Monday, February 20, 2012

Mata Cantik Dengan Maybeline NY Volum’ Express The Falsies Mascara


Hi Korang,

Pernah pakai bulu mata palsu? Aku pernah itu 2 kali dalam hidup aku ni. Masa tu time kawin dengan family photoshoot tahun lepas. Itu pun orang yang pakai bukannya aku sendiri. Rasanya kalau pakai sendiri boleh berlubang kelopak mata aku dek sebab manjang tercucuk je lah kan.


Bagi tak nak pening kepala cam no nak pakai fake lashes ni kan, aku dah cuba Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies mascara. Hah ko panjang betul nama dia kan. Satu-satunya mascara yang boleh buatkan bulu mata korang lentik selentiknya macam pakai bulu mata palsu but actually real punya.

Betul ke boleh lentik ni?

La betul lah, ingat aku tipu ke. Actually Volum’ Express The Falsies Mascara ni mengabungkan 2 elemen yang iaitu pembentukkan dan penstabilan bulu mata korang tu. Ada gel matrix, multimax blend, setting polymer, pro keratin fibers, panthenol dan ceramides. Hah memacam kan, korang leh search kat google apa menda alah semua tu. 


Aku pun search dan semua tuh fungsinya ke arah kebaikan pada bulu mata kita. Lepas tu bukan setakat bahan dalam kandungan mascara tu je malah berus or spoon curler yang unik tu pun memain peranan yang penting untuk nak dapatkan more volume dan lift it up kan.

30 saat je ke untuk pakai mascara? Ermm jangan nak tipu. Actually bukan untuk pakai but untuk jadikan bulu mata korang tebal dan curlier dah macam bulu mata betul lah.


3 cara untuk guna Volum’ Express The Falsies Mascara ni

  1. Gunakan bahagian bulu berus yang pendek tuh dan sapu melawan arah bulu mata dekat bahagian akar2 yang dekat mata tu kan
  2. Pusingkan berus ke bahagian yang panjang dan sapukan ke arah bulu mata ikut flow cam biasa, ke atas dan ke depan.
  3. Last sekali gunakan berus tu bahagian yang rata dan tekan sket untuk nampakkan curve bulu mata tu kan.

Itu je, senang kan. Tengok gambo yang Mr Big amik tuh. Baru mudah nak faham. Memandangkan mascara ni waterproof, cara nak bersihkan senang je gunakan makeup remover or air. Tok sah nak bimbang bulu coz tak sakit pun macam nak cabut bulu mata palsu tau.

Kalau nak cantik lagi, gunakan dengan MasterLiner eyeliner dan juga Hyper Sharp Liner. Lagi outstanding makeup korang uolls.


Hah, dah mula mengedik nak beli lah kan. Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies Mascara ni dah mula di jual Januari 2012 ke semua department store seluruh Malaysia dengan harga RM42.90 je sebatang. Jangan pi cari kat pasar sudah lah.

Beli jangan tak beli!

CLP notes : Takut aku bulu mata melentik-lentik ni kalah Rozita Che Wan plak kan, kang terovershadow terus terglam sekejap ek.


11 comments :

Nora_Aniza said...

saya mesti pilih! tapi mana gambar utk hasilnya?

Unknown said...

aku pun lum cuba...promo jer lebih ....tapi tingin nak cuba hehe

ak yuyunz said...

hahaha.. naness kak ita nanti..

Geng Borak said...

untung laaaa.. mata cantik melentik.. :)

KV said...

masa kawen pun mek tak mrasa pakai bulu mata pelesu. Huhu

bicara mak dara said...

wahhhhhhhhhhh nak kena gi beli secepat mungkin niiiii.. =)

Cik Lily Putih said...

@Nora aniza
itulah boleh terlupa nak snap plak kan..

Cik Lily Putih said...

@Posh76
lembut oi bukan main lagi

Cik Lily Putih said...

@ak yuyunz
itulah takut gak che ta kecik ati kan

Cik Lily Putih said...

@KV
hah now beli je ni tak yah yg pelesu punya

Cik Lily Putih said...

@mak dara
moh cepat kite yok