Friday, February 3, 2012

Tiffany Blue

Hi Korang,

Tahun ni ktorg beraya kat kl Mr Big punya family. So my MIL sudi menajakan baru raya ktorg sekeluarga. Yang paling suka sekali budak berdua tu lah, my in laws ni lah. Dapat lah diorg melaram kan. Ktorg ok je, ada ke tak still raya gak.


So ktorg sekereta pi ke Jakel Jalan TAR tuh. Ini first time aku jejak kaki ke sana. Selama ini, kalau nak cari kaki pasang selalunya mak aku ajak pi kedai kin kat Tangkak tu je. Alah kedai2 pondok je. Ramai betul orang, dah macam nak dekat raya padahal lama lagi kan. 

Designer I yang si baju merah tu lah. Dia yang tukang pilih semuanya

Macam nak rak mencari colour 'Tiffany Blue' ni which is aku pun tak sure colournya cam no. Nak kata cam biru tak gak, nak kata hijau pun tak gak. At last jumpa gak, setelah dekat nak satu jam untuk confirm colour kan. 

Tengok sampai dah penat2 dah minah sweet nie tapi sempat update status tu kan

So yang pompuan pakai material chiffon yang berlining2 tuh, yang lelaki pakai material apa pun aku lupa gak lah but cantik gak. Mr Big siap pau kain untuk sampin sekali. 


Bila cashier punch in masuk semua rege tuh, tak berkelip mata aku memandang skrin komputer tuh. Mak oi, banyak ooo itu dah mintak diskaun kat tokeh Jakel ni, kalau tak mintak diskaun lagi terbeliak mata aku menengoknya. 

Citer dengan Mr Big berapa harga semua sekali, dia pun ternganga then dia cakap kain korang lah (which is ktorg yg pompuan lah) yang mahal. Nak berchiffon, tangan lining lah memacam. 


Then terus ke tailor kat Ampang. Alah kengkawan gemuk gak. Dia ni kira cam terrer gak lah jahit menjahit ni. so aku serahkan bulat2 kat si tailor tu untuk jahit baju aku tak kira lah apa pesen pun, janji selesa di pakai ek.


Anyway, thks to my MIL for this sponsorship, nampaknya tahun ni raya kena masak siap2 dulu baru leh pakai baju raya, kang tercabut manik2 mahal tu dah tak berseri kan. kahkahkaha

CLP notes : First time pakai baju raya yang berdesign2 ye. Selalunya baju aku semua simple2 je kan. Ada harapan jadi datin nanti ek. Tapi apa kena mengena title datin dengan baju raya bersequin ni kan..




13 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

giler best mak mertua kasi kain...buat baju raya :)

awek retro said...

kan..sekarang da kene tempah baju raya..tailor pun xnk amek tempahan da start bulan 4 nanti..aduh...

YaNa Yassin said...

Awalnya dah buat baju raya,... :))

kak ina kl said...

memang cantik aa warna biru tiffany ni...memang susah nak jumpa colour cam ni kannn
amboi nak pakai lip lap lip lap ek utk raya kali ni..macam datinlah pulak kan

JMR said...

eh aku dh konpius nih..dah dkt nk raya ke nih??

:-p

MaryaYusof said...

Sempoi lah Cik Lily ni :)

Lama tak pg Jakel..hehehee

KiD said...

waaaaah... dah tempah baju laaaa.. cayalah!

CikLilyPutih said...

@ayuarjuna
itulah best kan, ktorg pun tak sangka gak tau. rezeki tuh.

CikLilyPutih said...

@awek retro
itulah, pi shopping awal2 tuh

CikLilyPutih said...

@yana
kena awal lah, baru dtg mood rayo

CikLilyPutih said...

@k ina kl
itulah segan gak rasanya, macam artis pun ada jugak kan

CikLilyPutih said...

@JMR
ko org lelaki, senang je tak susah cam ktorg org pompuan nie tau.

CikLilyPutih said...

@Marya
alah org nak banjer, ktorg tadah je dgn hati berbunga2 kahkahakhak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails