Monday, February 13, 2012

Kedai Makan...Berubahlah Sebelum Pelanggan Lari

Hi Korang,

Semalam aku pi makan kat satu kedai kat area Wangsa Maju ni. Memang tak plan pun suddenly je ada family gathering plak.


Lokasi kedainya tak lah tersorok sangat kan, dekat jugak lah dengan Wangsa Walk tuh. Memang turun bukit tu dah nampak lah sebelah kiri jalan kan. Kedai ni menyediakan masakan fusion dan western. 

Masuk-masuk je ramai orang so first impression aku haruslah sedap kan. Ambiance pun ala-ala Cosy gituh. English deco lagi. Memang cantik lah kalah Fullhouse punya restaurant. Kitchen plak open concept so nampak lah apa yang diorg masak kan.

Ktorg duduk lah, a few minutes pas tu baru lah waiter datang bawak menu. Gambo makanan dalan menu tu very impressive. So order lah apa yang nak makan 3 soup + extra garlic bread dan 7 main course dan 7 plain water je. Hanya 2-3 orang je yang boleh amik order coz waiter yang lain tak tahu nak amik order kan.

Boleh tahan gaklah menunggu dan finally main course datang dulu boleh? pelik gak aku rasa. Takkan masak mushroom soup lagi lama dari masak lamb chop, fish and chip dan mix grill kan. Lepas 2 baked salmon baru lah mushroom soup sampai dan waiter mintak maaf coz lama anto dengan alasan ramai sangat orang order mushroom soup ni. 

Mr Big order Beef rib dan makanan dia paling last sekali sampai dan dia yang dulu abis sebab bahagian rib yang diorg kasi tuh hampir 70% lemak dan selebihnya barulah nampak daging. Hah ko cam tu sekali, tak kan dia nak bedal lemak2 tu kan. Yang extra garlic bread tu langsung diorg tak anto coz tak sempat nak buat. Pelik kan, diorg ni uli tepung buat roti ke yang sampai tak sempat nak buat kan.

Bila time bayar plak, nasib baik gemuk suruh siti check bill yang diorg kasi tuh. Hah, diorg boleh include plak minuman yang ktorg tak order, nasib baik kan. Dahlah ice lemon tea tuh secawan 10 hinggit kan. 

Memang lah waiternya semua ada budi bahasa mintak maaf, check makanan ada ke tak but takkan diorg ni culture shock coz ramai orang datang kedai ni kan, mentang-mentang lah masuk paper semalam ada review mengenai kedai ni.

Kalau tak caya boleh tanya dia ni coz dia pun ada makan sekali time aku makan kat sini. Nak memain dengan anak baru dia tu tidur plak kan. Comel betul lah geram aku dibuatnya.

Dengan ini,
Kepada tuan punya kedai tu di harapkan dapat amik iktibar dengan apa yang aku komen ni. Aku tak nak malukan tuan punya kedai ni sebab tu aku tak tulis pun nama kedai dan amik gambo pasal kedai ni

Semoga kedai ni lebih maju dan ramai pelanggan lagi kan. Amin

CLP notes : Mr Big cakap belum tentu lagi dia nak datang lagi ke kedai ni lah.



19 comments :

Eyriqazz said...

apa nama kedai makan tu?supaya eden pun tak tersasul ke sana...

akuzle ayu said...

atoi! kena masuk skola balik depa neh..huhuhuhu

Ma'am IEDA said...

kalu saya, that will be d 1st & d last... paling spoil kalu svcnya yg lambat, and food pun dtg lambat.. mmg x pegi dah lerrrr... huhuuu...

POSH76 said...

aduhai naper tak kasi taw jer nama restoran tu kan senang....haru tullaa restoran camni..

Myvitrd said...

nilah namanya kedai indah khabar dari rupa... kekang apa yang TV review @ paper review tak sesedap yg diceritakan.. kira kunjungan pertama & terakhirlah ni..

Zarul said...

apa nama kedai tu..bab kedai makan ni..servis serta layanan adalah sama penting dgn kesedapan serta keenakan masakan2

ak yuyunz said...

peniaga ni kadang-kadang memang ambil sambil lewa. kalau boleh nak marah tukang masak sekali. bukannya kita makan free. mahal mesti la with good service.. kalau kat pasar ramadhan lagi satu hal.. pehh..

hazman aka species1980 said...

memang aku selalu perasan beb...kedai makan yang masuk paper or JJCM mesti kelam kabut...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

patutnya kena cakap, biar orang lain tak terkena . tapi kalo dah rezeki dia kan, orang pergi jugak

CikLilyPutih said...

@Eyriqazz
aku dah bagitau ko kan.. kedai tu lah

CikLilyPutih said...

@akuzle ayu
may be terperanjat ko customer ramai dtg

CikLilyPutih said...

@Ma'dam Ieda
itulahbut maybe akan pi lagi utk tgk service dah ok ke blom kan

CikLilyPutih said...

@Posh76
alah malas lah aku, tapi rasanya klu org wangsa maju tau kot restoran nie

CikLilyPutih said...

@Myvitrd
itulah.. macam bodo2 org percaya review dlm suratkhabar tu, tertipu sungguh

CikLilyPutih said...

@Zarul
tanya eyriqazz, dia dah tau kedai tu kat ner

CikLilyPutih said...

@aku yuyunz
itu yg sakit ati tuh, dah lah charge mahal sama harga cam TGIF tapi mutu makanan langsung out!

CikLilyPutih said...

@hazman
memang pun, diorg ni cam tak ready utk terima customer lah

CikLilyPutih said...

@elismie
alah biarlah.. ada rezeki dia tuh

Zaidong said...

tak amek gambar ke?huhuh