Saturday, February 11, 2012

Saksikan UEFA EURO 2012 Dalam HD Hanya Di Astro SuperSport

Hi Korang,

Sempat juga aku pi ke 'Unmissable' UEFA EURO 2012 media launch di The Bee Publika Solaris Dutamas. Sesat gak sekejap coz salah baca email kan. Padan muka aku!


Ok dah jangan nak mengarut, back to our topic now.

Yeah, untuk kaki bola Liga Eropah. Tak kira lelaki ke pompuan.Aku tau dah ramai pompuan sekarang ni minat bola coz footballer hensem, betul tak? Nak tipu piirahhh.

Astro SuperSport Channel akan menayangkan kesemua 31 perlawanan dengan 12 tayangan secara LIVE, termasuk 2 (dua) perlawanan suku akhir dan 1 (satu) perlawanan separuh akhir dan juga liputan kesemua perlawanan bola sepak Eropah bermula dari 8th June - 1st July 2012. 

(Left to Right)  Mr. Henry Tan (Chief Operating OfficerAstro), Mr. Venu Ramadass (Channel Manager, Astro Arena), Mr. Lee Choong Khay (Vice President, Sports Business, Content Management Group, Astro),  Mr. Venu Ramadass (Channel Manager, Astro Arena) Jason McAteer, (former Liverpool player) & David Mayformer Manchester United player.

Sempena dengan kempen ‘Unmissable’ UEFA EURO 2012 ASTRO, kaki bola boleh menyaksikan game bola sepak terbesar Eropah menerusi 5 saluran SD Interaktif khas [untuk pelanggan Pakej Sukan ASTRO] dan juga 5 saluran HD Interaktif khas [bagi pelanggan Pakej Sukan ASTRO yang menggunakan landasan ASTRO B.yond] dengan ciri butang Merah interaktif.


Ulasan dan sari kata dalam Bahasa Malaysia untuk Siaran Langsung perlawanan terpilih juga disediakan menerusi saluran ASTRO Arena. Sementara itu, pengalaman mengikuti UEFA EURO 2012 ditambah baik lagi dengan liputan menyeluruh ASTRO menerusi TV (HD & SD), Radio, kegiatan di lokasi dan dalam talian. Laman web www.stadiumastro.com juga akan memuatkan maklumat terkini dan paling lengkap mengenai UEFA EURO 2012 untuk tatapan peminat.

Buat pertama kali pada tahun ini, ASTRO memperkenalkan SPECIAL PASS TO EURO 2012 (PAS ISTIMEWA EURO 2012) yang boleh didapati bermula 1 April 2012. Para pelanggan ASTRO yang tidak melanggan Pakej Sukan ASTRO boleh turut serta mengalami pengalaman menonton UEFA EURO 2012 tanpa perlu melanggan Pakej Sukan ASTRO menerusi PAS ISTIMEWA RM50 untuk mendapatkan akses ke 31 perlawanan siaran langsung.


“Kami  gembira  kerana  memperkenalkan  tanda  aras  industri  baru  dengan  meluaskan  liputan UEFA  EURO  2012  kepada  pelanggan  yang  tidak  melanggan  Pakej  Sukan  ASTRO  melalui SPECIAL  PASS  TO  EURO  2012.  Ini  merupakan  satu  lagi  mercu  jaya  sulung  daripada  ASTRO, menawarkan dan kemampuan masing-masing,” kata En. Lee Choong Khay, Naib Presiden Perniagaan Sukan,ASTRO.



Pelanggan Pakej Sukan ASTRO yang melanggan sebelum 31 Mac 2012 akan menikmati siaran menyeluruh UEFA EURO 2012 tanpa sebarang kos tambahan. Pelanggan yang melanggan Pakej Sukan ASTRO mulai 1 April 2012 boleh menikmati UEFA EURO 2012 pada kadar yuran akses RM50. Yuran akses RM50 ini akan dipulangkan menerusi rebat selagi pelanggan terus melanggan Pakej Sukan ASTRO sehingga 31 Jan 2013.



Untuk melanggan Pakej Sukan ASTRO, sila hubungi ASTRO menerusi talian 1300 82 3838 atau SMS ASTRONo. Akaun Astro#SPORTS ke 32888* (contoh: ASTRO 0812345678#SPORTS)


Untuk maklumat lanjut mengenai SPECIAL PASS TO EURO 2012 (PAS ISTIMEWA EURO 2012) sila hubungi ASTRO di 1300 82 3838.

Thank you Astro for this special invitation

CLP notes : Jawabnya hiruk pikuk umah aku nanti ek, yelah Mr Big baru je pasang sound system kat tv ni kan, confirm bising punya lah. 


9 comments :

blog-tips-kurus said...

solaris yg dekat masjid ni kan? :-)

Zarul Umbrella said...

cant wait...

hazman aka species1980 said...

Kalau astro kasi jersi team bola EURO nei pun bagus gak...hehehe

M Fizan said...

astro terbaik.. tak sabar nak tengok malaysia :)

Cik Lily Putih said...

@blog tips kurus
yup, dekat betul dengan masjid

Cik Lily Putih said...

@zarul
mestilah kan.sokong team mano

Cik Lily Putih said...

@hazman
alah diorg bagi tshirt dengan bola je

Cik Lily Putih said...

@M Fizan
ye betul tuh.. memang tak sabo

akuzle ayu said...

pertama kali sy nmpk 'entiti' tak sabo nak mkn...(mamposs kalo Bro baca neh..lariiksss)....ahahahah