Sunday, December 19, 2021

HOHM Pavilion Bukit Jalil – Kedai Konsep Keperluan Rumah Terbesar Kini Di Buka

Hi Korang,

Siapa yang tak suka rumah di hias cantik!!

Even anak-anak kecil pun sudah pandai menilai yang mana cantik dan yang mana kurang nilainya.

Jadinya di mana korang dapatkan barang-barang keperluan rumah in?

Of course ler ramai yang akan cakap alah beli online jer senang tapi kita takut yang lain di order tapi lain yang dapat ermm betul kan kan kan!!! Hehehehehhehe

Ada hari tuh, kawan kak lily bagitau yang ada satu kedai yang cukup cukup besar yang menawarkan segala-gala barang keperluan rumah dari set cadar katil, peralatan memasak, pokok bunga, peralatan alat tulis dan pelbagai lagi termasuk juga hand sanitzer yang kak lily tengok kemain comel lagi tau


HOHM atau di sebut sebagai HOME ataupun rumah ini terletak di tingkat 4 Pavilion Bukit Jalil.

Ianya meliputi kawasan lantai yang besar seluas 58,000 kaki persegi, dengan lebih daripada 10,000 barangan yang dipilih susun dengan teliti untuk dipamerkan. Ia menampilkan barangan untuk Ruang Tamu & Hiasan, Makan & Dapur dan Tempat Mandi & Tempat Tidur di mana rakyat Malaysia boleh mengubah rumah mereka daripada biasa-biasa hingga menjadi rumah impian.











Kedai konsep ini mengutamakan kemampuan, pilihan dan kualiti ini adalah konsep baharu yang di bawakan oleh HOHM. Korang pasti akan terpikat dan kagum dengan kepelbagaian produk yang terunggul yang telah dipilih susun di dalam dan luar negara oleh pasukan profesional yang dinamik. Para profesional di HOHM ini telah mengumpulkan kekayaan sumber mereka untuk men cipta semula dan mencipta konsep gaya hidup "fesyen rumah" yang masih mampu dimiliki.

Oh ya, lupa plak kak lily yang bagitau yang HOHM ni memang benar-benar luas, kalau korang tak leh nak bayangkan, ni kak lily bagitau ek cuba korang bayangkan 114 katil bersaiz king hah tak ke luas bangat tuh

Mari kak lily tunjukkan serba sedikit barangan yang terdapat di HOHM ini mengikut kategori :

Ruang Tamu





Sebenarnya banyak lagi produk-produk untuk ruang tamu yang kak lily nak tunjukkan lagi tau

Ruang Makan dan Peralatan Dapur



Kak lily amat tertarik dengan set pinggan mangkuk Correlle yang cantik ini, rekaan sangat simple dan sesuai dengan citarasa kak lily. 








Lagipun kita semua sudah maklum yang jenama Corningware Correlle ini tidak asing lagi di kalangan pengumpul set pinggan mangkuk kerana kualitinya dan harganya yang berpatutan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenama pinggan mangkuk dan juga periuk belanga yang di tempatkan di bawah satu bumbung.

Kelengkapan Bilik Mandi




Tuala mandi pelbagai saiz dan warna juga turut ada di sini, set bilik mandi sudah sepastinya ada juga

Bilik Tidur



Cadar, bantal, sarung tilam yang pelbagai rekaan dan warna turut di jual di sini. Bantal hiasan dan tilam lipat pun kak lily suker gak

Perhiasan Rumah





Perhiasan rumah penting kerana ianya menaikkan lagi seri sesebuah rumah itu, tak kira kecil ataupun besar

Perhiasan Pokok Bunga





Seriously bila ada section ni, kak lily agak lama kat sini. Yelah duk membelek pokok-pokok yang cantik nie. Ingat dalam rumah jer nak cantik, ermm balkoni luar, depan pintu pun kena cantik jugak kan.

Kesemua produk-produk ini amat jarang kita temui di kedai-kedai biasa, sudah semestinya kak lily amat menggemari produk-produk ini.

Di sini juga di tonjolkan beberapa bahagian yang di jadikan showroom agar korang dapat jadikan panduan di dalam menghias rumah.


Bersempena dengan perayaan Krismas yang akan tiba tidak lama lagi, HOHM di hiasi dengan pelbagai hiasan Krismas termasuklah pokok Krismas yang bekerlipan dengan lampu berwarna-warni.

Oh ya, ada lagi promo baek punya nieh




Sekarang ni tengah ade promo pisau Brisscoes dari serendah RM 98 dan gunting dan juga pisau utiliti percuma apabila korang menambah pembelian korang tau. (t&c dikenakan). Promo dari sekarang hingga 25 Dec!

Jom apa tunggu lagi, ayuh kita ke:-

HOHM
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Aras 4,
Pavilion Bukit Jalil


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Instagram:

Facebook:

4 comments :

Unknown said...

Hi Cik Lily. Saya Sue. Penerbit di Astro Go Shop. Boleh saya hubungi Cik Lily? Terima kasih.

Unknown said...

Hi Cik Lily. Saya Sue, Penerbit di Astro Go Shop. Boleh saya dapat contact number Cik Lily? Boleh DM saya di Facebook Suhana Osman atau email saya : suehanaosman@gmail.com
Terima kasih Cik Lily.

Unknown said...

Hi Cik Lily. Saya Sue, Penerbit di Astro Go Shop. Boleh saya dapat contact number Cik Lily? Boleh DM saya di Facebook Suhana Osman atau email saya : suehanaosman@gmail.com
Terima kasih Cik Lily.

Linda said...

wahh cantiknya, banyak pilihan untuk decor kan...