Wednesday, August 2, 2017

JOY DESIGN STUDIO Kini Di Johor Bahru, Jom Shopping!!

Hi Korang, 

Dengar pasal shopping je terus tersembul biji mata korang ek!! Hehehe 

Biasalah orang perempuan memang camtuh, pantang dapat tau ada tempat baru untuk shopping ermm terus usha line. Tak kira apa pun bendanya janji shopping dan hati senang. 

Pernah dengar JOY DESIGN STUDIO

Ermm tak pernahlah tuh, ok ok meh aku cerita sket ek. 


Syarikat perabot Malaysia, Joy Design Studio ('JOY') yang ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal menambah satu lagi cawangan baharu premis itu di Johor Bahru, Johor. 

Akak lily bersama-sama blogger lain turut hadir ke majlis pembukaan rasmi Joy Design Studio ini, pepagi lagi dah sampai ke sini tau. 

Jom kita intai apa yang ada di dalam bangunan comel 3 tingkat ni ek 
















Wah cantik-cantik belaka kan 

Mestilah cantik pelbagai jenis perabut berkonsepkan ada Scandinavia, so unik sekali rekaannya. 





Konsep dan reka letak keseluruhan gedung perabot tersebut diberikan rupa baharu yang cukup unik, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli­ belah yang nyaman dan mewah, iaitu konsep baharu yang diperkenalkan menerusi produk mewah mampu milik, JOY COLLECTION

Cawangan baru itu terletak di Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan itu kini merupakan bilik pameran terbesar JOY setakat ini, terletak di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat Bandar yang sibuk. 

Syarikat tersebut turut mengumumkan pembukaan unit perniagaan baharu, JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman, JOY DESIGN & BUILDING yang bakal mula beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam. 

JOY Johor Bahru merupakan bilik pameran terbesar dan akan menjadi premis pertama memiliki kafe sendiri, dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapkan dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista terlatih yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini dijangka beroperasi tidak lama lagi. 








Hah sempatlah kak lily dan kengkawan lain merasai sendiri keenakan pelbagai jenis hidangan di CUPPAJOY ini. 


"Kakitangan jualan kami bukan saja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pengetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman," kata Pengarah Joy Design Studio, Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal.


Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah Selatan tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baharu tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa.

akak lily bersama orang kuat JOY DESIGN STUDIO dan blogger lelain - credit photos rawlins

Kalau korang nak tau, JOY adalah syarikat milik anak Malaysia 100 peratus dan JOY sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. Malah, JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan lain-lain. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

mereka yang happy - credit abam Nazlan

Sheikh Azrul menambah "Kami sedang merancang membukan gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, kami juga akan menambahbaik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk.


Dengan pelancaran cawangan baharu di Johor Bahru, JOY kini sudah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia. Selain di Johor, dua lagi premis terletak di Setia Alam, Shah Alam yang juga ibu pejabat JOY, dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Ermm korang yang berada di Johor Bahru dan Singapura tuh, boleh lah ke

No 76, Jalan Pertama 1, 
Pusat Perdagangan Danga Utama, 
81300 Johor Bahru, Johor 



Korang boleh layari :

Website : https://www.joyd.my/ 



Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


No comments :