Thursday, May 17, 2012

Pengalaman Naik Banana Boat @ Awana Kijal Resort


Hi Korang,

Ingat lagi tak yang aku nak citer apa jadi kat aku masa beraktiviti watersport kat Awana Kijal Resort hari tuh. Hah ini baru ada kesempatan nak citer kan. 


Ni aku nak bagitau korang yang ini first time aku naik Banana Boat sepanjang umur hidup aku ni. Ye betul, aku tak tipu. Aku memang tak nak main pada mula but bebudak geng genting ni dah racun baik punya, so nak tak nak aku pun naik jugaklah Banana Boat ni.


Memula kena isi form dulu if anything happen kat aku, diorg kenalah bertanggungjawab sket ke apa ntah coz aku pun lupa. Then pakai jaket keselamatan. Penting tu, kot2 mana tau jadi apa2 kan. 


Banana Boat ni boleh naik sampai 10 orang but ktorg harituh cuma berenam je. Kira oklah. Aku duk tengah2. So satu bot ajak tarik Banana Boat ni, then diorg akan jatuhkan ktorg sebanyak 2 kali kat tengah laut dan jugak kat area tepi pantai.


Masa diorg bawak kat tengah laut tu bukan main laju lagi. Aku dalam hati ni duk berkata-kata sambil mengucap sebab rasa berdebar sangat. Ntah macam mana tup-tup aku tak perasan ktorg dah jatuh dalam laut. Hah ko, terus panic attack datang. Mana tak nya kaki tak jejak tanah kan. Walaupun aku boleh berenang tapi bila dan sejuk kat tengah2 laut China Selatan ni terus panik dibuat. 

Nasib baik ada Uzair dan DD, aku terus berpaut kat budak berdua ni. Diaorg cuba sabarkan ktorg yang panik ni. Cepat2 abang boat tu patah balik amik ktorg kan. 

Naik lagi, ingatkan diorg nak anta terus ke pantai ermm rupanya hah ko jatuh sekali lagi kat tepi pantai, jatuh atas pasir. Sakit gaklah kan. 


Sampai tepi pantai aku duk kejap then jalan naik atas. Tup-tup bebudak ni bagi signal kat aku suruh jalan slow2. Aku pun heranlah kan.  Rupa-rupanya seluar renang aku boleh koyak plak kan, besar plak tuh. Nasib baik aku ada bawak seluar spare kan. Cepat2 aku sarung. 

Bebudak ni duk bantai gelakkan aku kan. Aku nak buat cam no lagi sesama gelak jugak lah. 


Ishk kenangan betul lah naik Banana Boat ni dahlah first time plak tu kan. Memang aku ingat sampai bila-bila. Tapi aku tak serik dan rasanya nak cuba lagi kot bila ada peluang kan. 

Itulah kisah aku bergembira dengan watersport activities kat Awana Kijal Resort, memang sesuatu yang tak dapat di lupakan lah.

CLP notes : Nak cuba lagi, haruslah nak kan...

Gambo semua cilok dari Ruby sebab dia ada camera waterproof tau..



7 comments:

KiD said...

best laaaa ada kamera waterproof.. huhuhu

Kancilbiru said...

asal tak ambik gambaq koyak tu CLP? hehehe

hazman aka species1980 said...

whoaa.... nampak cool la gambar underwater nie beb....

Myvitrd said...

hebat-hebat.. hehehe

AlyzaFisol said...

naik banana boat best, tp bile dh jatuh nk naik bot blk, alahai, seksanye...

part yg cik lily cite suar koyak, tergelak sye sambil baca...hahahaha...anyway, pengalaman yg tak dpt dilupakan tu..

Cik FaRiZaM said...

wah seronok nye .....amik gmbr dlm air lg... nice pic :D

Nurul Akmal said...

Waaaaa... bestnyer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails