Wednesday, July 20, 2011

Premiere Screening Of 'Take Me Home' @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah sampai ke Mid Valley untuk premiere screening filem 'Take Me Home' ni. Nuffnang yang kasi tiket lepas jawab komen kat website dia kan hari tuh. 

Sesampai lebih kurang kul 7.30mlm. Kosong satu kaunter pun tak de. Ishk kene tunggu lah jawabnya. Lebih kurang 8pm cam tu, nuffies nie semua sampai. So kejut sket lah dengan nak susun badge, pasang banner kan. Berjaya juga aku dapat tiket walaupun depan aku tu, blogger tu melampau betul sekali amikkan tiket untuk 6 email. Dah kene sound baru lah nak blah kan.  Then pi makan kejap and masuk balik untuk citer nie.


Meh aku citer sket sinopsis citer nie:

Aku rasa citer dalam tahun 80an cam tu kan coz background music dan jalan citer cam old skool gitu. Mengisahkan Matt Franklin yang terlalu minat dengan Tori Federeking yang cun betul dari zaman sekolah sampailah diorg ni dah masuk alam pekerjaan kan. Hinggakan kakaknya Wendy dan rakan baiknya Barry sampai bosan dengar citer pasal si Matt ni. 


So one day diorg ni terjumpa balik dalam kedai yang Matt ni keje dan dari situ segalanya berlaku. Zaman sekolah kan memacam citer so start lah semua rahsia terbongkar. 

Apa macam? Simple je rumusan aku kan. Yelah kan citer sket2 je supaya korang lebih teruja nak pi tengok kan.

Bagi aku, citer ni ala romantik komedi. Jalan ceritanya simple, mudah difahami dan tak buat orang sakit kepala nak fikirkan endingnya. Totally kelakar but bahasa yang diorg gunakan cam  ganas sket lah.. Bebudak tak leh tengok citer. 18 tahun ke atas je ek. 

Not bad, sesuai untuk release tension lepas balik keje.

Mr Big kasi 3/5 je. Oklah tu kan.

Note : Kepada bloggers yang rasa2 selalu amik tiket untuk kengkawan korang tu banyak2 di harapkan dapatlah courtesy sket. Ingatlah orang lain yang datang awal. Ktorg orang yang datang awal selalu dapat seat yang mendongak ke langit disebabkan ko sibuk nak amikkan tiket untuk kengkawan ko kan.  Kalau amik untuk 1-2 orang tak kisahlah kan tapi kalau dah sampai 6-7 email itu kira melampau gak kan. 

Di harapkan jugak Nuffies pun strict sket lah. Jangan bagi muka sangat lah. 

5 comments :

juanita said...

mak aii..smp 6 emel...biar betik..kesian la org datang kendian. Nak2 lagi yg dok2 jauh...kalau ju x mungkin dpt sampai seawal tu...

hazman aka species1980 said...

kalau aku pun angin gak kalu ade yang jadi runner kutip tiket...harap2 mesej ko dapat diorang amik perhatian laaa

KiD said...

haaaa tul tu.. cik lily dapat tak tiket hangover part II? nak tak..?

leeya abdul said...

bila la saya pun nak dapat tiket dari nuffnang kan.. beli sendiri la lagi nampaknya.. uhhuuu.. tak pe gigih lagi..

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

cerita ni bikin ONARRRRRR!!!! ahahaha~ enjoy doh!