Monday, June 27, 2011

Aku Sarapan Dengan Siapa? Dengan Perdana Menteri Kita Lah Kan

Hi Korang,

Semalam pagi sempat jugak ktorg berdua meluangkan masa bersarapan dengan Perdana Menteri kita lah Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah orang dah jemput mesti lah pegi kan, tak kan nak hampakan plak.


Simple je breakfastnya

Ktorg sampai USJ Taipan tu dalam kul 8.30pagi cam tu. Sampai sana dah berlambak2 polis kat area Kayu Nasi Kandar tuh, PM tu turun mestilah kene standby kan. Lepas register, terus sarapan dulu lah. Kemudian terus naik atas untuk tunggu PM sampai.

Terus glamer kedai mamak nie


Berebut semua kan

Lebih kurang 9++ cam tu, PM sampai. Sibuk kejaplah area USJ tu kan.Ktorg yang kat atas ni dapat privileage lah kan. Dia sampai je atas terus je, pi kat area yang ktorg duduk. Wah bangga jap lah, sempatlah salam2 kan.


Its actually small gathering PM dengan NCR11 Club ni pasal pembangunan rakyat kan. So banyaklah soalan2 yang PM jawab. Ada yang tanya pasal ekonomi, politik, sukan dan yang best pasal PM citer pasal MU and IPAD. Tergelak2 ktorg dengar kan. Tapi aku suka bila PM citer pasal lifestyle rakyat Malaysia sekarang nie, totally memang betul dan aku sokong 100%.

Tak dapat salam, dapat special wave pun jadilah kan

Memandangkan ktorg ni duk agak terkebelakang sket dan aku nie kan pendek, so nak amik gambo dengan PM tu agak payah jugaklah but PM sempat wave kat ktorg personally lah. Wah bangga lagi kan.

Event yang simple tu abis dalam kul 11am camtu. Lepas PM balik, ktorg the whole members bercamwhorelah beramai2 but yang syok tu aku tak tau pun yang diorg nie bertitle Datuk dan berpangkat beso. Bila ktorg pi makan lagi sekali, baru Mr Big cakap diorg ni majoriti golongan Datuk dan yang levelnya lebih tinggi dari ktorg.

Wah lepas nie, kalau korang perasan aku duk borak2 dengan orang2 veteran nie janganlah fikir bukan2 kan. Hahahahha jangan nak perasan lah ko Lily, ko tu sapo kan blogger middle class kan.


Anyway memang best lah, bukan senang kan nak jumpa orang no. 1 negara kita. Lagi-lagi dapat second chance kan, haruslah jangan dilepaskan.

Betul Tak?

6 comments :

daydeck86 said...

dedua pakai gelang kesihatan ekk

hamzah ian said...

cik lily byk g event best ah.. jeles

KiD said...

aku dah biasa jumpa PM Malaysia ke 4-6.. :)
Malam Hujung Minggu di Bagan Lalang

hazman aka species1980 said...

whoaaa... lepas nie kalau ade event kat putrajaya mesti ko dapat invitation kan.....ekekekeke

Mama Zharfan said...

wohooo..spesel sungguh breakfast tu :)

inspirasicyber said...

bertuah dapat jumpa pm....bukan senang nak dapat jemputan macam tu...