Thursday, June 2, 2011

Berbebek @ Bondi

Hi Korang,

Petang semalam aku dengan bebudak opis aku nie pi lepak ada satu kedai kat area Nilai nie. Not bad jugak tempatnya. Memang area tu area makan2 yang best lah.


Ktorg ber yamcha di Bondi Melati, salah satu indonesian restaurant yang super top kat kawasan Inti College ni lah. Masa ktorg sampai tu memang time makan lah kata kan. Memang ramai giler manusia lah. Aku memang first time sampai ke sini. Diorg nie dah biasa hang out melantak kat sini.


Inilah dia orang2 yang suka nau mengajak aku kan, memang geng2 kaki makan lah.

Nasi Goreng Ayam Bakar

Bebudak di suggest kan aku makan Nasi Goreng Ayam Bakar. Sedap ke? memang pun. Isi ayamnya lembut senang je tanggal dari tulangnya. Aku rasa diorg rebus or stim dulu ayam ni then baru bakar. Di hidangkan dengan cam sambal pecel lele. Menangkap kesedapannya.

Nasi Goreng Bebek Bakar

Si amoi tu plak makan Nasi Goreng Bebek Bakar. Lembut je rasa bebeknya lah. La bebek tu angsa lah. Orang putih kata goose. Cara masak sama kot but very tender lah orang kata. Hitam giler dagingnya dek di lumur dengan kicap kan

Harga tak mahal pun sepinggan dalam 5-6 ringgit cam tu lah. Portion nasinya banyak plak tu kan.

Tempat nie memang ramai dengan student Inti College. Maklumlah dekat dengan diorg kan. Tapi  ramai juga steward/stewardess AA dan MAS lepak sini jugak. So dapat lah cuci mata sket kan. Kira hilang lah habuk2 kat mata tu bila tengok diorg2 yang fashionable ni kan.

Anyway, korang kalau lalu lalang kat sini boleh lah singgah kan ke kalau nak cuci2 mata ke kan.

7 comments :

daydeck86 said...

sup katak ada tak...ahahahaa

hazman aka species1980 said...

whoaa.... area inti college upenya...aku biasa makan area salak tinggi jee...kalau gitu leh la kita lepak kat ICE ROOM kat nilai square tue ?

Mama Zharfan said...

MZ singgah..wah, lapo la plak hehehe

transformed housewife said...

ingatkan Bondi Beach tadi. hehe

Nava Krishnan said...

My hubby's office is at Nilai, the next time, I will check out this place.

hanani said...

oh ic..tempat ni. Saya nama je dok nilai. Tpai jarang lak lepak kedai ni. best sangat ke makanannya? boleh gak try nanti. :)

Jom baca ni :TV Al-hijrah kini di saluran Astro 114. Kitab Cinta dan Cinderella Man the best.

Rozita abd rahman said...

dari follower no 915, salam kenal,

hari ni ada kat nilai lg..mekasih bg alamat... nak try mkn gak tq bg alamat ...