Wednesday, August 21, 2019

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa

Hi Korang, 

Kalau mak-mak memang kenal dengan Maggi Cukup Rasa ni kan? 

Yelah letak dalam masakan kot, so memang kena standby senantiasa kat dapurlah. 


MAGGI® CukupRasa akan memulakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah. 

Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini. 


Dilancarkan baru-baru ini di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. 


Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin. Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa. 

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata, “Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.” 

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference” (Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.” 



Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakilmedia turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi. 

Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, korang tidak perlu menambah garam! 




Acara Roadshow ini kemudian akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook :

Instagram : 


Tuesday, August 20, 2019

Electrolux Shop Kini Di TBM Store, Central i-City Shah Alam.

Hi Korang, 

Kalau memilih barang elektrik ni kita mesti cari yang berkualiti dan menepati bajet kita kan, tak kiralah sekecil-kecil barang macam seterika hingga ke peti sejuk sebesar-besar alam. 

Kualiti tuh bagi kak lily berapa lama ketahanan sesuatu produk tuh dan camne plak cara kita menjaga barang kita tuh kan. Memang jenama-jenama tempatan mendapat tempat di hati kak lily tapi berbanding dengan jenama antarabangsa ada jugak yang kak lily suka dan berkenan walaupun harganya lebih tinggi sedikit kan. 


Bila Electrolux Shop buka di TBM Store, Central i-City Shah Alam ni terus kak lily rasa excited nak pi tuh hehehehe 

Kalau korang nak tau yang jenama Electrolux sememangnya cukup teknologi dengan teknologi dan inovasinya yang kini mencapai 100 tahun di pasaran. Pada 29 Ogos 2019, Electrolux akan menyambut ulangtahun ke-100! 


Majlis pembukaan Electrolux Shop ni dirasmikan oleh VVIP dari Electrolux dan pihak TBM juga serta wakil dari Central i-City. 

Jenama Electrolux ini mula diperkenalkan pada tahun 1919, ianya sudah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dalam membantu kerja-kerja rumah dan senantiasa menawarkan produk yang berteknologi tinggi. 


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Electrolux, Electrolux telah mengadakan Taste Experience. Kak lily berpeluang merasai sendiri air tangan Chef Christian Mittermeier iaitu residen chef bagi Electrolux Global di mana Chef Christian menghidangkan Braised Carrot dengan Miso Cream Passion Fruits dan Rye Sourdough Bread dengan Whipped Brown Butter dan Roasted Buckwheat. 



Wah bila dengar nama macam complicated je tapi bila tengok Chef Christian buat ermm senang betul dengan menggunakan produk dari Electrolux ni ek. 

Sempat jugaklah kak lily cuci-cuci mata dengan pelbagai jenis produk peralatan rumah seperti mesin basuh, peti ais, oven, vakuum di tawarkan pada harga berpatutan. 


Kak lily berkenan cordless vacuum ni sebab senang nak simpan bila lepas di gunakan. 

Not bad jugak harga heater ni, tak delah mahal mana pun kan. Standard harga heater produk-produk lain jugak. 

Kak lily suka jugak built in oven ni, senang nak letak dalam cabinet dapur kan. 

Rasa macam nak beli tapi tengok spec dulu ek, besar betul peti ais ni. 

Pilihan mesin basuh front load pun banyak jugak ye, nampak jaminan 5 tahun tuh 

Sama macam dapur kat umah kak lily tapi yang ni lebih advance sket lah kan. 

Kak lily rasa harga memang berpatutan untuk produk Electrolux ni, kalau mahal sket pun apa salahnya sebab kualitinya memang di jamin. Dapur rumah kak lily tuh dah lama ahkak pakai dari sebelum kahwin lagi tau sampai sekarang ni tetap elok. 

Dah apa tunggu lagi, meh lekas ke TBM Central i-city Shah Alam ni ek. 

TBM - Central i-City 
LG-03, Level Lower Ground 
Central i-City, 
Plot 1, 
Persiaran Multimedia, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam 





eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019

Hi Korang,

eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru ini demi peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia. 


Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira, yang merupakan penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul; Iylia Anis, ketua kumpulan Kueendom dan juri selebriti istimewa, Mix, ketua kumpulan tarian Brute serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover. 

32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan gerak tari berserta kreativiti dalam persembahan. 

 

Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis. 

Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, berkata, “Kepada mereka yang berminat menunjukkan bakat mereka, K-Heat Kpop Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat! Ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat dan mengasah serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya turut bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama! Saya amat kagum dengan bakat yang ditonjolkan. Tepukan gemuruh kepada semua peserta pada hari ini dan tahniah kepada semua pemenang." 

Bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival 2019, di mana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai permainan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen berlangsung. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of Korea Festival 2019 eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 
03-77250277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.



Monday, August 19, 2019

O-MI! Rebut peluang untuk makan malam dan bertemu dengan Alvin Chong!

Hi Korang,

Kita semua pernah mendengar istilah ‘blind dates’ – iaitu suatu idea untuk berkenalan dengan rakan baru serta mengenali seseorang yang kita tidak pernah kenal sebelum ini. Ingatkah anda sewaktu ketika dahulu yang mana berkenalan dengan rakan baru merupakan suatu yang amat mudah, hanya dengan sapaan serta teguran secara rawak? Namun, masa sememangnya sudah berubah dan di dalam era yang terdedah kepada rangkaian media sosial, berkenalan dengan rakan baru secara online mungkin memerlukan banyak kesabaran yang gigih,namun ianya amat mudah untuk dilakukan. 


Omi, satu aplikasi online untuk bertemu dengan kenalan baru, telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Aplikasi yang menawarkan persekitaran sebenar dan selamat, fokus kepada para pengguna Melayu, juga ianya disokong dengan sistem bantuan pelanggan tempatan. Ianya juga telah berjaya mendaftarkan ribuan pengguna yang sah setiap hari yang fokus kepada pengguna Melayu. 

Omi menekankan tentang aspek keselamatan, spam serta bebas profil palsu, ini juga fokus untuk menyediakan para penggunanya dengan padanan yang berkualiti dan bukan menitikberatkan tentang kuantiti. Namun, ianya lebih mementingkan aspek untuk membantu para pengguna untuk mencari rakan baru yang berkualiti. 

Alvin Chong, seorang penyanyi dan pelakon popular di kalangan kaum Melayu di Malaysia kini sedang mencari kenalan baru. Beliau akan menemui lima pemenang bertuah yang akan berpeluang untuk menemuinya sambil makan malam di sebuah restoran yang indah di sekitar Lembah Klang. 

“Saya amat teruja setiap kali berkenalan dengan rakan baru. Kita semua mempunyai pengalaman hidup yang berguna untuk kita semua pelajari. Saya berasa amat selamat menggunakan aplikasi Omi malah ianya juga mempunyai para pengguna yang ekskusif dan berkualiti,” kata Alvin. 

Omi akan mengaturkan sebuah sesi beramah mesra bersama Alvin yang mana 5 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk makan malam bersama Alvin di sebuah restoran yang tersohor di Lembah Klang. Para peserta hanya perlu mendaftar profil mereka melalui aplikasi Omi, mereka perlu mencari profil Alvin dan seterusnya menulis mesej dorongan yang positif untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut. Peraduan akan bermula pada 18hb Ogos sehingga 23hb Ogos ini. Para pemenang akan diumumkan melalui laman Instagram Alvin pada 24hb Ogos nanti. 

“Kami amat berbesar hati apabila mengetahui selebriti seperti Alvin juga sudi menjadi salah seorang pengguna kami dan kami akan membantu dan menyokongnya untuk mencari rakan baru yang berkualiti menerusi aplikasi kami,” kata Brian Lin, Pengasas Omi. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai aplikasi Omi serta peraduan ini, sila layari laman sesawang khas di http://Omi.sg atau dengan memuat turun aplikasi tersebut melalui Google play dan App store.


Cendol Kampung Hulu Kini di AEON Big Midvalley Megamall

Hi Korang, 

Selain daripada kopi, kak lily suke gak pekena cendol ni ek. 

Makan cencol ke minum cendol??? Ermm whateverlah sama je pun kan tujuannya masuk ke tekak dan kenyangkan perut hauhauhauhauha 

Selalunya kita pekena cendol kek mano?? 

Mestilah tepi jalan, bawah pokok dekat van rojak mamak kan kan kan. Sama je perangai korang dengan akak ek. Pantang nampak van rojak terus berhenti sebab nak pekena cendol kan. 

Jarang benau kak lily makan cendol di mall ni sebab kak lily assume cendol yang kat dalam mall ni tak delah sedap mana berbanding dengan kat luar tuh. Yelah semuanya instant kan dengan guna santan instant, bahan-bahan frozen bagai so itu my first thought. 


Pernah dengar ke pernah makan Cendol Kampung Hulu? 

Ye Cendol Kampung Hulu ni fames amos kat Melaka ye, even kak lily pun belum berkesempatan untuk pi makan kat sana, sebab kemain ramai orang nau kalau hujung minggu, ada sekali pi nak cari parking pun payah so batalkan jelah niat tuh sampai ke sudah. Hauhauhauahua 


Bila Cendol Kampung Hulu ni buka di Mid Valley, haruslah kecoh di social media kan. Kak lily pun tak tau jugak until kengkawan kak lily ni bukak citer di whatsapp group so apa lagi haruslah kena terjah reramai ke sana kan. Malas nak pi Mid Valley masa hujung minggu so balik kerje minggu lepas terus ktorang serang Cendol Kampung Hulu outlet ni di dalam AEON Big Mid Valley ni. Kiranya korang turun je lift dari tingkat 1, pandang je kanan terus nampak hah signboard besar ni kan. 

Comey ye outletnya, senang nak nampak kan. 

Ingatkan ada cendol biasa je rupanya siap ada topping bagai, dah maca makan ais krim baskin robbins kan. 

Ada lebih kurang 9 jenis cendol yang boleh di letakkan topping yang kak lily rasa korang pun akan pening nak pilih yang mana satu nak order kan hehehehe 


Biasanya cendol diperbuat dari parutan air batu dan baha-bahan yang lain kan. Tapi kat sini air batu tersebut telah digabungkan dengan air santan maka terbentuk la Santan Ais. 

Santan ais tersebut diparut dengan mesin parut ais yang khas dan menghasilkan tekstur parutan ais yang halus dan betul-betul nipis. Itu salah satu trademark cendol ni. 

Korang tengok jelah ni :- 

Cendol Biasa RM8.00 

Standardlah ada parutan santan air, cendol, kacang merah, air gula Melaka dan satu scoop aiskrim kelapa. Eh aiskrim kelapa ni pun diorang buat sendiri gak wei, kagum plak kak lily tetiberr. 

Ni cendol buah-buahan plak ek:- 

Cendol Buah Naga RM10 

Cendol Jagung lebih RM10 

Cendol Kelapa Laut RM10 

Cendol Longan RM10 

Cendol Cocktails RM10 

Cendol Buah Kabung RM10 

Cendol Durian RM20 

Isi Durian yang digunakan adalah dari jenis D24 atau IOI tau dan memang besar-besar isi dia bagi, makanlah korang sampai muak. 

Kalau nak Add-On buah-buahan, aiskrim atau Cream Cheese just tambah RM2.00 setiap satu. Nak tambah Durian, just tambah RM6.00 saja. 

borak sambil makan sambil membawang bagai kan

hah makan makan dan makan kan

ok gambar official, kak lily paksa diorang senyum hah

Kak lily kalau melepak dengan bebudak ni memang akan jadi kecoh suasana, makan tak seberapa kecoh borak-borak je lebih kan hahahha

Apamacam?? 


Tempting tak tekak korang sekarang bila baca entry kak lily ni hahahaha jangan salahkan ahkak wokeh, salahkan perut korang yang meminta tuh lah. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook :

Instagram : 




#cendolkampunghulu 
#cendol 
#cendolviral 
#tourismmelaka 
#aeonbig 
#midvalley 
#midvalleymegamall 
#muar 
#muarbacklanedistrict 
#melaka 
#kampunghulu 
#foodporn 
#viralfood

Sunday, August 18, 2019

CENDANA Dan DBKL Lancar ‘PANGGUNG RAKYAT’ Untuk Pupuk Rasa Penghargaan Yang Lebih Mendalam Terhadap Sejarah Budaya Negara

Hi Korang,

Dalam pada rakyat Malaysia bersatu meraikan perpaduan serta menzahirkan rasa patriotisme dan cinta terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini, Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan secara rasmi acara ‘Panggung Rakyat’ beserta beberapa program utamanya bagi tahun 2019. 


Panggung Rakyat merupakan sebuah platform seni umum bertujuan untuk mendidik, menyelami dan memperkasa warisan seni budaya Malaysia yang unik. Matlamat tersebut disokong menerusi anjuran beberapa siri persembahan tradisional asli yang istimewa dan bengkel interaktif, pameran serta ceramah yang dijayakan oleh barisan artis bersama badan seni budaya berpengalaman. 

Inisiatif seni budaya umum ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Khalid bin Abd Samad. 


YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad berkata, "Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara seperti hari ini tanpa kehadiran budaya, warisan dan yang paling penting, rakyatnya. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang tepat untuk memastikan elemen mustahak dalam sejarah tidak dilupakan agar dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Selagi mana wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar berada di bawah kementerian saya, di samping Majlis Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan yang berada dalam bidang kuasa saya, seni dan budaya akan sentiasa kekal sebagai tunjang dalam dasar perbandaran negara." 

Dijadualkan berlangsung pada setiap bulan hingga penghujung tahun ini di Kuala Lumpur, Panggung Rakyat akan memeriahkan suasana malam dengan beberapa persembahan, disamping pilihan aneka makanan dan pelbagai aktiviti menyeronokkan sesuai buat seisi keluarga. Acara percuma ini diadakan pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan dari pukul 9 malam hingga 11 malam. Penganjuran Panggung Rakyat yang pertama telah merekodkan kejayaan besar dengan fokus diberikan pada Makyong, salah satu seni yang asli dan penting dalam sejarah di Malaysia yang berasal dari Kelantan lebih 400 tahun lalu. 


Persembahan Makyong dipimpin oleh Zamzuriah Zahari, seorang penggiat seni Makyong yang terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa serta juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau turut disertai oleh Tokoh Makyong UNESCO iaitu Fatimah Abdullah, tiga orang Adiguru tua, seorang Adiguru muda serta seorang Tokoh Makyong Kelantan. 


Direka oleh masyarakat Melayu di barat laut Malaysia, persembahan teater purba berbentuk drama-tari ini penting dalam sejarah kebudayaan Malaysia dan diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara. 

Panggung Rakyat diilhamkan untuk memberi masyarakat sebuah pengalaman menyeluruh dan penuh inspirasi dalam menyelami seni dan budaya supaya mereka dapat merasai keindahan seni persembahan dan kesungguhan barisan artis yang telah membentuk sejarah kebudayaan negara untuk berabad lamanya. Acara ini dianjurkan di Jalan Raja, lokasi strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur yang terletak di antara tempat ikonik lagi bersejarah, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. 



CENDANA berharap untuk memupuk kefahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap keindahan elemen-elemen kebudayaan yang dijalin bersama dalam membentuk sebuah sejarah yang sarat dan berwarna-warni di negara ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin berkata, "Di CENDANA, kami usaha melibatkan diri dalam mendapatkan maklum balas dari barisan panel penasihat CENDANA, komuniti penggiat seni dan semua pihak penting bersama-sama dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan seni dalam sejarah kita. Kini, setelah hampir setahun kami amat gembira dapat membawakan persembahan seni budaya kepada masyarakat menerusi Panggung Rakyat. Usaha yang dilakukan ini merupakan langkah yang baik demi memastikan barisan artis dan badan seni budaya bersama hasil karya mereka yang mencerminkan kisah, tradisi serta ritual dalam masyarakat kita dapat terus dilihat, didengar, dihargai dan disebarkan ke kelompok khalayak yang lebih luas. Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan DBKL dalam menyediakan platform ini supaya persembahan seni seperti Makyong yang kaya dengan budaya, sejarah dan penuh dengan makna mampu terus hidup melalui penganjuran persembahan seperti ini." 

CENDANA akan bekerjasama dengan organisasi seni budaya tempatan seperti PUSAKA dan Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) untuk membawakan persembahan seni yang asli kepada rakyat Malaysia untuk bulan mendatang. Berikut merupakan jadual persembahan yang akan diadakan di Jalan Raja: 

● 21 September 2019 : Tarian Portugis 

● 19 Oktober 2019 : Tarian Ronggeng 

● 16 November 2019 : Tarian Kuda Kepang 

● 21 Disember 2019 : Tarian Bhangra 

CENDANA mengalu-alukan syarikat perniagaan dan korporat untuk menyumbang kepada inisiatif seni budaya ini. Potongan cukai diberikan bagi sumbangan yang dilakukan. Untuk maklumat lanjut, layari www.cendana.com.my




Saturday, August 17, 2019

AMOREPACIFIC Malaysia Berjaya Melancarkan ACARA ‘MAKEUP YOUR LIFE’

Hi Korang,

Para pesakit serta mereka yang berjaya sembuh daripada penyakit kanser telah mengunjungi acara ‘Makeup your Life’ oleh Amorepacific Malaysia dengan kerjasama Yayasan Kanser Payudara yang bertujuan membantu pesakit kanser meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih cepat dan lebih yakin. 

Acara yang pertama kali diadakan di Malaysia adalah juga bersempena dengan usaha CSR syarikat di peringkat global untuk mendekati para pesakit kanser. Para peserta berpeluang menikmati aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan termasuk kelas penjagaan kulit dan mekap, panduan memilih aksesori menggunakan bahan yang memberi manfaat kepada kesihatan serta demonstrasi masakan dan pemakanan yang betul. 

A Group Photo of Cancer Patients and Survivors with volunteers from Amorepacific

Amorepacific Malaysia memulakan acara dengan taklimat tentang penjagaan kulit dengan memberi tumpuan kepada perubahan kulit selepas rawatan kanser dan bagaimana cara untuk menanganinya. Ini diikuti dengan kelas mekap yang mengajar peserta teknik mekap untuk mencerahkan dan meratakan tona kulit bagi penampilan yang sihat berseri. Setiap peserta menerima kit makeup your Life bernilai RM700 termasuk produk penjagaan kulit dan produk mekap dari Innisfree, Laneige, Mamonde dan Etude House. Semua produk adalah bebas alkohol, lembut pada kulit dan memiliki ciri melembapkan kulit. 

Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempromosikan gaya hidup sihat, Amorepacific Malaysia turut bekerjasama dengan Stailoz yang telah menampilkan dan berkongsi manfaat kesihatan Titan Tech yang digunakan pada kepala tiub Stailoz. Teknik penggayaan ringkas turut diajar menggunakan kepala tiub dan setiap peserta turut diberikan kepala tiub yang ditaja oleh Amorepacific Malaysia. 

A Demonstration on Healthy Cooking by Consultant Dietitian, Indra Balaratnam

Segmen gaya hidup sihat turut meliputi demonstrasi memasak secara sihat oleh Perunding Diet, Indra Balaratnam. Dengan mengambil kira paras tenaga pesakit kanser yang rendah semasa rawatan serta keperluan menjalani rawatan secara kerap, Indra telah menunjukkan cara yang mudah untuk menyediakan sup berkhasiat yang enak serta nasi goreng beras ceruh multibijirin yang penuh dengan khasiat dan juga perisa untuk menaikkan selera pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan. 

Margaret Chin, Pengurus Amorepacific Malaysia ketika ditanya tentang sambutan para pesakit kanser terhadap acara ini telah menyatakan kegembiraan beliau. “Saya gembira dengan sambutan yang diterima bagi acara ini. Yayasan Kanser Payudara telah menjadi rakan yang banyak membantu dalam acara ini dan saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka pada masa yang akan datang. Dengan kejayaan acara makeup your Life, kami akan meneruskan usaha menganjurkan program ini pada setiap tahun,” kata Chin. 

An Amorepacific Volunteer Assisting a Cancer Survivor with the Application of a Skincare Product

Program makeup your Life turut menjadi sebahagian daripada komitmen ‘20 by 20’ oleh Amorepacific, yang merupakan janji syarikat untuk mencantikkan kehidupan 200,000 orang wanita dengan menyumbang kepada pemerkasaan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan ekonomi mereka menjelang tahun 2020. Selain itu, menerusi penyertaan dalam kempen Every Women Every Child yang diterajui oleh PBB, Amorepacific meneruskan kewajipan sebagai warga global yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada Dunia yang LEBIH Cantik. 

Hijab Styling by Stailoz

Yayasan Kanser Payudara yang menjadi rakan kepada program makeup your Life oleh Amorepacific Malaysia berkata bahawa mereka gembira dengan peluang menjadi sebahagian daripada kempen yang amat bermakna ini. “makeup your Life merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh para pesakit serta mereka yang berjaya menewaskan kanser. Ia memberi peluang kep[ada mereka untuk bertemu, menjalin rangkaian dan juga belajar kemahiran baharu yang akan membantu mengubah hidup mereka selepas kanser,” kata Surayati Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Payudara. 

Skincare and Makeup Demonstration by Amorepacific's Training Manager, Camiellia Choo

Program ‘makeup your Life’ telah diadakan sejak tahun 2008 bermula di Korea Selatan dan kemudian dilanjutkan ke kawasan lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura dan Thailand. 


#makeupyourlife 
 #20by20 
 #amorebeautifulworld 
 #amorepacificcsr