Sunday, August 13, 2017

SF Coffee Kini Tampil Berwajah Baru

Hi Korang,


Bagi peminat kopi sekalian, ada berita baik untuk korang tau..


Selepas menyajikan kopi paling baik selama hampir dua dekad, SF Coffee atau lebih dikenali sebagai San Francisco Coffee, kini hadir dengan wajah baru untuk rangkaian kedainya yang menggabungkan suasana nyaman dengan dekorasi yang diceriakan oleh hasil karya daripada para pelukis tempatan.

“Penjenamaan logo dan nama baru SF Coffee ini walau pun baru, namun ianya tetap tetap dikenali. Ianya merangkumi keseluruhan identiti korporat jenama tersebut, dengan aspek pembaharuan paling ketaranya iaitu kelainan konsep hiasan dalaman bagi setiap kedai juga peningkatan yang baik dalam menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan khas untuk para pelanggan kami,” ucap Dato’ Jaya J.B Tan, Pengerusi Envictus International. 

Dato' Jaya and Sue San spill the bean on SF Coffee new look

Kedai baru ini direka sebagai perangsang emosi (Mood Modulator) untuk pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk dengan memberi kepuasan kepada lima deria rasa serta mencipta pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.

“Rangkaian kedai kami kini menampilkan ciri baru dengan wajah lebih segar dan suasana nyaman lagi mendamaikan untuk para pelanggan menikmati kopi unggul kami, yang merupakan satu-satunya perkara yang kekal konsisten. Kami tidak akan memberi kompromi dengan kualiti kopi yang dihidangkan oleh SF Coffee,“ jelas Cik Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee Sdn. Bhd. semasa memperkenalkan logo dan konsep kedai barunya, yang terletak di The Envictus di Petaling Jaya.

Cawangan yang berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi di The Envictus itu dihiasi dengan warna terang yang nyaman dan selesa dengan elemen kayu. Rangkaian kedai SF Coffee lain yang diperbaharui akan menampilkan identitinya yang tersendiri bergantung pada lokasi. 

Thumbs Up to SF Coffee for having Top of the Crop Coffees and has served up freshly brewed look at the new rebranding launch today

Setiap rangkaian baru juga bakal mempunyai ruang bagi memaparkan hasil karya artis tempatan. Cawangan di The Envictus menampilkan hasil karya DuDu de Doodle, seorang penggemar kopi yang melukis gaya lukisan doodle bagi menyebarkan daya positif.

Pada masa ini, SF Coffee memiliki 37 rangkaian kedai bertema yang terletak di seluruh Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kini jenama ini mula meneroka pasaran Malaysia Timur bagi merancang pembukaan kedai di sana pada tahun 2018.


“SF Coffee telah bertapak di Malaysia selama hampir dua dekad dan transformasi ini adalah bagi memenuhi keperluan para pelanggan kami yang berubah-ubah, dan pelbagai sebab untuk mereka menikmati jenama kami supaya mereka dapat terus menghargai diri mereka sendiri dengan menghirup kopi paling segar, mendapat perkhidmatan terbaik dan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” kata Koo.

“Kami mendapatkan biji kopi kami dari ladang kopi terbaik di seluruh dunia dan mencari yang luar biasa. Bagi menyalurkan pengalaman SF Coffee, kami memanggang kopi kami di sini bagi memastikan kesegaran yang paling unggul dan melatih barista kami supaya melambangkan budaya kami secara cemerlang memandangkan kami amat mementingkan proses membru untuk setiap cawan kopi yang bermula dari mendapatkan bekalan, memanggang, hingga ke penuangan ke dalam cawan,” tambah beliau.




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com







1 comment :

mama tisya said...

oh dh wajah baru SF...dlu ms opis lama syok sbb ada kioks SF ni bole buy 1 free 1 hehe