Friday, July 22, 2011

Rasa Enak Macam Nak Makan Dengan Maybeline Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Hi Korang, 

Oit bunyi tajuk je bukan main melampau kan. Fikir pasal makan jelah aku ni. Bukanlah. Brand Make up No.1 Maybeline New York sekali lagi telah menghasilkan lip gloss yang sensasi lagi bersinar dan rasanya macam nak makan je lah.

Memperkenalkan

Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Ianya merupakan lip gloss yang sangat cute dan ianya bersinar bagai tidak mengenakan apa-apa di bibir korang dan juga 50% kurang melekit dan membuatkan kita rasa selesa kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari.


Dengan 7 pilihan warna yang memikat hati ia dinamakan seperti Cherry Kiss, Treat Me Sweet, Freshly Sliced, Berry Bella, Sparkling Grape, Crazy for Caramel dan Mad about Melon, Maybeline New York yakin lip gloss ini akan memberikan rasa sensasi dan lazat di bibir korang.

Cara nak pakai? 
La senang dan mudah di gunakan. Picit sahaja tubenya dan terus dicalitkan di bibir korang. Senang kan.


Lip gloss ini telah di uji dan di analisis, Maybeline New York Fruity Jelly Delicious Lip Gloss ini boleh di dapati dengan harga RM9.90 satu di semua kaunter Maybeline seluruh negara.

Menarik kan, senang nak bawak kemana-mana. Sumbat je dalam handbag korang kan. Dengan harga cam tu punya murah confirm bebudak sekolah, remaja student IPT pun mampu beli kan.


2 comments :

Geng Borak said...

kalau lapar, leh makan mende alah tu,.. hhehehehehee

hazman aka species1980 said...

Ada balance lebih2 tak ... kasi aku satu....bibir aku selalu kering la keje kat opis nie....ahakssss