Friday, May 11, 2012

Mencuba Stuffed Crab Di Restoran Tong Juan Kemaman


Hi Korang,

Pernah dengar Stuffed Crab? Ermm tak pernah. Meh sini aku nak citer. Stuffed Crab ni sejenis makanan yang aku rasa hanya korang dapati kat area Pantai Timur je dan biasanya orang-orang cina yang pandai masak Stuffed Crab ni. Pendek kata makanan orang cina lah.


Stuffed Crab tu lebih kurang cam tauhu sumbat but diorg gantikan dengan ketam. Kulit ketam baru tu di jadikan tempat untuk mengisi isi ketam yang dah di ceraikan dari kulit dan di campurkan dengan sayur-sayuran, kira macam isi popiah lah but kulit tak leh makan kan.



Aku dapat merasa Stuffed Crab ni di Restoran Tong Juan kat Chukai Kemaman masa berholiday di Awana Kijal bulan lepas. Rupanya kulit ketam tu dibalut dengan tepung dan telur yang kemudiannya di goreng. So ranggup di luar, sedap di dalam.


Meja ktorg plak tak ramai yang duduk, so dapatlah aku bedal 3 keping. Bila selak je untuk tengok isinya ermm berasap-asap keluar kan. Rasanya sangat sedap. Yelah aku kan tak pernah makan Ketam Sumbat ni.

Restoran Tong Juan ni juga ada sediakan makanan lain, ermm macam lah. Korang tengok je gegambo ni.

Fishball Soup - fresh sangat bile makan

Ginger Beef - Lepas makan kentut2 je eheheh

Nasi goreng cina yanG banyak udanG


Apamacam? Terllur kann. Aku pun sendiri pun rasa terliur gak masa edit gegambo ni.Nafsu serakah kelaparan bukan main membara lagi ek.


Bagi aku, harganya not bad lah. Stuffed Crab ni sekeping RM7.00 Harga makanan lain sama cam korang pi makan kat kedai seafood gak. Tak de lah potong leher sangat.

Nak singgah ke, ni alamatnya


Restoran Tong Juan 

K-117 Jalan Sulaiman,

24000 Kemaman, Terengganu
GPS: 4.231314, 103.428383
Tel: 09-859 1346‎


Kalau nak tunggu aku buat sendiri, memang terlingkuplah jawabnya kan.





Eh, jangan lupa vote aku wokeH!!!.



3 comments:

Anonymous said...

Halal ke?

Anonymous said...

Halal ke???

SUERIYA said...

Kedai nie Ade jual bir.. X fhm knp Ade jgk melayu dtg mkn.. Atuk sy org cina msk Islam. Pernah bgtau mskkn cina mmg x lari dr arak n khinzir.. Air rebusan yg d guna dlm msknn biase tulang khinzir bercampur tulang ayam.. Bahan perapan mesti d letak sedikit arak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails