Showing posts with label stadium negara. Show all posts
Showing posts with label stadium negara. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Terasa Muda Kembali @ David Archuleta Asia Tour Concert, Stadium Negara KL

Hi Korang,

Baca tajuk ke dah geli kan ketiak korang kan? ermm aku pun rasa gitu gak. Dah lah mr Big kata concert hadek2  noks.. Ishk geram aku.. Sudahnya aku pi tengok sorang je malam tadi.


Aku dapat tiket konsert David Archuleta ni coz menang Digi Evangelist Contest hari tuh. So pi lah collect semalam kat Nuffnang office. Ingatkan free seating rupanya VIP uols. Terkesima kejap dibuatnya. 

Di sebabkan mr Big malas nak pi so aku pi jelah sengsorang. Ok je aku coz DD dah ada tunggu kat sana. Dalam tiket stated kul 8pm start tapi aku kuar rumah kul 8pm gitu sampai 8.45pm pun konsert belum start lagi. Tengah borak2 dengan DD, ktorg di mintak tukar tempat. Yeah! maknanya dapat duduk lagi depan lah kan. 


Tapi bila dah duk depan, si RELA ni plak sibuk tak bagi amik2 gambo plak. Ishk nasib baik aku bawak 2 camera, so compact untuk amik gambo dekat2 DSLR utk shoot jauh. Nasib baik si DD tukang cover bila tu aku guna yang beso tuh.


Persembahan David Archuleta, ermm memang amazing bak kata Thara. Tak sangka budak umur 22 tahun ni leh menang American Idol kan. Suara dia sedap di tambah dengan hensem plak tu kan. Lagu2 yang dia bawak semua best2 dan ada juga lagu lelama yang aku leh nyanyi sekali tau. Teringat plak zaman muda2 dulu, aku pun cam gituh jugak, terjerit2 masa pi tengok konsert Peter Pan dulu, terasa muda plak lah.


Memang David Archuleta ni menjadi kegilaan bebudak pompuan remaja masa kini lah. Dia muncul depan stage je dah terjerit2, baru nyanyi sket terjerit2, dia bagi flying kiss pun semuanya terjerit2 lah. Pendek kata boleh cair tahi telinga aku lah, dah kiri kanan atas bawah menjerit kan. 

Aku tak tunggu sampai abis pun coz malas nak berebut2 balik dengan diorg ni semua kan. Dalam kul 9.30pm  cam tu aku dah kuar dari stadium negara tuh but sempat amik few long shoot yang cantik2 gaklah. Banyak gambo amik but malas nak letak, boleh??


Anyway, David Archie you really rocks my nite..

TQ Digi Telco dan jugak Nuffnang.


WW - Cuba Teka Siapa Ni..

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.. Ermmm


Apa macam, kenal tak?

Ini the best shoot dari seat atas yang kiranya jauh gaklah kan...


Sunday, July 17, 2011

I Want To Watch David Archuleta Perform Live in KL

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan David Archuleta kan? Pemenang American Idol ke 7. 


Baru je berumur 22 tahun tapi David Archuleta ini mempunyai suara yang cukup matang berbanding dengan usianya. Dengan lagu-lagunya yang cukup hebat seperti Crush, Something 'Bout Love, Elevator dan banyak lagi telah membawa impian iaitu membuat persembahan di Asia memjadi kenyataan.

So David Archuleta juga akan berada di Malaysia untuk konsert tournya iaitu pada;-


Tarikh : 26 July 2011 (Selasa)
Masa : 8.00pm
Tempat : Stadium Negara


Aku, haruslah tak mau ketinggalan kan untuk meyaksikan persembahan David Archuleta ini. Yelah artis antarabangsa datang ke Malaysia kan. Aku nak tengok bagaimana penyanyi semuda ini dapat menghiburkan peminat-peminatnya kan. Lagi pula mesti ada performance yang lain daripada yang lain kan.

Hopefully aku dapatlah tiket konsert David Archuleta ini dari Digi.


“Brought to you by DiGiMusic Pluz, the first DRM free MP3 music download service in Malaysia