Thursday, August 17, 2017

Paddle Pop Young Builders Award 2017

Hi Korang,


Hari minggu lepas, kak Lily berkesempatan ke Pertandingan akhir peringkat kebangsaan Paddle Pop Young Builders Award 2017 di Corus Hotel Kuala Lumpur.


Pertandingan akhir ini yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan sebanyak 20 pasukan melibatkan murid-murid sekolah rendah dari seluruh negeri berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar di program Paddle Pop Young Builders Award 2017. Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana para pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (tengah) bersama dengan pemenang-pemenang Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Tepat Pertama: SK Peramu Jaya, Pahang
Tempat Kedua: SK Bukit Rokan Utara (F), Negeri Sembilan
Tempat Ketiga: SK Stella Maris (M), Perlis

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis. 

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan tiga hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang. 


“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar,” ujar Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. 

“Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula,” tambah beliau.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan. 

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.


“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari,” kata Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

“Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan,” tambah beliau.

SK Peramu Jaya dari Pahang, kumpulan yang menyandang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM6,000 dan percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND® Malaysia Resort beserta dengan baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan penginapan di hotel serta sijil kecemerlangan untuk keempat-empat ahli pasukan.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.



Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan. 

Sebanyak 20 pasukan dari sekolah seluruh Malaysia terlibat di Program Paddle Pop Young Builders Award Peringkat Kebangsaan 2017.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi. Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram. 

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.

Bangga jugak kak Lily dengan anak-anak ni, kecik-kecik lagi dan di dedahkan dengan semua ni, kak Lily masa sekolah tak tau apa pun pasal award-award ni lah. Betul tak??





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


2 comments :

hasliynda umairah beauty said...

petang2 nie mkn ais krim sedapkan

Nadiah Suhaidi said...

hadiah yang ditawarkan sangat menarik :)