Thursday, August 17, 2017

Paddle Pop Young Builders Award 2017

Hi Korang,


Hari minggu lepas, kak Lily berkesempatan ke Pertandingan akhir peringkat kebangsaan Paddle Pop Young Builders Award 2017 di Corus Hotel Kuala Lumpur.


Pertandingan akhir ini yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan sebanyak 20 pasukan melibatkan murid-murid sekolah rendah dari seluruh negeri berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar di program Paddle Pop Young Builders Award 2017. Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana para pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (tengah) bersama dengan pemenang-pemenang Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Tepat Pertama: SK Peramu Jaya, Pahang
Tempat Kedua: SK Bukit Rokan Utara (F), Negeri Sembilan
Tempat Ketiga: SK Stella Maris (M), Perlis

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis. 

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan tiga hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang. 


“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar,” ujar Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. 

“Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula,” tambah beliau.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan. 

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.


“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari,” kata Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

“Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan,” tambah beliau.

SK Peramu Jaya dari Pahang, kumpulan yang menyandang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM6,000 dan percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND® Malaysia Resort beserta dengan baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan penginapan di hotel serta sijil kecemerlangan untuk keempat-empat ahli pasukan.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.



Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan. 

Sebanyak 20 pasukan dari sekolah seluruh Malaysia terlibat di Program Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi. Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram. 

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.

Bangga jugak kak Lily dengan anak-anak ni, kecik-kecik lagi dan di dedahkan dengan semua ni, kak Lily masa sekolah tak tau apa pun pasal award-award ni lah. Betul tak??





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, August 16, 2017

Shopping Barangan WATSONS Di SHOPEE, Penghantaran PERCUMA Tau

Hi Korang,


Watsons Malaysia telah meraikan pelancaran kalobrasi bersama Shopee sebuah platform membeli-belah antara yang terbaik di Malaysia. Kini dengan seramai lebih daripada 3 juta pelanggan dari Malaysia, boleh membeli-belah produk yang dijual dari Watsons secara dalam talian dari portal Shopee.


Terdapat lebih 2000 produk yang ditawarkan di Watson's offical shop di Shopee, ini termasuklah barangan penjagaan diri, alat solek dan pelbagai lagi. Apa yang menarik, tiada caj penghantaran yang dikenakan untuk setiap pembelian. Dan bagi mereka yang berbelanja pada hari Rabu. pembeli juga berpeluang merebut berbelanja barangan promosi "Watsons Wednesday", yang mana promosi istimewa ini khas ditawarkan oleh Watson's untuk pengunjung laman Watson's di web Shopee.

Wah makin seronoklah shopping online sekarang ni ek


Sempena dengan pelancaran ini juga, Watsons dan Shopee juga telah mengadakan acara Watsons X Shopee Customer Engagement,. Yang mana para media dan juga pelanggan bertuah yang terpilih perlu mengambil sebanyak yang mungkin barangan alatan mekap dalam masa 1 minit dan tidak boleh melebihi nilai RM200.

Yesza akak Lily jadi salah seorang peserta dalan shopping spree ni. 

Memang kali pertama join benda-benda cam ni so berdebar jugak lah tapi nasib baik kengkawan blogger ada menolong kan so senang sket keje tak yah nak fikir huahauahuaha jahat tak!!


Bayangkan boleh fikir apa dalam masa seminit kan, so ambil yang mana nampak depan mata jelah dengan tak kira berapa harga kan. Ambil ambil dan ambil penuhkan kotak Shopee tuh. 


Memang meriah sangat melihat gelagat masing-masing termasuk dengan akak lily sekali yang terpilih ini berebut-rebut mengisi alatan solek dalam bekas kotak yang disediakan. Masing-masing menyusun strategi jenis barangan yang hendak dikaut dalam masa 1 minit.


Tada.. ini hasilnya.


Tak lebih RM200 dalam masa seminit.


Majoriti aku ambil lipstick jelah senang, kecil dan mudah nak fit dalam kotak Shopee tuh. Disebabkan banyak so aku bagilah kat bebudak yang menolong aku tadi ermm happy memasing kan.. 

Actually ada banyak lagi barangan Watsons yang korang boleh dapatkan secara online di website Shopee ni. So apa tunggu lagi, moh shopping lekas..

Nak shopping di Shopee, mari layari :-



Boleh jugak korang download secara percuma di smartphone melalui Apple App Store and Google Play Store







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, August 15, 2017

AL Fresco BBQ Dinner Di Palm Garden Hotel, iOi Putrajaya

Hi Korang,


Kan Kak Lily dah cakap yang BBQ dinner memang menjadi kegemaran kitaorang berdua.. Pantang ada tempat makan yang ada serve BBQ mesti kitaorang akan terjah. 

Kali ni kami ke Courtyard di Palm Garden Hotel Putrajaya. 


Nasib baik dekat dengan rumah so lepas maghrib kitaorang sampai. Boleh tahan jugak ramai orang yelah jumaat kan so orang boleh chillax a bit.

Kenape di Courtyard?

Eh sebab BBQ kan so kenalah tempat openspace barulah syiok lagipun tak kan nak letak BBQ Pit dalam hotel pulak. 





Terdapat kaunter BBQ yang mana korang boleh lihat sendiri bahan-bahan perapan ni di panggang termasuklah ayam golek, daging lembu, kambing, sosej dan memacam lagi pilihan menu BBQ.








Selain daripada menu BBQ ada menu-menu lain seperti sup, salad, beberapa menu utama macam nasi goreng, mee goreng, pasta, sate dan pencuci mulut sebagai penutup. 

ini pinggan ketiga yang sempat ambil gambar, yang lain ntah kemana hehehhe

Promosi Al Fresco BBQ ni boleh di dapati setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam pada harga RM80.00 nett (dewasa) dan RM48.00 nett (kanak-kanak 4-12tahun) serta warga emas.

The Al Fresco BBQ 
Courtyard
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya



Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya…






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

JONLIVIA Phiro Back Support

Hi Korang,


Bila dah berusia ni mulalah sana sini sakit

Especially belakang badan kita kan, yelah asyik duduk je kat office tuh buat kerja non-stop so inilah akibatnya. Kenalah kejap-kejap bangun, buat senaman ringan, berjalan pusing satu office kan.


Ermm kalaulah masa muda akak Lily buat dulu memang masalah sakit belakang ni kuranglah terjadi. 

Tapi bila sekarang ni baru nak menyesal ermm sesangat terlambat la kan. Nasi dah jadi bubur so telan jua, so akak lily standby yoko-yoko kat rumah dan offie kalau tup-tup sakit menjelma kembali. 

Bila dapat tau mengenai Phiro Back support produk dari Jonlivia Malaysia ni ermm haruslah cepat-cepat akak lily dapatkan. Yelah benda elok ni lekas-lekas ni dicuba ek mana tau, boleh kurangkan sakit belakang tuh.


Jonlivia Phiro Back Support ini berfungsi memperbetulkan kedudukan bentuk badan kita yang sebetulnya. Sekali gus, menyokong belakang kita dan juga dapat mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mengalami sakit belakang. Ye akak lily la tuh, tapi tak delah serious benau sakit pun mild-mild je.

Di antara fungsi Unisex Phiro Back Support adalah :

1. Helps to correct poor back posture

2. Train your body to keep your shoulder back

3. Helps to correct scoliosis and malformed spinal curvatures 

4. Helps to relieve posture related to back pain, shoulder pain and headache

5. Pulls back the shoulder, straightens neck & align spine

6. Walk like a model and gain confidence as soon as you got your posture on.

Baguskan, itulah!!


Dah nama pun unisex kan so boleh digunakan oleh semua lelaki mahupun wanita. Unisex Phiro Back Support mempunyai 4 saiz iaitu XS, S, M dan L dan akak Lily pakai saiz L tengok saiz badan lah kan. Masa order tuh diaorang minta measurement badan so once korang dah bagi details nanti diorang akan hantar saiz yang bersesuaian dengan badan korang. Kena pakai just nice ngam-ngam kat badan, tak boleh terlalu longgar dan terlalu ketat.

So weekend lepas, masa kitaorang laki bini sibuk berhousekeeping kat rumah tuh, akak Lily terus sarung Jonlivia Phiro Back Support.


Mak oi rasa sangat selesa sangat dan tidak panas kerana ianya diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi. Bangun duduk menyapu langsung tak de rasa sakit belakang tuh, bila bukak tuh ermm basah sebasahnya terus basuh untuk hilangkan peluh tuh. Ye boleh basuh tapi guna tangan lah jangan masukkan dalam washing machine. 

Bukan pakai setakat kat rumah je, boleh je korang pakai bila nak keluar, pakai dalam bajulah tak delah tebal mana pun. Lagi selesa nak bergerak ke sana ke mari tanpa rasa sakit.


Rasanya kalau korang ada masalah sakit belakang ni boleh lah cuba produk Jonlivia Malaysia ni ek. Korang just klik kat Phiro Back Support ni Jonlivia-unisex-phiro-back-support 

Untuk info lanjut korang boleh check it out di:-

Contact: +6016-2634410


Website: 

Facebook: 

Instagram: 






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Penyaman Udara WiFi FUJIAIRE Yang Pertama di 11street.my

Hi Korang,

Pernah dengar air conditioner yang ber WiFi?

Hah itulah akak lily pun first time dengar gak ni.


Diilhamkan oleh permintaan tinggi dalam smart home integration, 11street Malaysia telah bekerjasama dengan Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd, pengeluar penghawa dingin yang terkenal dengan sistem ion udara pembersihannya sejak tahun 1996, untuk menjangkau lebih banyak pengguna digital. Perkongsian itu menyaksikan pelancaran Fujiaire Shibui Skin Series - penghawa dingin WiFi yang pertama dengan enam reka bentuk pelekat kertas dinding, secara eksklusif pada 11street.

'Shibui' dalam bahasa Jepun merujuk kepada teori estetik kesederhanaan, kehalusan dan kecantikan yang tidak mengganggu. Fujiaire Shibui Skin Series melambangkan perpaduan klasikisme dan inovasi kontemporari, dengan matlamat untuk memberikan pengalaman hidup moden bagi pemilik rumah hari ini di samping untuk menambah estetika ruang hidup mereka, dengan kebolehan teknologi penuh.

Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street dan Tan Poh Ai, Ketua Pegawai Eksekutif Fujiaire (M) Sales and Service Sdn. Bhd. Melancarkan Siri Kulit Fujiaire Shibui, yang boleh didapati secara eksklusif pada 11street.

Penghawa dingin di datangkan menerusi Aplikasi iAC Freedom Control yang diserta, untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan unit melalui WiFi pada telefon pintar seseorang untuk memantau, menjadualkan dan mengawal suhu bilik dengan satu sentuhan dari jauh. Pada asasnya, telefon pintar menjadi kawalan jauh peribadi.

E-dagang menjadi pemangkin kualiti, automasi kediaman pintar 

Chuljin Yoon, Chief Operating Officer of 11street mendedahkan  “Kita kini berada di barisan hadapan industri e-dagang, di mana tidak banyak perbezaaan di antara belian dalam talian dan di kedai. Hakikatnya, pengguna moden telah menunjukkan bahawa mereka lebih gemar membeli-belah dalam talian atas dasar 'kemudahan' dan 'penjimatan masa' sebagai dua faktor paling penting yang mempengaruhi keputusan pengguna.

“Seiring dengan Malaysia yang terus menerajui pasaran e-dagang di Asia Tenggara, kami di 11street bersedia menyahut cabaran dengan mempertingkatkan penawaran alat elektronik dan perkakas kediaman pintar di bawah kategori ‘Home and Living’ kami. Melalui kolaborasi dengan Fujiaire, kami berharap untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap peralatan moden yang lebih inovatif dan pintar. 

Kemunculan peluang dalam segmen kediaman pintar

Didorong oleh evolusi pesat teknologi WiFi di seluruh dunia, konsep smart home secara perlahan tetapi pasti menyusup ke pasaran Malaysia.

“Kajian menunjukkan bahawa 65% golongan baby boomer sanggup membayar 20% lebih untuk ciri-ciri automasi pintar di kediaman mereka seperti penyediaan peranti berkeupayan WiFi [1]. Sementara generasi Millennial lebih mudah tertarik dengan teknologi baharu, khususnya yang menyediakan kemudahan di hujung jari mereka. Ini meletakkan 11street sebagai platform yang sempurna untuk mendekati pelanggan muda di Malaysia dan juga sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk menembusi dunia e-dagang.

“Persaingan dalam industri peruncitan semakin sengit dan di Fujiaire, kami sedar terhadap keperluan untuk menggunakan kekuatan dalam usaha sama dengan 11street bagi mewujudkan kehadiran kami dalam talian,” kata Tan Poh Ai, Ketua Pegawai Eksekutif Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd.



Dari kiri ke kanan: Daryl Tan Kok Jien, Pengurus Khidmat Pelanggan untuk Fujiaire (M) Sales and Service Sdn. Bhd .; Tan Poh Ai, Ketua Pegawai Eksekutif Fujiaire (M) Sales and Service Sdn. Bhd .; Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street; Dan Bruce Lim, Naib Presiden Merchandising dari 11street; Pada pelancaran Siri Kulit Fujiaire Shibui, yang boleh didapati secara eksklusif di 11street.

Ditubuhkan pada tahun 1994, Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd dibentuk oleh sepasukan pakar teknikal dan pemasaran dari Malaysia. Kini, ia mempunyai pelanggan global dari 20 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Ia juga pernah menerima pengiktirafan berprestij - Anugerah Kecemerlangan Jenama dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2006.


“Kami meramalkan pertumbuhan pesat dalam segmen kediaman pintar, khususnya ekoran trend semasa yang menumpukan terhadap minimalisme yang diserlahkan oleh teknologi. Rentetan itu, kami percaya usaha sama dengan Fujiaire akan membuka saluran baharu untuk peranti kediaman pintar, seterusnya membolehkan pengguna untuk merasai pengalaman membeli-belah premium dalam platform kami, sambil kami melihat kembali tujuan untuk meneroka pasaran e-dagangan yang mampan bersama Fujiaire,” Yoon mengakhiri kata.

Siri Shibui Skin Fujiaire

Koleksi rekaan Fujiaire Shibui ini mempunyai pelekat kertas dinding dalam enam cetakan yang berbeza - KIDS, MARB, PLAY, SKYX, STON, dan UNIQ. Setiap cetakan boleh dibeli secara berasingan untuk menetapkan mood dan rasa untuk setiap bilik. Direka dengan paparan LED digital yang lebih tipis dan bersepadu, penghawa dingin baru juga mempunyai penapis Vitamin C yang menghasilkan aliran pelembap yang sihat, dipertingkatkan oleh sistem pembersihan super-ioniser untuk menghilangkan habuk dan kuman.

Untuk kapasiti penyejukan yang lebih tinggi dan penjimatan tenaga yang lebih tinggi, Fujiaire juga menawarkan Diamond Shibui Series yang dikuasai oleh inverter penarafan lima bintang dengan penjimatan purata sehingga 50% dalam penggunaan elektrik sebulan. Ini berjumlah kira-kira RM50 yang disimpan setiap bulan, berdasarkan penggunaan lapan jam sehari, di atas ciri-ciri sejuk sedia ada.



Siri The Fujiaire Shibui Skin di jual antara RM1,170 dan RM2,574, manakala Siri Diamond Fujiaire Shibui menjual antara RM1,350 dan RM2,925. Semua penghawa dingin Fujiaire yang dibeli dari 11street datang dengan jaminan selama tiga tahun.

For more information on the Fujiaire Shibui Skin Series, please visit http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=593078.








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, August 14, 2017

Weekend Dinner Buffet with DURIANS At Impiana KLCC Hotel

Hi Korang,


Kemain lagi tajuk entry English bagai kan tapi ceritanya of courselah in Bahasa melayu.


Jumaat lepas, kitaorang berdua dinner di Tonka Bean Restaurant ni, ermm memang tak plan pun. Memula cam jadi tak jadi je coz dapat confirmation lambat tup-tup jadi so bergegas ke masuk KL lepas kerja. 

As usual traffic pada hari Jumaat memang mencadar minda sket, akak Lily sampai KL dalam pukul 5.30pm cam tuh tapi di sebabkan stuck tak bergerak depan KLCC lama nau so terus masuk parking basement KLCC dan jalan kaki guna pedestrian bridge yang menghala ke Impiana Hotel ni. Ermm sekejapan je sampai, rupanya memang sesak teruk pun kat depan hotel ni. Nasib baik akak Lily mengambil langkah bijak hhehehehhe…

So dinner buffet, what you expect?

Mestilah ada appetizer, main dish dan dessert kan ahahhaaahaha then korang nak apa lagi? Durians? Wei kalau buffet Ramadhan memang la ada tapi ni dinner buffet biasa kot kan.

Tapi tidak di Impiana Hotel KLCC ye..


Untuk promosi bulan Ogos ni ada buffet Durians sekali tau.


Itu sebenarnya Mr Big suka tuh, sanggup dia makan dish lain sket-sket je dulu sementara nak tunggu buffet durian bukak kul 8.00 malam. Hauhauahuahu



Akak Lily memang tak makan just temankan dia je duduk makan kat luar tuh sambil di sinari lampu-lampu jalan dan kereta yang tengah jem tuh 

Selain daripada durian, main highlight untuk dinner buffet ni adalah BBQ Grill di LIVE STATION lah kan.



Akak Lily suka menu ni sebab boleh makan seafood grill free flow hahahaha akak lily kan hantu seafood ni so pilih-pilih je then bagi kat chef yang bertugas tuh dan tunggu chef tuh masak depan mata kita.

masak chef jangan tak masak

sambil tunggu chef masak, moh kita bergambar dulu ek

bahan perapan ni sedap tau, pedas pedas sedap

Nanti dia tanya lah nak well done ke, medium ke kan. Sekejapan je dia masak, then ambil 3 sos yang disediakan tuh kemudian makan.

Ala-ala korang menu lain pun akak lily makan jugaklah tapi semua rasa sket-sket yelah mana larat nak makan sorang semangkuk sepiring bagai kan. 


Banyak pilihan sampai tak tau nak makan yang mana satu ek

lama tak makan oyster raw ek, sedapnye

live station - pasta masak panas-panas ni tau

Harga dinner buffet galore with durians di Tonka Bean ni adalah

RM128nett untuk dewasa

RM64nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Hanya pada hari jumaat dan sabtu je tau setiap hujung minggu dari 6.30 pagi hingga ke 10.30 malam.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034, 3320 atau 3035.

Jom kita ke

Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia



Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315

Website: www.impiana.com

Ingat durian tuh tau, rugi kalau korang tak cuba kan..






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Anlene HEART-PLUS', Menjaga Masalah 3 Tinggi Daripada Melarat

Hi Korang,

Tau ke masalah 3 tinggi tuh ape?

Hah tak tau kan, meh sini baca ni dulu ek


Jenama susu dewasa terkemuka, Anlene® bersama dutanya Dato' Sheila Majid menyeru warga Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung mereka dengan menjaga 3 Tinggi iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi. Seruan ini dilakukan pada pelancaran Anlene HEART-PLUS', produk susu tepung baharu yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan. 


Menurut Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, ia juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia.1 Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.2 

Berkongsikan tip-tip penjagaan kesihatan jantung di majlis pelancaran, Dr. Chee berkata: "Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi;3 hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi;4 satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2;5 dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 5O tahun." 6 

"Oleh itu, golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini menerusi tabiat serta gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik," tambahnya lagi. 


Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia berkata, demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, syarikat tersebut telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaharu bagi membantu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung. 

"Di Fonterra, kami fokus dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, peningkatan usaha kami beberapa tahun kebelakangan ini, membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang. Bermula dari tahun lepas , kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, produk terbaharu kami Anlene HeartPius™ mengandungi MoveMax™ dan HeartMax™, yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping juga menyokong pergerakan," tambahnya lagi. 

Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut: 

• Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah; 

• Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal7;  

• Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.


Tambahan pula, formulasi Anlene Heart Plus"' diuji mengandungi lndeks Glisemik yang rendah*. Pengambilan makanan dengan indeks glisemilk yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah. 

Bersetuju dengan nasihat daripada Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik. 

"Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato' Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat," kata Karen. 

Berkongsi dengan ramai, dua cinta dalam hidupnya, Sheila berkata: "Bukan mudah untuk kekal aktif setelah 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pada masa yang sama, memberi perhatian kepada keluarga saya, terutamanya dua orang anak saya yang aktif dan masih bersekolah. Untuk terus melakukan apa yang saya gemari, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya." 

"Oleh itu saya menyeru agar rakyat Malaysia, tua atau muda untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka dan menjaga 3 Tinggi. Lakukan senaman secara kerap, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Pius'M setiap hari, anda akan terus melakukan apa yang anda gemari!" tambah Sheila lagi. 


Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menasihatkan mereka yang ingin mengekalkan jantung yang sihat. "Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah," kata Dr. Chee. 

"Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. lni boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi anda! 

Anlene Heart-Pius'M kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Pius'M dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan Iaman sesawang di www.anlene.com.my.


*Nota: lndeks glisemik merupakan susunan relatif bagi karbohidrat dalam makanan mengikut kesannya terhadap tahap gula dalam darah. 

Rujukan: 

1&2 National Health and Morbidity Survey 2015, Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems, Ministry of Health, pp. 13 

3 National Health and Morbidity Survey 2015, Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems, Ministry of Health, pp. 20: The overall prevalence of hypercholesterolemia (known and undiagnosed) among adults of 18 years and above in this survey was 47.7%. 

4 National Health and Morbidity Survey 2015, Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems, Ministry of Health, pp. 17: The overall prevalence of hypertension (known and undiagnosed} among adults of 18 years and above in this survey was 30.3%. 

5 National Health and Morbidity Survey 2015, Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems, Ministry of Health, pp. 14: The overall prevalence of diabetes mellitus (known and undiagnosed) among adults of 18 years and above in this survey was 17.5%. 

6 W.A. Ahmad, KH Sim (Eds.) Annual Report of the NCVD-ACS Registry, 2011-2013. Kuala Lumpur, Malaysia: National Cardiovascular Disease Database, 2015.

7 EFSA Journal 2010, 8(2); 1469

8 Jung UJ et al. n-3 Fatty acids and cardiovascular disease: mechanisms underlying beneficial effects.Am J Clin Nutr 2008;87{suppi):2003S-9S.






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com