Saturday, July 7, 2012

Karoot Komedia X : Tangkai Jering

Hi KoranG,


Aku terpanggil plak rasanya nak citer pasal Karoot Komedia X ni. Satu rancangan lawak gelak ketawa yang di siarkan setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Channel Astro Warna 132.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan

Para pelakon :-


Sabri Yunus - Tukang karut /  tok dalang


Ebby Yus - Suami
Johan Rajalawak - Anak lelaki 15 tahun
Jepp Sepah2 - Anak lelaki sulung
Shuib Sepah2 - Isteri anak lelaki sulung
Yus Jambu - Jiran sebelah

Artis Jemputan


Anzalna - Isteri

Kisah minggu ini

So untuk minggu ni plak, kisah mengenai seorang suami (Ebby Yus) yang kedekut. Abis semua dia nak jimat, kipas, radio, lampu semua tak boleh bukak. Tagline dia bukan kedekut tapi berjimat. Sampai isteri (Anzalna) dan anaknya (Johan) terpaksa berjimat untuk makan. Pelbagai cara dia nak jimatkan duit sampai jiran (Yus Jambu) ajak kongsi buat garaj pun dia tak nak.






Satu hari si suami sakit tekak yang amat sangat, sampai nak makan pun tak de selera. Di suruh ke klinik tak mau katanya bukannya teruk sangat padahal kedekut kan. So si jiran ni datang promote satu yang boleh baikkan tekak. Sebab nak jimat sangat terus je si suami beli.

Bila si suami makan je, terus datang penyakit lain plak bibir jadi tebal. Hah amik ko! kedekut sangat kan. 

Kesimpulan

Memang terbahak-bahak ktorg gelak kan. Lawak diorg ni memang sangat spontan dan menjadi plak tu. Dialog yang digunakan memang kena je. Shuib sangat comel jadi perempuan, dengan pakai suar legging dan rambut rebonding.

Yang best tuh, Anzalna siap joget shuffle lagi. Itu yang tak boleh tahan gelak tuh. 


Ok itu je aku nak citer untuk episod. Kalau korang tak sempat nak tengok rasanya boleh download kat youtube kot. Jap-jap lagi ada la link tu kan.

So kita episod minggu depan plak...













5 comments :

JMR said...

KKX ni btol2 buat gelak tergolek2..

Unknown said...

kalau ada johan, tak sah kalau tak lawak.hahaha

Unknown said...

Hola CikLily!

Tgk review yg CikLIly buat ni mcm best jek! Hrp2 adeler yg upload ke youtube...nak tgk on9 xdapek...huk3 ;))

hazman aka species1980 said...

memang aku layan karoot nie kat youtube je... hahahaha

Errah Najwa said...

mmg lawak..tp rasa yg smlm krg skit lawaknye bnding ngan mgu lps..papepon drg mmg berbakat la dgn lwak2 yg spontan n bersahaja ni