Showing posts with label Texas Chicken. Show all posts
Showing posts with label Texas Chicken. Show all posts

Friday, August 30, 2019

Promosi MERDEKA DEAL di Texas Chicken Malaysia, Murah Ya Amat!

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan ayam goreng Texas Chicken Malaysia? 

Mesti korang tak mengaku kan kan kan.. 

Seriously ayam gorengnya sedap, walaupun crunchy tapi tak berminyak bila di makan kan. Ok siapa setuju angkat tangan cam ni heehehe 

Texas Chicken yang kak lily pergi ni kat Kajang 

Selain daripada ayam gorengnya yang sedap, side dishnya jugak not bad especially Honey-Butter Biscuits tuh, kak lily boleh makan sampai 2 ketul sekali kalau panas-panas. 

Untuk korang yang kaki makan ayam goreng ni, ada berita baik untuk korang ek. 

Sempena hari MERDEKA yang bakal di sambut hujung bulan Ogos ni, Texas Chicken Malaysia ada promosi baik punye tau, kaw kaw baik punya yer 

Merdeka Deal 

2 pc Chicken (Spicy / Original) with 1 soft drink RM6.90 je! 

Kak Lily juga add on sides 1 pc Honey-Butter Biscuit (RM1.60), Mash Potatoes (RM1.60) dan Coleslaw (RM1.60) 

Kalau korang nak tau MERDEKA DEAL hanya pada 31hb Ogos 2019. Yelah dah nama pun Merdeka kan takkan nak tukar ke 30hb Ogos 2019. Jangan bimbang semua outlet ada ye, so tak yahlah korang nak terlari sana sini hehehehehe 

Ni la ayam goreng yang Kak lily order 

Untuk 2 ketul ayam goreng hanya RM6.90 (NP : RM14.90) sahaja, korang boleh pilih nak Original ataupun Spicy dan juga 1 cawan soft drink saiz regular yang boleh diisi semula secara percuma! 


Walau bagaimana pun, korang boleh menambah pesanan kepada beberapa menu ÁDD-ON’ seperti Honey-Butter Biscuits, Mashed Potatoes, Coleslaw mahupun Flavoured Rice. Semuanya pada harga RM1.60 sahaja setiap satu yang bersaiz regular. 

Coleslaw ni memang terbaek sebab ape? Sayur di hiris kasar-kasar dan ranggup bila di kunyah. Tak berair sangat pun. Ratah cam tuh jer hah. 

Mashed Potatoes pun sama sedap gak, sosnye tak terlalu masin. Bila di gaul sekali dengan kentang putar tuh semakin enak di buatnya. 

Hah kak lily makan cam tuh jer Honey-Butter Biscuit ni, sedap masa panas-panas di hidangkan tuh. Makan ni dulu daripada ayam tau. 

Dah apa tunggu lagi, mark calendar korang pada 31hb Ogos ni ek, nak lagi sedap lepas balik tengok perbarisan Hari Merdeka kat Dataran Merdeka tuh singgah je ke Texas Chicken Malaysia kan. 


Jom makan ayam goreng Texas Chicken Malaysia ek. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 



#texaschickenmalaysia