Friday, July 1, 2011

Sepanjang Jun 2011 - 1/2 Tahun Yang Hebat

Salam Pagi Jumaat,

Sekejap je dah 1/2 tahun kan. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan kita tempuh untuk tahun nie. Aku sendiri pun tak sedar, sekejap betul masa berlalu. Kerja-kerja blogging pun makin hebat jugak lah. Ada je event yang di panggil untuk join. Ermm meh lah baca nie



Event
Dapat pi OREO Daddy Dunk media launch kat The Curve,seronok dapat jumpa dan borak2 in person dengan Aaron Aziz, dapat pi behind the scene The Magical Musical, berjalanlah satu Sunway Lagoon tu kan. Dapat jumpa bloggers kat Smurf Day hari tuh. Sempat jugak pi Green Latern Party sempena Enviromental Day, dapat pi Universal Music showcase kat Holiday Inn Crowne Plaza (belum buat entry lagi, boleh?), sampai salah2 tempat tau. dan juga dapat join sidang media untuk filem terbaru Sekali lagi.


Premiere Screening
Bulan ni kurang sket lah coz aku lambat sangat reply confirmation lah. Dapat tiket pi tengok Dylan Dog but aku pass kat HamzahIan je coz aku ada event lain time tu. Kemudian dapat tiket citer Super 8 tengok kat  KLCC ini nasib baik sempat. Dapat tiket 321 Cinta but aku wakilkan Hazman untuk tengok citer tuh. Nasib baik filem 'Sekali Lagi' ni aku sempat pi tengok. Itu yang jumpa Lisa Surihani tu kan

Outing
Ini memang tak di sangka2 dapat tengok The Magical Musical gala premiere, memang best musical  nie. Sempat jugak celebrate father's day dengan family aku dan family mr Big sekali sambil ktorg bercuti sambil jalan2 di melaka. AstroLife bagi ktorg pass masuk untuk pi tengok Maharaja Lawak final kat Shah Alam. Dan juga ktorg berdua dapat breakfast dengan Perdana Menteri under NRC11 Club. Ermm itu yang best tuh kan.

Skills
Sibuk mereview2 product yang diorg nie hantar, majoritinya bebarang make-up lah. Dapat jugak aku tau apa bahan yang ada dalam make-up ni kan. Sekarang ni tengah sibuk belajar amik2 gambo pakai DSLR secara close-up coz mr Big dah tak larat ikut aku pi event lagi. Letih katanya. So kenalah buat sendiri pas ni.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..


Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.
Hopefully bulan Julai lagi best lah hendaknya ek.. Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

5 comments :

Kancilbiru said...

betul ciklily..pengalaman yang penting. kalau idak, tak merasa la nak jumpa PM...hehehe

- zuriey - said...

pengalaman cam2 bukan semua dapat..i love blogging

Mama Zharfan said...

6 bln yg fun lagi cemerlang tu :) congrats!!

me baru balik dari tgk movie "sekali lagi" tu :)

Geng Borak said...

nama cik lily mmg dah sinonim dengan tiket wayang.. caiyok!! insyaAllah, ada rezeki masing2 tu..
Dulu Aku Artis Undangan | Sekarang Blogger Bekas Artis

AyuArjuna BiGoshh said...

cik lily yang hebat....fuyoooo