Friday, July 13, 2012

Romantic Weekend Di Awana Porto Malai Resort, Langkawi (DAY 2)

Hi Korang,

Nak baca episod DAY 1, click kat sini ek

Ni untuk trip DAY 2 plak ye


Bangun pagi awal, ingatkan nak tengok sun rise dari balkoni bilik je but hampehlah matahari tak keluar pun. Agaknya malu dengan ktorg pun. Turun kat Seagull Cafe untuk breakfast, pilih seat pun yang kat tepi laut tau. Saje je nak enjoy tengok laut kan. Berangin je pepagi. Lepas tu bercamwhore kat area resort ni.


Today itinerary based on Fun and Adventures, ktorg ada Island Hoping Tour sebelah pagi ni. Memula ktorg ke Tasik Dayang Bunting. 









Cantik pulaunya ada bentuk perempuan mengandung lagi. Sampai kat pulau tuh, ktorg mendaki plak ke tasik air tawar yang ada di tengah-tengah pulau ni. Airnya hijau pekat menandakan dalamnya tasik ni. Aku rehat-rehat je tak mandi pun coz takut nak berenang kan.




Kemudian kitorg ke Pulau Singa Besar sebab nak bagi helang makan. Bila abang driver boat tu letak je makanan kat area pulau ni. Tup-tup ramai plak helang yang datang. Cantik2 belaka dan diorg ni terbang rendah sebab nak ambil makanan. Sempatlah Mr Big snap 2-3 shoot yang cantik kan.



Ok ist time to mandi laut plak, ktorg di bawa ke Bras Basah Island. Memang cantik pulau ni dan terpencil plak tuh. Airnya hijau oo, ikan pun boleh nampak kat gigi air. Geram betul lah. Apalagi terjun tiruk ke laut lah. Mandi sepuasnya tak kira matahari terpacak atas kepala kan. Nak hitam pun hitam lah ek, janji puas mandi laut kan.

Balik ke bilik, tukar baju, sidai baju then terus keluar untuk lunch dan next itinerary.





Ktorg lunch kat Orkid Ria restaurant Pantai Cenang. Haruslah seafood restaurant kan. Sebab dah lepas time makan so orang pun tak ramai. Makan tak ingat disebabkan semua orang lapar sangat time tuh. Semuanya licin di bedalnya.







Kemudian ktorg ke Oriental Geopark Village untuk naik cable car ke Gunung Mat Cincang. Kalau ade Mykad Cuma RM15/person kalau foreigner mahal sket lah dalam RM25/person cam tu. Walaupun aku dah selalu naik cable car ni tapi perasaan takut bila memula cable car tu bergerak memang terasa lah.


Ingatkan nak ke Jambatan Gantung tu but closed for maintenance plak. So bergambar je lah kat tower yang tinggi tu. Kalau dulu aku naik, sejuk je rasanya walaupun matahari terpacak atas kepala kan but now panas terik sungguh.




Bila dah petang tuh, ktorg di bawa lepak ke Pantai Cenang. Main attraction di Langkawi bagi tourist kan. Kat sini memang ramai foreigner hang out dan lepak2, yelah ada pantai, watersport activities, boleh shopping ermm memang bestlah lepak kat Pantai Cenang ni.



Sebelah malam plak, ktorg ada romantik dinner di Villa Rossi dalam Awana Porto Malai Resort ni. Hah Villa Rossi ni served Italian and Continental Cruisine. Ktorg di hidangkan makanan yang sedap2 belaka. Just rileks, makan2, chit-chat enjoy the rest of the evening.



Kemudian ambil angin malam di pantai ni sebelum balik esok kan. Sejuk je. Sempat plak singgah kat EaGle Rock Langkawi ni, satu club dekat dengan bilik aku ni. Lepak2 je ye, layan lagu sambil tengok orang terkinja-kinja menari kan.

Manager club tu bagi ktorg diskaun minum kat situ but malas lah nak duk lelama kat situ kan. Naik bilik terus je tidur..

Ok ok ade lagi sambungan ye, tunggu episod final nanti...

Chow





7 comments :

Unknown said...

best yer..nak pi honeymoon jugakkk....tapi kids ngan bibik sapa nak jaga??huhuhu

Unknown said...

Pergh! best.. lama tak jejak kaki kat Langkawi..

Unknown said...

bestnya....boleh start saving duet utk pergi Langkawi hehehehe

Unknown said...

Waaaa bestnyer.. g ngan org tersayang plak kan.. mesti lagi best kan kak.. :)

Unknown said...

ada jgak aktiviti bagi helang makan?? tak garang ke helang tu?

Outbound di malang said...

seru sekali ...
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

Ma'am IEDA said...

uhuk uhuk rindu nak ke langkawi lagi.. tp nak holiday not on work basis...