Wednesday, July 27, 2011

Terasa Muda Kembali @ David Archuleta Asia Tour Concert, Stadium Negara KL

Hi Korang,

Baca tajuk ke dah geli kan ketiak korang kan? ermm aku pun rasa gitu gak. Dah lah mr Big kata concert hadek2  noks.. Ishk geram aku.. Sudahnya aku pi tengok sorang je malam tadi.


Aku dapat tiket konsert David Archuleta ni coz menang Digi Evangelist Contest hari tuh. So pi lah collect semalam kat Nuffnang office. Ingatkan free seating rupanya VIP uols. Terkesima kejap dibuatnya. 

Di sebabkan mr Big malas nak pi so aku pi jelah sengsorang. Ok je aku coz DD dah ada tunggu kat sana. Dalam tiket stated kul 8pm start tapi aku kuar rumah kul 8pm gitu sampai 8.45pm pun konsert belum start lagi. Tengah borak2 dengan DD, ktorg di mintak tukar tempat. Yeah! maknanya dapat duduk lagi depan lah kan. 


Tapi bila dah duk depan, si RELA ni plak sibuk tak bagi amik2 gambo plak. Ishk nasib baik aku bawak 2 camera, so compact untuk amik gambo dekat2 DSLR utk shoot jauh. Nasib baik si DD tukang cover bila tu aku guna yang beso tuh.


Persembahan David Archuleta, ermm memang amazing bak kata Thara. Tak sangka budak umur 22 tahun ni leh menang American Idol kan. Suara dia sedap di tambah dengan hensem plak tu kan. Lagu2 yang dia bawak semua best2 dan ada juga lagu lelama yang aku leh nyanyi sekali tau. Teringat plak zaman muda2 dulu, aku pun cam gituh jugak, terjerit2 masa pi tengok konsert Peter Pan dulu, terasa muda plak lah.


Memang David Archuleta ni menjadi kegilaan bebudak pompuan remaja masa kini lah. Dia muncul depan stage je dah terjerit2, baru nyanyi sket terjerit2, dia bagi flying kiss pun semuanya terjerit2 lah. Pendek kata boleh cair tahi telinga aku lah, dah kiri kanan atas bawah menjerit kan. 

Aku tak tunggu sampai abis pun coz malas nak berebut2 balik dengan diorg ni semua kan. Dalam kul 9.30pm  cam tu aku dah kuar dari stadium negara tuh but sempat amik few long shoot yang cantik2 gaklah. Banyak gambo amik but malas nak letak, boleh??


Anyway, David Archie you really rocks my nite..

TQ Digi Telco dan jugak Nuffnang.


3 comments :

KiD said...

ohhooo.. curik2 ambik gambor.. diorang tak kasi amik gambor ke? huhuhu
http://shakiddo.blogspot.com/2011/07/steak-unta-di-austin-steak-house.html
(ni yang kat bangi tuh)

hazman aka species1980 said...

KO Memang sentiasa nampak muda remaja beb....keh3x...

DDFABULOUS.COM said...

motip sangat RELA tu kan...org lain bawa camera besar gedabak x plak dia nak kacau, time kita nak amik dia sibuk kacau kan kak...nice shot gak akak dapat amik...