Tuesday, August 15, 2017

AL Fresco BBQ Dinner Di Palm Garden Hotel, iOi Putrajaya

Hi Korang,


Kan Kak Lily dah cakap yang BBQ dinner memang menjadi kegemaran kitaorang berdua.. Pantang ada tempat makan yang ada serve BBQ mesti kitaorang akan terjah. 

Kali ni kami ke Courtyard di Palm Garden Hotel Putrajaya. 


Nasib baik dekat dengan rumah so lepas maghrib kitaorang sampai. Boleh tahan jugak ramai orang yelah jumaat kan so orang boleh chillax a bit.

Kenape di Courtyard?

Eh sebab BBQ kan so kenalah tempat openspace barulah syiok lagipun tak kan nak letak BBQ Pit dalam hotel pulak. 





Terdapat kaunter BBQ yang mana korang boleh lihat sendiri bahan-bahan perapan ni di panggang termasuklah ayam golek, daging lembu, kambing, sosej dan memacam lagi pilihan menu BBQ.








Selain daripada menu BBQ ada menu-menu lain seperti sup, salad, beberapa menu utama macam nasi goreng, mee goreng, pasta, sate dan pencuci mulut sebagai penutup. 

ini pinggan ketiga yang sempat ambil gambar, yang lain ntah kemana hehehhe

Promosi Al Fresco BBQ ni boleh di dapati setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam pada harga RM80.00 nett (dewasa) dan RM48.00 nett (kanak-kanak 4-12tahun) serta warga emas.

The Al Fresco BBQ 
Courtyard
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya



Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122


Ok Selamat Menjamu Selera semuanya…






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

6 comments :

Suria Amanda said...

Alahai..tergodanya..lama dah x layan BBQ

Luqman Zakaria said...

Sedapnyaa..semua nampak menyelerakan.

mama tisya said...

sedapnya tgk...lprrrrrrrrr

Myalycia said...

macam menarik. boleh try ni ;)

el said...

eskem paddle pop ni kan murah dan sedap
dulu lau ada iklan paddle pop..sure automatik akan nyanyi sama2 haha

sitirohaida said...

terus rasa terliur tengok makanan grill tu..alahaii..sedapnya