Monday, May 14, 2012

Fun and Adventure Trip with Nuffnang Bloggers @Awana Genting Highlands Resort


Hi Korang,

Minggu lepas aku dapat pi holiday lagi. Tapi bukan holiday pun but more on team building, fun and adventures trip to Awana Genting Highlands Resort alah 2 hari 1 malam je. Cam biasa aku dapat lagi invitation dari Nuffnang dan Team Genting kan.


Day 1

Ktorg bertolak dari Wisma Genting, ramai bloggers baru dari yang lama kan. Yang lama cuma aku dengan Ruby je. Travel time kejap je sebab bukannya jauh pun. Sesampai je just nice nak kul 12 tghari. 


Apalagi masuk bilik kat tingkat 24 'Superior Deluxe Room', cantik gak biliknya facing Genting Highland tuh, besar pun besar kan. Amik2 gambo tukar baju then terus pi makan kat Rajawali Cafe.

Buffet lunch mestilah best kan coz variety of food we can eat it. Aku cam biasa mesti berpinggan2 makan. Memula cuba malay food, pas tu western plak, makan roti sket, dessert  memacam colour dan buah lah untuk cuci perut kan.







Abis lunch ktorg dah mula aktiviti yang pertama jeng jeng jeng Treasure Hunt. Alah mesti korang kata kacang je kan but nak abiskannya memang azab sangat. Dengan kene berlari kesana kemari, panjat bukit, turun lembah ermm memang excited lah. Yang ni aku akan citer kat entry lain ek.


Sebab team aku menang so ktorg berlima dapat naik limo ride which is buggy car tu je. Team lain kene jalan kaki hehehehe. Masuk bilik lepak kejap mandi then trus turun bawah untuk pi dinner plak.






Tak tak dalam Awana Genting Highland ni ada Pasar Ikan Bakar? Hah, mesti tak tau kan. Aku pun baru first time tau. Tempat ni dibuka kalau ada special function or booking reservation cam tu. Menghidangkan segala jenis makanan yang laut yang dibakar menggunakan rempah2 special yang aku cuba mintak kat chef tapi tak dapat kan. Hehehhehe jadi untuk melegakan hati yang frust aku bedal segala jenis mak neka makanan yang hado kan. Lazat tak terhingga. Nanti aku citer lagi ek.


Balik bilik ingatkan nak rehat2, bebudak nie leh bantai ajak sembang2 kat bilik diorg sambil makan Maggie. Hah sambil tu citer lah pasal blogging ni semua kan. Kira macam sharing session gak lah. Dah tengah malam gak baru balik bilik. Then trus ngorok..

Day 2

Bangun cam biasa tak lambat pungg. Bersiap then terus pi makan breakfast kat Rajawali Cafe. Buffet lagi. Memang senak perut aku dengan makan je sebab sedap sangat kan. 




Sambil makan tuh sambil menghirup udara segar kat Awana Genting Highlands ni, memang tempatnya cantik sejuk dan berkabus je.





Ok dapat hirup apa yang patut now its adventures time Jungle Trekking. Ye bukan normal trekking ye but ECO Trekking 3.8km. Hah ko ingatkan senang but tak terkata maha hebatnya. Bukan setakat trekking je malah ktorg diberikan 3 task untuk settlekan sebelum keluar dari tempat jungle trekking ni. Ko bayangkan aku ni yang gemuk azab nak abiskan trek ni. Actually dia tak susah pun but penatnya masyallah tak terhingga dengan seluar terkoyak, kasut masuk selut, baju berlumpur, kene gigit pacat lagi. Apa-apa pun memang terbaik lah.


Abis jungle trekking tu ktorg kena tanam pokok plak untuk Genting punya kempen. So satu group satu pokok. Nama pokok ktorg Champion tuh hehehehehe.


Balik bilik hah ko, rupanya ada banyak pacat itu aku balik. Lebih kurang 5-6 ekor. Cepat2 tarik dan matikan langsung tak boleh pun dah lah dah gemuk hisap darah aku kan. Last2 aku buang je kat luar. Check punya check 10 tempat pacat ni gigit aku. Ishkk


Check out bilik then terus pi makan kat Rajawali Cafe lagi. Makan pun sket je coz badan dah penat. Naik je bas ingatkan nak tidur ermm tak sempat pun coz ktorg di bawa plak ke Strawberry Park kat Genting Highland ni. Dekat je dengan Awana Genting Highlands. Masuk free Cuma time petik strawberry tu kena bayar lah ikut berat strawberry yang ktorg petik tuh kan.  Then ktorg di bawa ke Bandar Gohtong Jaya. Ada memacam ada, nampak cam small town but facilities semua ada lengkap.

On the way dalam bus semua orang melingkup tidur coz penat sangat kan. Sampai masuk KL baru memasing bangun. Ishkk penat sungguh kan.


Anyway thanks lagi sekali to Genting Team yang sudi mengajak ktorg beradventure kat Awana Genting Highlands dan juga pada Nuffnang Nuffies Anne Cheah dan Darren Low yang sentiasa je jaga ktorg kan.

Kalau boleh nak ikut semua Genting punya event coz best2 sangat.

CLP notes : Masa aku balik ari tuh, aku timbang turun 3kg wokeh.


6 comments:

Ma'am IEDA said...

pahcat... oh noooo...

Nurul Akmal said...

Wah.. sangat best..

Eiii akak dah gemuk pacat2 tu..

Sharidawati Shahrudin said...

auwwww best nya! ohh pacat ... hmmmm pacat ni akan turun sendiri bila dah puas hisap darah... huhu tetibe ai flashback kat blog u ciklily..hehehe

Mira Cikcit said...

fuyoo.. kak liliy sampai turun 3 kg.. Mira sampai naik 3 kg.. HAHA

hazman aka species1980 said...

uisshh... genting tengah rancak buat aktiviti dan event nie... tapi diorang buat time hari bekerja... nie latest untuk makan2 kat sana ko join tak ?

Daniel Chiam said...

Oh bestnya... turun 3kg! hahaha i tak check langsung... best la outdoor adventures :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails