Sunday, July 29, 2012

Susah Sangat Ke Sahur Ni


Hi Korang,

Sahur memang penting bagi semua orang especially pada Mr Big. Bagi dia kalau tak sahur tu tak payah puasa sebab dia memang perlukan energy daripada sahur tu.


Tak macam aku, memang dari zaman student lagi aku jarang bangun sahur sebab canteen UITM Sri Iskandar tuh bagi ktorg makan ikan tongkol je sepanjang bulan ramadhan tu. Itulah menjadi punca aku malas nak bangun kan. Berlarutan lah sehinggalah aku kawin ni kan.


So lepas kawin ni barulah start belajar-belajar bangun sahur balik. Kekadang tuh, Mr Big yang tukang kejut tapi dah lelama dia kejut aku lepas dia makan. Ishkk tak patut sungguh kan. Tapi dia cakap itu sebab nak mengajar aku supaya lebih cergas time bangun sahur.

Ermm gitulah gamaknya.

Tapi yang senang dengan Mr Big ni, dia tak nak makan nasi + lauk time sahur. Bagi dia makan benda yang senang dan mudah. So kat dapur aku ni sekarang dah macam 7-11. Ada cereal, oats, roti, biskut, roti ermm memacam lah.

Selalunya cereal yang jadi pilihan tapi bila dah muak tukar kepada roti telur. Kekadang tu kalau ade leftover masa buka tu barulah dia nak makan yang tu.

So far dah beberapa hari puasa ni, dia belum muak lagi dengan cereal so dapatlah aku tumpang sekaki sekali makan kan.

Aku plak? Minum air kosong je sudah pas tu terus sambung tidur balik.

Ni aku nak bagi tips atau guide bagi korang yang tak tau nak makan apa time sahur kan.


  1. Roti
Salah satu menu yang mudah. Korang sapu butter then terus je makan. Tak pun buat roti bakar. Kalau malas lagi roti tu korang cicah je dengan air milo ke nescafe ke kopi kan.


  1. Cereals
Ini favourite Mr Big ni. Konon-konon sahur tu cam breakfast lah kan. Nak buat interesting korang letak buah-buahan sket. Mantap!


  1. Fast Food
Bukanlah Mc D ke KFC kan tapi makanan frozen yang korang panaskan dalam microwave je. Macam pizza frozen, roti canai frozen kan.


  1. Canned Food
Makanan dalam tin seperti sardin, sambal ikan bilis ke, beef kurma, kari ayam. Ada jual kat supermarket kan. Buka tin, panaskan dalam kuali dan siap. Boleh makan dengan nasi panas-panas kan.


  1. Leftover buka puasa
Ini yang senang, kalau ada cam lauk-lauk time buka tu tak abis. Panaskan je kemudian ngap! Abis cerita.

Mudah kan. Tak payah nak pening kepala nak fikir apa untuk sahur nanti. Yang aku listkan tu tadi semua mudah dan senang didapati. So, no more excuse ye kengkawan.


Korang plak, sahur makan apa ek ? Meh citer sket ye..

Kesimpulannya, jangan jadi wife pemalas cam aku ek.


6 comments :

Marya Yusof said...

As salam CikLily,

Kita serupa! Calit sikit! hehehe... Tak selera lah kdg2 nak sahur... ngantuk lak tu... dpt minum air kosong pun jdklah asal bersahur sb dlm sahur tu ade berkatnya... Itu juga yg bezakan puasa kite dgn org kafir :)))

Selamat berpuasa! :))

♥MAMASYAZA♥ said...

akak masa blajar dulu pun mmg tak penah bgn sahur. mkn lewat mlm aje. bila dah ada anak sowang pun kami tak penah bgn sahur. still mkn lewat mlm. tapi bila dah ada anak ramai, dah besar2 lak tu, mmg kenala bgn sahur, kesian kat anak2

hazman aka species1980 said...

macam skang nie sebab buka puasa yang heavy kerap sangat... sahur makan roti dua keping + air je...

Cahaya Kita said...

sama la kita.. semua yag tersenarai kat atas, itu la yg saya wat time sahur. dh jd tradisi

Boni Kacak said...

saya pulak wajib nasik. kalau tak ada nasik, puasa setengah hari je jawabnya.hahahahaha

Errah said...

saya bgun sahur puasa pertama jer..hari lain xbgun pon