari ni.


Zaman yang aku suka sekali is Geotime Diorama sebab ada dinosaur besar yang boleh menyanyi dalam bahasa melayu dan English. Klik kat sini untuk tengok video Mr Big joget dengan T-Rex tu ek. Ada gak harimau besar yang sangat menakutkan lah.


Belajar Pasal Tenaga

Belajar Pasal Batu batan

Mr Big paling suka kat area Exploration dan Speed coz dekat Exploration tu ada Mesin Gempabumi. Kita boleh duduk kat bangku yang disediakan dari rasa sendiri macammana gegaran gempabumi tu dari level rendah hingga kekuatan yang tertinggi sekali. Kira terpelantinglah botol air yang aku pegang tu kan.

Sliding Tube


Kat Speed plak, area F-1 Racing. Ada F1 punya kereta di pamerkan. Then boleh gak rasa cam ner berlumba dengan naik kereta F1 tu kan. Hah nasib baik dia muat naik, kalau tak tak merasalah nak berlumba.

Mesin Gempabumi

Korek Pasir plak


Making Cloud

Ktorg sempat jugak ke tayangan 3D.Walaupun dah selalu pi tengok wayang 3D but still nak masuk dan layan kartun walaupun 15 minit je. Kahkahakha. Tengok cam ne keadaan dalam pelantar minyak, dengar talks pasal tanah runtuh, live science shows, main banyak games dan memacam lagi lah.

Main Bayang-bayang

Kemudahan awam yang tersedia di Petrosains

Dunia molekul

Pelantar minyak di Petrosains

Korang cuba bayangkan, ktorg yang dah tua bangka ni bukan main seronok main segala mak neka games dalam Petrosains, inikan plak bebudak sekolah kan. Pendek kata segala jenis peringkat usia boleh dating ke Petrosains ni. Even masa time ktorg melawat tuh, ada ramai foreigner duk seronok tengok sejarah mengenai Malaysia.


Nak datang melawat, meh aku citer sket camne caranya:

Tiket masuk:-
Senior Citizen (56 years above) - RM8.00 (MyKad holder)
Adult (18 – 55 years) RM15.00 (MyKad holder)
Youth (13 – 17 years) RM10.00 (MyKad holder)
Child (3 – 12 years) RM5.00 (MyKad holder)
Child (2 years below) Free Admission
Petrosains Family Package (2 adults & 2 kids) RM30.00
(Kalau foreigner mahal sket lah, cuma tambah RM10.00 je)

Time Melawat:-
Tuesday – Friday : 9.30am – 5.30pm (Last admission : 4.00pm)
Weekend and Public Holiday : 9.30am – 6.30pm (Last admission : 5.00pm)
Monday : Closed.

Better buat booking, kalau nak pi time weekend or public holiday, ni nombornya:-

Nak pesan sket, at least korang kena freekan time sekurang-kurangnya 2  1/2jam untuk enjoy dalam Petrosains. Dek sebab dah terlalu enjoy, ktorg sampai kat 4 jam duk dalam Petrosains ni. Sampai duit parking jadi RM18.00 hengget okeh.


Aku memang recommend parents bawak anak-anak diorg melawat Petrosains ni, memang betul-betul boleh belajar sambil main lah.

Anyway, thank you Petrosains for this entertaining journey.

CLP notes : Sebenarnya nak tulis panjang lagi Cuma takut korang boring nak baca kan. Khakahkahakhak



Friday, February 24, 2012

Terpaksa Jua

Hi Korang,

Memula plan tak nak keluar kemana-mana pun hari ni eventho consultant ajak jumpa nak bagi surat. Memacam excuse yang aku buat. Keje banyaklah, technician nak datang betulkan lampu lah itu lah ini lah kan.

Tup tup terpaksa gak kuar di sebabkan satu menda which is

CELLOTAPE

Aduiyai, punyalah malas but terpaksa gak kuar demi tuntutan keje. Sebab nak balik opis cepat, haruslah ke Mines Shopping Complex je lah sebab paling dekat dengan office aku ni.

Bila dah masuk ke Mines ni haruslah jejalan dulu kan. Lepas je pi beli tapes yang tak sampai 5 minit tuh, abis 3 tingkat aku round cuci mata kan.


Dah time tengahari haruslah singgah makan jap. So duk lepak kat Old Town coz tak ramai orang.


Sebab aku jarang makan kat sini, so tak tau nak order apa. Then apa yang nampak sedap dalam menu itulah yang aku makan. So ini dia Spicy Chicken Chop Rice. Rasanya ermm bolehlah untuk mengalas perut. But kalau buat food review jawabnya hancus lah kan.


Tapi tak sedap pun, bedal sampai jugak kan.Tinggal bawang je. Teruk betul aku rasa.

Ok dah sambung balik keje nak siapkan tender coz ada submission next week. Ishkk letih dibuatnya lah.

CLP notes : Dah biasa jalan berdua, bila sengsorang rasa pelik la plak kan






Cubalah Bertimbang Rasa

Hi Korang,

Biasalah kalau duk umah burung merpati ni, parkingnya pun bertingkat-tingkat lah. Kira nak turun pun kena pandang kiri kanan macam nak lintas jalan but based on cermin beso yang diorg dah gantung kat tembok tu lah.

So semalam aku pun turun nak cam biasa pas maghrib nak pi pasar malam. So sambil drive tuh nyanyilah sket kan. Agaknya seronok sangat melalak tu, sampai satu level tuh aku boleh tak perasan ada satu biji kereta tup tup kuar dari parking.


Hah, ko terus aku brek emergency sekuat mungkin walaupun bukannya laju pun. Kereta yang kuar muncung tu pun brek jugak. Terus je aku keluar kereta dan pi mintak maaf kat driver kereta tuh.

Lily : Mintak maaf ye encik, saya tak perasan tadi kereta u nak keluar.

Orang tu : Oit buta ke? Kalau dah langgar ko nak bayar ke? (Penggunaan Ko ye! Perhatikan)

Lily : Kalau dah kena, memanglah saya akan bayar. Dah memang salah saya pun. (Cool lagi)

Orang tu : Ko boleh betul kan sekelip mata ke? (Dah perasan macho, marah2 pompuan kan)

Lily : Eh, encik ni saya ni cakap bebaik nak mintak maaf, yang encik tengking2 ni kenapa? Masalahnya tak kena langsung pun kan. Ishk cubalah bertimbang rasa sket. (Tangan aku dah mengigil nak lempang je muka mamat ni)

Orang tu : Kalau dah pompuan tu pompuan gak lah kan. Bukannya reti bawak kete. (Marah benau lah)

Tup-tup orang tu terus masuk kete dan blah tanpa cakap sepatah haram pun. Aku plak yg membebel2 sengsorang. Rupanya Mr Big ada kat belakang aku, bagi renungan tajam kat orang tu kan.

Patut pun dia blah.

Mr Big cakap dengan aku, lain kali kalau umah dia terbakar ke, accident ke, anak dia kene culik ke jangan harap nak mintak tolong dari kita. Padahal, bukan orang tu tak kenal sapa aku jiran atas umah je.

Cubalah korang fikir, patut ke tak orang tu buat kat aku ek.


CLP notes : Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah kan.


Thursday, February 23, 2012

‘LIVE’ Reporter for Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

Hi Korang,

Bukan senang nak jadi someone yang kerja duk asyik interview orang kan, memang seram gak. Since Nuffnang give opportunity untuk buat keje ni so I’ll take it tanpa was-was lah


So semalam sempat jugaklah aku ke Samsung-Chelsea FC Youth Footbal Camp di Chelsea Blue Pitch, NPNG Sports Center Damansara Damai. Actually program yang dibawakan khas oleh Samsung ini nak beri peluang anak-anak kecil yang minat dengan sukan bola sepak ini belajar dan berlatih dengan salah satu pasukan bolasepak terkemuka di  Eropah ni iaitu Chelsea.


Untuk tahun ini seramai 180 peserta yang berumur dari 9 hingga 13 tahun di pilih dari anak-anak Rumah Sayangan yang pernah menyertai kem ini pada tahun lepas, bintang bolasepak kecil dari Little League Malaysia, Kuala Lumpur Youth Soccer dan juga My Kids Soccer iaitu satu program yang dibangunkan dan di tadbir oleh Program Pembangunan Bolasepak Nasional di bawah kelolaan National Sports Council (NSC)




Anak-anak kecil ini di latih oleh jurulatih muda dari Chelsea iaitu James Lambdon, Chris Woodward, David Monk and Sam Hubert. Latihan intensif selama 2 jam ni penuh dengan latihan seperti dribbling skils, shooting practice, mini matches, challenges dan a penalty shoot-out mengikut standard yang di pelajari oleh pemain-pemain Chelsea. Mereka ini merasa begitu seronok sekali walaupun letih dan penat macam mana pun.


Samsung sangat bebesar hati menjadi dapat bekerjasama dengan Chelsea menjayakan aktiviti ini, semoga akan ada lagi kem seperti ini di masa hadapan.

Ok kalau nak tau, sempat jugak aku bertanya beberapa soalan kepada one of the Chelsea young coaches ni, David Monk


Lily : Is it difficult to to communicate with the kids? Im sure majority of them not very good in English

David Monk : Not at all, these kids really understand how the training it goes by watching the demonstration, eventho  we have a translator but the coaches try to speak in simple English that this kids understand what it’s all about.


Ada few questions lagi yang other bloggers tanya, which is more to how to develop anak-anak kecil  ini lebih memahami latihan bola sepak ni dan memacam lagi lah.


Eventho I’m not really football fan but peluang sebegini tak harus di lepaskan begitu sahaja. Rasa seronok juga dapat pengalaman sebegini. Dah rasa macam wartawan penyiaran pun ada.

Anyway thanks to Samsung dan Nuffnang for this special invitation.

CLP notes : Esok-esok kalau korang nak cari orang jadi tukang interview cari aku ek. I rela U...

By the way, english aku cam rojak sket ye, maklumlah bukannya pandai speaking pun setakat borak-borak kosong boleh lah kan.