Sunday, May 20, 2012

Aku Boleh Terbang Bebas di Genting Sky Venture

Hi Korang,

Ok kita sambung balik citer masa outing ke Genting Highlands hari tuh. Hah memang tak abis lagi sebab aku asyik manjang lupa je.


Ni first time aku nak cuba Sky Venture ni.  Seram gak bila tengok cam ne orang main kan.

Apa itu Sky Venture?

Sky Venture ni merupakan satu permainan ala-ala terjun dari kapal terbang dan kita leh terapung tanpa guna parachutes pun. Cuma yang beza kan ia dilakukan dalam terowong angin yang tertutup. So tak leh kita melayang- layang jauh kan. Tak payah sebarang skill khas pun di perlukan Cuma korang kena ikut safety briefing dan pakai segala mak neka safety equipment.

Ok, dah paham kan. Now meh layan cam ne aku boleh buat Sky Venture ni.


Ktorg di bahagikan kepada 2 group. Aku duk kat 2nd group sebab hati aku berdebar nak cuba Sky Venture ni. Bila tengok first group ok wokeh je then baru hilang gugup aku sket.

Ktorg kena dengan briefing dulu. Belajar hand signal dari marshall. Ada 6 signal yang kene ingat. Nasib baik aku leh ingat semua. Kemudian baru pakai safery gear. 


Kena pakai knee pad, elbow pad, suit ninja hi yeah sebab aku gemuk kena pakai baju hitam, spek mata, kasut dan helmet.

Ktorg dibawa ke ruang tunnel tertutup tuh. Angin ya ampun, bukan main kuat lagi 193km/hr dan satu satunya terowong angin yang ada kat Asia ni. Ok bangga jap. Memula ada 2 trainer yang tunjukkan ktorg cara-cara nak terbang di awan biru ni. Kemudian satu persatu ktorg dia panggil.


Masa dia panggil aku, hati dah berderau dah segala mak neka surah aku baca dalam hati. Then dia ajar pakai signal yang aku belajar tadi. Jatuhkan badan perlahan2 dan tegakkan kaki. 


Hah ko, terus aku bleh terbang walaupun memula tu agak panik gak kan. Kaki mesti tegak dan kepala pandang depan. Bila bengkok sket terus jatuh ke bawah hehehehe dalam masa 5 minit aku dah mula familiarized dengan Sky Venture ni. Bila kuar dari tunnel tuh, terus lega dan rasa seronok.


Ok bagi orang lain rasa gak then aku terus tunggu second round. Kira masuk untuk kali kedua ni dah pandai sket, dah boleh agak nak tinggi nak rendah nak turun siap boleh senyum masa bebudak ni amik gambo. Hah tetiba aku terasa aku dah terbang jauh ke atas. 


Rupanya abang instructor tu bawak aku naik ke atas. Kecut pecut gak sekejap but just enjoy je. Kira dah boleh berlagak lah coz dah boleh terbang.


Bila keluar dari tunnel tu rasa cam best sangat, nak buat lagi pun ada. Dengan rambut kembang2 tercacak ke atas kan. 


Nak tambah lagi best, ktorg diberikan sijil tanda yang ktorg dah cuba Sky Venture ni. Bolehlah aku berlagak dengan korang kan. 


Meh layan sket video terbang ktorg nie, comey ooooo



Aku ni dah kira cam angkasawan yang datang praktis sebelum ke bulan kan. Ermm harapan bukan main lagi kan.


Jadi siapa kata nak cuba Sky Venture ni mahal kan ?




Its only RM50 per ride. Kalau korang dah ada tiket outdoor or indoor theme park, lagi murah Cuma RM38 per ride. Oklah tu kan. Murah apa. Nak cuba sesuatu yang baru.

Anyway thanks Genting for this fantastic ride. Now I believe I can fly.

CLP notes : Kiranya aku kuat jugaklah ek, semua menda yang aku cuba first time kira menjadi gaklah.

Gambo cilok dari FB Uzair dan video dari FB Ruby..


3 comments:

sarah mohamad said...

Bestnyaaaaa kalau boleh dapat main sky venture ni sekali pun dah ok kekeke

hazman aka species1980 said...

perghh... mesti excited abis kan time dah terapung kat udara tu kan....plus dag dig dug....

♥MAMASYAZA♥ said...

wow bestnya. akak tak berani nak cuba. takuttttt sgttttt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails