Tuesday, August 8, 2017

Mesin COSTA COFFEE Layan diri Kini Di SHELL Malaysia

Hi Korang,

Untuk pengemar kopi macam akak lily ni why not cuba Costa Coffee ni ek

Jenama kopi kedua terbesar di dunia, Costa Coffee yang sentiasa mendapat tempat di hati penggemar kopi Eropah*, hari ini mengumumkan pelancaran kopilayan dirinya di Malaysia berikutan percubaan yang berjaya dijalankan dengan Shell sebelum ini. Pelancaran ini akan menyaksikan pembukaan 200 Costa Coffee layan diri yang akan beroperasi di cawangan-cawangan Shell Select dalam 12 bulan akan datang dengan pembukaan lebih lagi lokasi sejurus selepas itu.

Hot or cold, Costa Coffee is best enjoyed with delectable, freshly baked pastries from deli2go – making it an ideal pick-me-up combination. Customers can now enjoy premium coffee on the go with Costa Coffee, available at selected Shell stations nationwide.

Konsep kopi layan diri terkini Costa Coffee ini diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang masyhur dengan kereta model Ferrari klasiknya. Setiap Costa Coffee layan diri ini menawarkan adunan istimewa Costa Coffee, Mocha Italia segar. Dengan lebih dari 200 kombinasi kopi, peluang untuk pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka; dari menambah susu segar sehinggalah memilih sirap berperisa.. Buat pertama kalinya, penggemar kopi di Malaysia juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari Costa Coffee layan diri.

Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju-peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara besar-besaran kepada pasaran global dengan pelancaran Costa Coffee layan diri di Malaysia yang memperkuatkan komitmennya sebagai jenama yang memberi keterujaan serta keinginan pelanggan-pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.

Scott Martin (Left), Managing Director of Costa Express and Shairan Huzani Husain (Right), Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd with the new Costa Coffee self-serve offering, where customers can now enjoy premium quality coffee on the go. Now available at selected Shell stations nationwide.

Scott Martin, Pengarah Urusan di Costa Express (beroperasi/bertindak sebagai rantaian Costa Coffee di Malaysia) berkata: "Kami amat gembira untuk melanjutkan operasi global kami melalui pelancaran terbaharu ini di Malaysia yang sememangnya kini dinamik dan berkembang dengan budaya kopinya. Dengan kepesatan Shell di Malaysia, perkongsian ini memberikan kami platform ideal untuk memperluaskan jenama kami dalam pelbagai pasaran. Melalui kerjasama kami dengan Shell dan sebagai matlamat serta-merta global kami, kami akan cuba mengubah tanggapan para pelanggan tentang kualiti kopi secara aktif yang boleh didapati di cawangan Shell Select, sama seperti apa yang telah kami berjaya lakukan di UK. Ini akan menaikkan imej Shell serta memberikan keinginan kepada pelanggan untuk kerap berkunjung ke cawangan Shell pilihan mereka."

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata: "Shell mengutamakan kepuasan para pelanggan kami, dan kami bermatlamat untuk memastikan perjalanan hidup mereka lebih mudah tanpa perlu bimbang ketika berada di atas jalan raya. Kami sentiasa menaiktaraf cawangan kami termasuk ‘food oasis’ supaya para pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah yang lebih baik pada bila-bila masa. ‘Food Oasis’ kami menawarkan kepelbagaian pastri yang segar dibakar setiap hari melalui deli2go, di samping makanan dan minuman dari rakan perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lain.”

Scott Martin (second from left), Managing Director of Costa Express and Shairan Huzani Husain (second from right), Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd presenting the new Costa Coffee self-serve offering, available exclusively at selected Shell stations nationwide. 

"Gabungan mantap Shell dan Costa ini seiring dengan misi Shell untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kini pelanggan dan penggemar kopi boleh menikmati kopi berkualiti pada bila-bila masa sahaja; dan kami harap rakyat Malaysia akan mengunjungi Shell Select untuk merasai kemudahan yang kami sediakan sambil menikmati Costa Coffee," ujar Shairan.

Untuk senarai kafe layan diri Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select terpilih, layari shell.com.my/costacoffee







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

4 comments :

sitirohaida said...

yeay...baru hari tu minum coffee casta ni dekat Shell pasir gudang..best ooo

maszull said...

assalamualaikum CLP...bestnya..nanti nak cuba juga la...
** Mama Maszull

Unknown said...

Boleh ajar cara nak beli kat mesin costa x? Buat video ke... Saya orang kampung.. x pandai benda2 ni... Tapi nak try..

Unknown said...

Blh mntk tlg org shell tu buatkn,sy beli ari tu die je buatkn n tnye kite nk ape