Showing posts with label HGH Convention Centre. Show all posts
Showing posts with label HGH Convention Centre. Show all posts

Tuesday, August 27, 2019

Konsert INSPIRASI AFGAN LIVE Di Kuala Lumpur 2019, Jom Dapatkan Segera!!

Hi Korang,

Ok peminat Afgan, mesti tertunggu-tunggu kan bilakah konsert Afgan di Kuala Lumpur untuk tahun ni kan


Jeng jeng jeng

Yesza!!

Oktober nanti tau

Kurang dua bulan dari konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019, namun sebanyak 75% tiket konsert telah terjual! Itulah penangan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza yang bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. 


Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, penyanyi kelahiran Jakarta ini menjanjikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini. “Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ianya dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup. Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola saya Dato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia”, kata Afgan. Manakala bagi Dato’ Shiela Majid, “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan”. 

Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air. Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan. 

Keputusan untuk menganjurkan konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini dianggap pilihan yang tepat bagi Popcorn Studio Sdn Bhd kerana semenjak tahun 2015 hampir setiap tahun Afgan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia. 


“Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusi kekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia. Ini juga terbukti apabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual. Justeru itu, peminat Afgan jangan ketinggalan mendapatkan tiket ke konsert ini”, kata Erik Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd. 


Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox. 


Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/ . Tiket dijual pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. 

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei. 

Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!