Tuesday, May 15, 2012

N.E.U.R.O.S.U.R.G.I.C.A.L


Hi Korang,

Pagi ahad hari tuh, Pak Mat Karaoke (ayah aku) call.

Pak Mat Karaoke : Nanti ko tolong pi tengok anak pak andak kat Hospital kat bulatan Pahang tu. Ayah tak dapat nak pi lah. Takut kereta buat hal tengah jalan plak.

Aku : Hospital kat bulatan Pahang? Oooo HKL lah yah. Ermm ok tapi petang2 sket sebab tu hospital gomen, ada time nak pi melawat.

Pak Mat Karaoke : Hah ok lah tu, ko wakil ayah je lah ye.

Aku : Bagi nama tempat dengan wad sekali yah.

Pak Mat Karaoke : ha kejap, ayah tengok kat mesej mak andak ko. Hah katil no. 5, tingkat 1, wad neu neu neu

Aku : Apa plak wad neu neu nie.. Mana jaja tau.

Pak Mat Karaoke : Alah tak reti plak ayah nak sebut lah menda alah perkataan ni, susah betul bunyinya lah. Jap ayah panggil mak ko suruh baca. Ishkk

Aku : Alah tak payahlah suruh mak baca, ayah SMS je lah senang kan.

Pak Mat Karaoke : Ha ah lah. Ishkk apa plak boleh lupa ni kan. Ok ok jap lagi ayah mesej ye.


Itulah ayah aku, alah orang tua. Manalah pandai nak sebut medic punya term ni kan dahlah cam payah je nak sebut kan. Aku pun kekadang tersasul gak kan.


Ingat aku tau ke Neurosurgical tu apa? Sempat aku google sebelum pi spital tau.

Neurosurgical tu apa-apa kepakaran yang berkaitan dengan bahagian system saraf termasuk otak, saraf tunjang, saraf peripheral dan segala mak neka bahagian otak. Bunyi cam serious kan.

Hah ah, memang pun serius. Rupanya cousin aku tuh terlanggar dengan lori pasir. Ye ! dia terlanggar lori tu masa merempit kat kawasan kampung nenek aku. Yang best tu tak pakai helmet, boleh? Haruslah kena hentam teruk kat kepala kan. Bebudak sekolah menengah, gian bawak motor kan. Itulah padahnya.

Bahagian lain langsung tak de apa2 cuma masa mak andak aku citer hari tuh, bahagian depan kat dahi tu kulit kepala terkoyak sehinggakan nampak otak. Ishkk terus gerun aku dibuatnya. So doktor masukkan silicon kat bahagian yang lekuk tuh.

Time aku melawat tuh, even tho mata dia pejam tapi dia boleh dengar apa disekeliling orang dia cakap. Mak ndak aku siap suruh buat gerakkan badan, kaki dia buat. Kira macam separa sedar cam tu lah. Aku pi melawat kejap coz wad tu tak leh reramai orang dan tak de kerusi nak duduk, sempat borak dengan kakak budak ni je.

Sampai je bawah, Mr Big tanya aku ‘Ni nak salahkan sapa ni, anak ke mak bapak?’. Aku cakap senang je dua-dua salah.

Kesimpulannya, iklan kat tv yang suruh pakai helmet tu memang betul. Tengok akibat tak pakai helmet dah ada depan mata nie.

CLP notes : Bila orang suruh tu jangan degil ye darlinggggg semua..


4 comments:

Eliss Mie said...

aduhai..itu laa darah mudah. bila terkena macam ni baru dia tahu, yang kita ni sayangkan dia. eh,mcm iklan pulak :p

Ma'am IEDA said...

alhamdulillah still ada nyawa. Hopefully he will recover soon... Bleh gak dia bagi warning kat kengkawan dia nanti kan...

hazman aka species1980 said...

hurmmm... kalau bab sakit saraf nie memang serius sakitnya...

Nurul Akmal said...

Moga cepat sembuh..

Baru tau ape maksud Neurosurgical.. thanks akak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails