Tuesday, January 19, 2021

Produk Mi Segera VIT’S di pasaran Sah Halal sejak 1980 - Kenyataan Rasmi Oleh VIT Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd

Hi Korang,

VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005. 


VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu. 

‘Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang’ , ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S. 



Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS. 


“Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini”, kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati. 

Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS. 


Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini. 

Soroton video Kenyataan Rasmi Oleh VIT Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd 

 

Kami memohon orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham.Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi kami di www.vitsnoodles.com.my.

Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel syazwany@vit.com.my  kepada Puan Nor Syazwany. 





#vitsnoodles 
#vitsinstantnoodles 
#instantnoodlerawang 
#vitsitalianmigoreng

Monday, January 18, 2021

Marrybrown ‘EGG-STRA ONG’ Di Tahun Baru Cina Ini

Hi Korang, 

Yeahh citer makan-makan lagikkkkk 

Untuk korang peminat setia menu makanan di Marrybrown ada sesuatu yang menarik untuk kak lily kongsikan dengan korang tau. 



Seperti biasa rakyat Malaysia senantiasa dahagakan menu-menu makanan baru tidak kira waktu dan saat pun kan jadi dengan rasa 'egg-citing' dan 'egg-stra' nya Marrybrown memperkenalkan ‘Egg-stra ONG Meal‘ untuk peminat mereka sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. 

Of courselah kak lily yang excited sekali kan, burger pink ermm comey tuhh Lagipun hari tuh ada super-deal pada 16 Januari 2012 pada jam 12pm sahaja dengan preorder di Shopee nasib baik kak lily sempat mengordernya. 

MARRYBROWN EGG-STRA ONG MEAL 

Untuk ‘Egg-stra ONG Meal‘ ini, set-seti ni di datangkan dengan sos telur asin yang sangat digemari, kaya dan berkrim dan terdapat dalam tiga pilihan kombo iaitu Egg-stra ONG Burger Combo, Egg-stra ONG Chicken Combo, dan Egg-stra ONG Burger and Chicken Combo. 


Untuk menambahkan umpph tambahan pada Egg-stra Ong Meal, Marrybrown juga menjadikan Egg-stra ONG Burger Meal mereka berwarna merah jambu untuk menyambut tahun yang makmur yang penuh dengan kasih sayang.dan disertakan dengan minuman Nestle's Pink Lemonade yang juga warnanya adalah pink. 

Pink Egg-stra Ong Burger Meal 

Ya ampun sedap bak hang!! 


Bun roti pinknya yang lembut apabila di makan dan tambahn pula sos telur asin yang enak, sebab tapau di rumah so dapatlah sos lebih, kak lily curahkan lagi lebihan sos telur asin tuh di burger itu ermm enak tak terperi. 



Meal ini diadakan semperna Chinese New Year dan juga Valentine's Day, sebab itu warna tema Egg-stra Ong Meal ini berwarna pink. Warna pink ini memberikan simbolik cinta, empathy dan kegembiraan. 

Selain itu warna pink ini dipilih sebab wujudnya Nestle's Pink Lemonade dalam set meal terbaru kali ini. Oh ya, untuk pengetahuan korang Marrybrown merupakan kedai makan menyediakan makanan segera yang pertama menyediakan set makan bersama minuman Nestle's Pink Lemonade ini. 

MENU EGG-STRA ONG MEAL MARRYBROWN 





Terdapat juga menu Egg-stra Ong Meal yang lain seperti 

Marrybrown Egg-stra Ong Burger Combo : Harga dari RM15 

Marrybrown Egg-stra Ong Chicken Combo 


2pcs Chicken Combo : RM16.90 


3pcs Chicken Combo : RM20.70 

Marrybrown Egg-stra Ong Burger dan Chicken Combo : RM24.30 


Semuanya kak lily order dan hantar ke rumah jer senang. Lagipun sekarang kan tengah PKP 2.0 nie mana boleh makan di restoran. So order sajer ermm settle, maka S.O.P pun terjaga jugak kan. 

Dapat makan bersama keluarga dengan tenang sambil borak-borak dan tuh boleh terus lepak depan tv sesama kan, tak yah nak kelam kabut makan lelaju bila di restoran. 



Seriously kak lily memang suka keenakan menu-menu di Marrybrown ini tak kiralah menu ayamnya mahupun menur burgernya even Marrybrown ada menu-menu local seperti bubur ayam, mee kari dan pelbagai lagi dan lagipun Marrybrown merupakan jenama terbesar makanan segera HALAL di negara kita ini. 

Dah jom lekas cuba ek!! 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 

YOUTUBE: 

TWITTER: 

DELIVERY: 


#Marrybrown 
#MarrybrownMY 
#SomethingDifferent 
#MBEggstraOngMeal

Sunday, January 17, 2021

JEBAT Produk Lelaki Hebat Keluaran JAMU TUN TEJA

Hi Korang, 

Kita sering mendengar produk-produk kesihatan untuk para wanita di luar sana tetapi jarang sekali kita mendengar produk kesihatan untuk lelaki. Bukanlah bermakna lelaki ini di pinggirkan tapi mungkin pada ketika itu wanita di lihat seringkali mengalami masalah kurang tenaga untuk menguruskan hal rumah tangga agaknya. 

Kini di zaman yang penuh dengan pancaroba ini, baik lelaki mahupun wanita memerlukan suplemen kesihatan untuk meningkatkan kecerdasan di dalam mengharugi kehidupan seharian. 


Dengan itu Jamu Tun Teja (JTT) memperkenalkan dan melancarkan produk terbaru mereka yang terbaru iaitu JEBAT. 


JEBAT adalah Minuman Tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki. 

JEBAT mengandungi bahan-bahan Herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, dan Madu Asli. Di samping itu, JEBAT mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat. 

Jamu Tun Teja dikenali sebagai Produk berasaskan Herba Terbaik di Malaysia dan berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Jamu Tun Teja diasaskan oleh Hazira Azihan bt. Abd Wahab dan Syukri Hassan selaku Presiden Jamu Tun Teja. Jamu Tun Teja telah mula beroperasi pada tahun 2017. 

“Tercetusnya idea untuk menghasilkan JEBAT ini sebab selalu tengok Syuk, merangkap suami keletihan kalau kerja berterusan. Macam mana nak maju dalam business kalau tak kental. I sendiri ialah consumer tegar Jamu Tun Teja, 24jam ibarat “nothing to me”. I boleh kerja beterusan tanpa sempadan tapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja I, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya JEBAT by JTT ini.” ulas Hazira. 

Hazira juga memberitahu tentang keunikan produk JEBAT ini berbanding produk di pasaran ialah JEBAT mengandungi 3 bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki. Kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan Quality over produk yang hanya berlandaskan konsep Hit & Run. 


“Dari segi konsep, JEBAT sangat berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan Kemelayuan demi memartabatkan Sejarah Nusantara. Walaupun kos pemasaran pembuatan video dan grafik agak tinggi untuk syarikat SME seperti JTT yang baru menapak di industri ini, kami tidak gentar untuk melawan arus.” ujarnya. 

“Dari awal tahun lepas lagi I dah terbayang nama produk JEBAT tu memang zasss! Kenapa bukan TUAH, sebab JEBAT ni macam bad boy sikit ada aura dan karakter yang gagah”


Cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan produk Jebat menurut beliau “Lelaki susah nak setuju bab-bab supplement ni, kalau bab kari gulai lain la. Bab supplement, nak buat too delicious, it will end up as cordial taste, nak buat too medicinal taste, pahit segala herba. Kaum lelaki tak mungkin berpegang pada Beauty is Pain. Perempuan lain, Perempuan gigih. Jadi akhirnya, the taste is amazingly good! Dan bukan cordial taste. Lelaki yang consume JEBAT ni je akan tahu manfaat JEBAT ni. Every single ingredient akan bagi hints in one sip!” 

“I berharap agar JEBAT akan hit pada kali ini! I nak JEBAT diletakkan di Harrods!” Katanya lagi. 


 

Selain JEBAT, JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita. Antara produk JTT adalah Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series , dan LAUT Spa Series. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Ms Mira at +60175173053 atau anda boleh menghantar e-mel kepada kami di jamutuntejahq@gmail.com



Wednesday, January 13, 2021

PKP 2.0 Informasi Penting Harus Korang Ketahui

Hi Korang, 

Hari ni 13hb Januari 2021 merupakan hari pertama kita menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0. 

Memang wabak Pandemik Covid-19 ni menakutkan sungguh lah kan, untuk semalam saja seramai 3,309 kalau tak silap kak lily yang di dapati Positif Covid-19 dan wabak ni semakin dekat dengan kita. Even di kawasan rumah kak lily pun dah ada 2-3 ambulan lalu lalang amik pesakit hah eeee takutnyerrr.. 

Ok beberapa info penting yang korang kena ketahui mengenai PKP 2.0 kali ni ek 

PKP 2.0 kali ini bermula dari tengah malam 13 Jan hingga 26 Jan tapi kalau laporan pesakit meninggi setiap hari dalam tempoh 2 minggu ini, kak lily kerajaan tidak teragak-agak untuk memanjangkannya sehingga menjadi sebulan ataupun dua tiga bulan so kita tak tahu yer. 



Pengasingan PKP mengikut negeri 

Di bawah PKP
Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

Di bawah PKPB 
Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu, daerah Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak juga berada di bawah PKPB. 

Di bawah PKPP
Perlis, dan Sarawak (kecuali daerah Kuching, Sibu, dan Miri). 



Terdapat informasi tambahan untuk PKP 2.0 ini. 

Perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan dan rentas daerah di negeri-negeri di bawah PKP 2.0, termasuklah di negeri yang diletakkan di bawah PKPP.

Tetapi untuk pembelian barangan keperluan rumah, hanya dibenarkan 2 orang daripada isi rumah untuk keluar namun tidak lebih dari 1okm radius dari kawasan rumah.

Untuk kawasan di bawah PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan DI LARANG, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan kapasiti separuh tempat acara. 


Bagi sektor ekonomi pula untuk PKP kali ini dibenarkan beroperasi dan sebilangan besar kemudahan akan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. 

Kemudahan itu adalah restoran, trak makanan, gerai makanan, dan tempat makan lain (perkhidmatan bawa pulang, dan penghantaran sahaja). 

Waktu operasi yang dibenarkan berbeza-beza mengikut kemudahan: 

Hospital, klinik, dan makmal perubatan - 24 jam. 

Stesen minyak yang terletak di sepanjang lebuh raya - 24 jam. 

Pasar harian dan pasar tani - 7 pagi hingga 2 petang. 

Pasar borong - 12 pagi hingga 6 pagi, dan 11 pagi hingga 4 petang. 

Begitu juga, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. 

Larangan aktiviti di bawah PKP 2.0 

Aktiviti berikut tidak dibenarkan di negeri di bawah PKP 2.0: 

Pasar malam dan bazar malam. 

Kedai pakaian, dobi layan diri, kedai optik, tukang gunting rambut dan salon rambut, spa dan pusat refleksologi. 

Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa

Kelab malam dan pub. 

Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam. 

Konsert dan persembahan pentas. 

Mesyuarat secara bersemuka. 

Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensi, dan pameran. 

Acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, perjumpaan,

Aktiviti sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat kediaman). 

Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar-besaran atau peserta asing. 

Aktiviti pelancongan. 

Setiap acara yang melibatkan banyak orang dan menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal. 


Informasi bagi mereka yang dibenarkan bekerja 

Sila semak sama ada industri korang termasuk yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Macam company kak lily,kitaorang memang dah termasuk di dalam senarai so seharusnya bekerja. 

Sekiranya tersenarai, maka perniagaan korang dibenarkan untuk terus beroperasi tertakluk kepada SOP tertentu yang ditetapkan oleh kementerian iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan yang dibenarkan hadir secara fizikal di tempat kerja, sementara selebihnya perlu bekerja dari rumah. 


Untuk melalui semua sekatan jalan ke tempat kerja, korang hanya bawa surat dari majikan dan pass pekerja korang. Ktorang siap ada surat kebenaran dari MiTi sekali attach together so senang si polis tuh nak tengok nanti. 

Cukup kan informasi nieh. 

Ok lah tuh at least korang adalah panduan untuk korang yang tak sempat nak layan perutusan PM kita 2 hari lepas. 

Apa-apa pun yang mana bekerja macam kak lily teruskan bekerja dan jaga jarak fizikal korang dan yang mana berkerja dari rumah tuh untunglah sambil bekerja sambil bagi mesin basuh jalan, sambil vakuum rumah, sambil masak nasi, sambil bukak netflix kan. 

Selamat ber PKP 2.0 



info dari google.com

Monday, January 11, 2021

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Hi Korang,

Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang

Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita.

Pernahkah anda rasa pening atau sakit kepala setelah minum kopi atau makan makanan seperti keju, daging kambing dan coklat? Sebelum makan rasa okey sahaja, tapi selepas makan, terus kepala rasa berdenyut-denyut!

Sebenarnya, ini bukanlah satu perkara yang asing. Ramai yang dapat mengaitkan makanan yang mereka ambil dengan sakit kepala yang dialami.



Ada sesetengah makanan yang boleh bertindak sebagai pemicu atau trigger sakit kepala. Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan ini?

Adakah benar makanan atau minuman boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.
Makanan punca saya sakit kepala?

Ada banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala. Tetapi, perlu diingat bahawa makanan ini mungkin berbeza mengikut individu.

Ada orang yang akan sakit kepala setelah makan daging kambing. Ada juga yang mengelakkan aiskrim dan minuman berkafein kerana takut pening kepala.

Namun, apa sebenarnya dalang di sebalik sakit kepala yang anda alami? Adakah makanan tersebut, atau bahan-bahan yang terkandung di dalamnya?

Di dalam sesuatu makanan, terdapat pelbagai bahan kimia seperti nitrat, sulfit, tanin, gula, alkohol, kafein, gluten dan banyak lagi.

Semua bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh sebab itu, sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang menyebabkan anda jadi pening.

Selain makanan juga, ada banyak faktor lain yang mungkin menjadi punca sebenar pening kepala yang anda alami. Sebagai contoh, adakah anda minum air dengan mencukupi?

Selain itu, bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang anda ambil? Jika anda menukarnya dalam masa terdekat, perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang pening kepala.

Tetapi, jika anda percaya pening kepala yang anda alami adalah disebabkan oleh makanan atau minuman tertentu, mungkin ada juga kebenarannya.

Hampir 20% daripada mereka yang sering sakit kepala mengalami sensitiviti terhadap makanan.
Makanan dan minuman punca sakit kepala


Jika benar makanan yang diambil boleh menyebabkan sakit kepala, anda boleh mengambil inisiatif untuk mencatat semua makanan dan minuman yang anda ambil selama 24 jam di dalam sebuah buku.

Amalan menyimpan ‘diari sakit kepala’ ini membolehkan anda untuk mengenal pasti makanan apa yang sering membuatkan anda rasa sakit.

Jika anda rasa pening kepala 20 minit hingga 2 jam selepas mengambil makanan tersebut, mungkin anda boleh elakkan daripada mengambilnya lagi pada masa hadapan.

Sebagai panduan, di bawah kami sertakan 5 makanan yang sering menjadi punca pening kepala:
1. Kopi dan coklat terukkan sakit kepala

Pernah tak anda rasa pening kepala jika terlepas minum kopi pada waktu pagi?

Untuk pengetahuan anda, inilah simptom sarak (withdrawal symptom) yang menghantui peminum kopi apabila mereka meninggalkan minuman ini secara tiba-tiba!

Kopi dan coklat – kedua-duanya boleh menjadi penyebab sakit kepala. Mereka yang minum kopi dengan kerap boleh mengalami kebergantungan kepada kafein.

Namun, apa yang peliknya, kafein dan coklat kedua-duanya boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang sering pening kepala!

Menurut American Migraine Association, pengambilan kafein sebanyak 2 kali seminggu kadangkala efektif untuk melegakan pening kepala akut.
2. Elakkan makan keju


Orang kata, semakin berusia keju, semakin sedap! Tapi, tidak pula bagi mereka yang menderita sakit kepala. Makin berusia keju tersebut, makin kuatlah sakit kepala yang mereka alami!

Menurut laman sesawang Penn Medicine.org, keju yang mengalami proses penuaan seperti Swiss, Parmesan, Brie atau cheddar mempunyai tahap tyramine yang tinggi.

Bahan kimia yang wujud secara semula jadi ini boleh menyebabkan salur darah mengecut lalu mengakibatkan sakit kepala.
3. Kurangkan pengambilan daging

Sekali lagi, tyramine merupakan dalang di sebalik pening kepala yang dialami mereka yang gemar makan daging.

Selain itu, cuba elakkan pengambilan daging proses seperti sosej, pepperoni, daging burger dan sebagainya. Kadangkala, bahan pengawet yang terkandung dalam makanan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala.
4. Kicap punca sakit kepala

Siapa sangka kicap boleh buatkan anda sakit kepala.

MSG atau monosodium glutamate yang digunakan sebagai bahan aditif di dalam kicap sudah lama terbukti boleh membuatkan anda rasa kejang, alami cirit-birit dan menyebabkan sakit kepala.

Selain itu, kicap juga mempunyai jumlah garam yang banyak dan boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi.
5. Brain freeze disebabkan aiskrim


Aduh, sakitnya kepala selepas makan aiskrim! Sedap memang sedap, tapi kalau makan banyak sangat nanti boleh diserang brain freeze pula!

Semua orang pasti pernah merasai sensasi yang tidak menyelesakan ini. Baru sahaja makan sesudu aiskrim, tiba-tiba terus sakit kepala disebabkan penangan brain freeze.

Tahukah anda, brain freeze sebenarnya satu bentuk sakit kepala? 

Apabila anda makan sesuatu yang sejuk, sistem saraf akan ‘terkejut’ dan menyebabkan saluran darah dalam kepala untuk mengembang.

Reaksi inilah yang menyebabkan kepala anda jadi sakit. Nasib baiklah sensasinya hanya berkekalan selama beberapa minit.

Jadi, kesimpulannya, untuk mengelakkan sakit kepala anda berulang, sila alert dengan makanan-makanan yang dinyatakan di atas dan tandakan pada buku harian anda jika ada mengalami sakit kepala.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel Oleh Fatin Zahra, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek

#HelloHealthGroup
#HelloDoktor
#HelloHealthCoronaVirus

Sunday, January 10, 2021

LENGQUAS - 7 Menu Makanan Sejuk Beku Di Perkenalkan

Hi Korang, 

Makanan sejuk beku atau frozen food memang senantiasa mendapat tempat di hati para ibu-ibu diluar sana, kerana ianya sangat-sangat membantu di dalam proses penyediaan makanan di rumah di kala sang ibu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 

Kak lily juga tidak ketinggalan, sebab ianya sangat memudahkan dan menjimatkan masa dan tambahan pula menunya enak-enak belaka. 


Sejurus ini LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd., memperkenalkan tujuh menu makanan baharu hari ini. Menurut Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, pihaknya telah mendapat permintaan yang tinggi bagi produk-produk LengQuas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih-lebih lagi sejak mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang. 

Tambah beliau lagi, KOPETRO Food sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti. Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara. 


7 Menu Makanan Sejuk Beku

Menghidangkan lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Herb Glaze. 



Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus. 

Menurut Encik Ahmad Azizul Mashud, Ketua Operasi KOPETRO Food, kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. 

Ejen Jualan Di Setiap Negeri

KOPETRO Food (KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD) juga menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. 

Pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319 5764. 



Korang boleh gunakan kod promo LENGQUAS10 untuk mendapatkan diskaun 10% dengan pembelian 3 pek ke atas. 

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang boleh layari:-

Layari laman web : 

Facebook: 

Instagram: 

Friday, January 8, 2021

ARABIAN VILLAGE – Pembekal Dan Pengedar Makanan Sunnah

Hi Korang,

Selalu kite citer-citer makanan hipster jer kan, so entry kali ni lain sket yer, still berkisar mengenai makanan tapi makanan Sunnah 

Apa Itu Makanan Sunnah? 

Makanan Sunnah merupakan makanan dan minuman yang Rasullah SAW mengamalkannya setiap rutin harian baginda yang mana ianya halal mengikut syariat dan berkhasiat. Beberapa jenis makanan kegemaran Rasulullah SAW iaitu air zam zam, kurma, kekacang, kismis, minyak zaitun, madu, cuka kurma dan pelbagai lagi. 

Selalunya kita makan makanan Sunnah ni di bulan Ramadan iaitu kurma sewaktu berbuka, kemudiannya ada rakan disekeliling kita pulang dari umrah dan haji, mereka hidangkan air zam zam dan kekacang apabila kita menziarahi mereka, so far itu jer yang kak lily perasan pengambilan makanan sunnah ini, betul ke tak ek? 

Mostly ramai orang akan kata alah susahlah nak dapatkan makanan sunnah ni, tak banyak tempat ada. Ermm online pun payah. Eh jangan begitu yer, sini kak lily kongsikan dengan korang ada satu lokasi yang menawarkan pelbagai jenis makanan sunnah ini. 


ARABIAN VILLAGE Di KL Traders Square 

Kalau korang nak tau yang Arabian Village adalah pengimport utama produk-produk dari TimurTengah terutamanya Arab Saudi, Syria, Palestine, Tunisia, Turkey dan Dubai. 

Arabian Village dibuka oleh pengasasnya, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim, 34 tahun, pada tahun 2019 dengan tujuan untuk mempromosi dan menggalakkan pemakanan sunah di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan luas dalam pemakanan sunah dan produk-produknya.
 

Kak lily sempat ke sini hari tuh bersama rakan-rakan bloggers untuk melihat sendiri lebih daripada 3000 produk yang di tawarkan di Arabian Village ini. 

Bila masuk-masuk tuh, tercuim bau wangian Bakhoor yang di nyalakan, seakan-akan kita berada di Kota Madinah yang penuh dengan ketenangan dan mendamaikan. Eh betul lah, kan kak lily pernah pi dulu terus teringat-ingat kembali segala kenangan di sana semasa mengerjakan umrah. 

Produk 'SIGNATURE' Di Arabian Village 

Kak lily kongsikan kepada korang beberapa produk ‘signature’ yang terdapat di Arabian Village ini di antaranya seperti: 

Madu 


Pelbagai jenis madu terutamanya Madu Sidr dari Yemen yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan imuniti badan. Turut mengeluarkan madu 'kesuburan' yang diformulasikan sendiri. 




Selain dari dapat meningkatkan kesuburan dan terbukti berkesan buat mereka yang mahu mendapatkan zuriat, madu ini juga sesuai buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang mahu menyeimbangkan hormon badan. 



Memang sedap madu ini, ada bahan istimewa di dalamnya termasuk kekacang yang enak. 

Kurma 


Terdapat hampir 50 jenis kurma (jenis yang kering dan basah) yang diimport terus dari Madinah, Palestine, Tunisia dan UAE. Kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai 'kurma nabi' boleh didapati di Arabian Village pada harga yang sangat berpatutan. 



Tengok kurma Medjoul ni, besar betul tapi lembut isinya. 

Roasted nuts atau kekacang dan Dried Fruits






Ianya dipanggang sendiri, lebih segar, sedap dan rangup. Sepanjang berada di dalam kedai ni, asyik mengunyah kacang jelah ktorang kan

Homebaked bread 


Terdapat 20 jenis roti yang dibakar setiap 2 jam dan Garlic Bread adalah antara yang hot selling. Seriously sedap kalau di makan begitu sahaja ataupun di cicah dengan Tahiti 

Syrian Baklava 


Manisan mewah dari negara Timur Tengah yang diisi dengan kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai lagi. 

PRODUK- PRODUK LAIN DI ARABIAN VILLAGE 

Barangan kelengkapan rumah seperti :- 

Bakhoor, terapi aroma tradisi Islam




Pewangi rumah yang dibuat dari kayu gaharu, cendana, buah pala, kayu agar dan pelbagai bahan lagi. Apabila dibakar ia menghasilkan asap yang harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu. Ia juga adalah sunnah kerana Rasulullah suka berbakhoor. 

Minyak wangi dari negara Timur Tengah





Diperbuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu gaharu, bunga-bungaan dan pelbagai lagi. Ianya tiada campuran alkohol, mesra solat dan tahan lama. 

arabic gum


cuka kurma







Arabian Village turut mengeluarkan produk makanan jenama sendiri iaitu minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima, dan pelbagai barangan lagi (25 jenis produk). 

Seronoknya Membeli Belah Di ARABIAN VILLAGE 

Memang betul terdapat 3000 produk di Arabian Village dari pelbagai jenama sampai kak lily pening nak buat pilihan yang mana satu, di tambah lagi dengan suasana kedai selesa dan bersih sesangat best bershopping di sini. 

salami pun ade

nampak roti cicah minyak zaitun

kemain comey Baker ni ek

Yang best tuh boleh rasa sebelum memilih macam kekacang, kurma jadi kita boleh buat buat pilihan yang mana satu kesukaan kita. Staff sangat friendly. Khidmat nasihat berkaitan produk turut diberikan secara PERCUMA. 

Pastinya harga sangat berpatutan, tak delah mahal melampau kan walaupun di import dari luar negara. 

Terdapat juga perkhidmatan 'one day delivery service' turut disediakan, hanya telefon untuk membuat pesanan dan mereka akan hantar mengikut alamat yang di berikan. 



Kalau tak sempat nak pi jangan bimbang, boleh memesan Secara on-line di www.arabianvillage.my. Kesemua produk ada di website ini juga dan sistem pembayaran mudah melalui SenangPay dan Paypal. 

Jom kita ke : 


ARABIAN VILLAGE 
95-G Block E 
289 Kuala Lumpur Traders Square 
Jalan Gombak, Kuala Lumpur. 
NO. TEL: 011-1111 9585 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

IG 
Arabianvillagemy 

FB 
Arabian Village Malaysia 

WEBSITE