Wednesday, July 25, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Armada Hotel, Petaling Jaya


Hi Korang,


Jom kita sambung lagi pencarian makan-makan aku dalam ramadhan buffet ini. Kali ni ke Utara Coffee House di Armada Hotel, Petaling Jaya.


Dengan bertemakan ‘Sinar Ramadhan Al-Mubarak’, pihak Armada telah menyediakan lebih daripada 100 jenis hidangan yang akan membangkitkan selera para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.










Juadah-juadah yang dihidangkan dapat mengembalikan kembali ‘nostalgia kampung’ dengan pelbagai jenis pembuka selera seperti aneka kerabu, lemang, serunding dan Aneka Jeruk. Di kaunter ‘Ulam-Ulam’ pula dihidangkan pelbagai jenis ulam seperti ulam pegaga, ulam raja dan petai papan bakar yang disertakan juga dengan pelbgai jenis sambal yang jarang didapati di mana-mana restoran lain.








Utara Coffee House ini juga menghidangkan ‘signature classid dish’ seperti Hati Lembu Berlada, Sayur Lodeh Hati Lembu Masak Berlada, Sayur Lodeh, Ayam GolekPucuk Paku Masak Ikan MasinKambing Masak MerahDaging Masak SeraiIkan Pari Masak Asam PedasRendang Udang UtaraSup Tulang Rawan, Otak-Otak, Sotong Masak Kunyit dan Serai dan masakan yang menjadi kegemaran sepanjang masa iaitu Siput Sedut masak Cili Padi.









Pemanis mulut termasuklah kuih tradisional melayu, French pastries dan juga manis yang lazat seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam,  Ais Kacang and Bubur Cha-Cha. Ada juga pelbagai jenis minuman yang disediakan seperti CincauKelapa MudaJagungKembang Semangkuk,Selasih.


Harga ramadhan buffet 2012 di Utara Coffee House ini dari RM85.00++ per person dari 23rd Julai 2012 – 18hb Ogos 2012.








Jom kita ke


Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya,
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya
Tel : 03 – 7954 6888 ext 4557

Website : www.armada.com.my

Bukan itu saja tau, pihak Armada Hotel juga turut mengadakan FB fanpage contest bagi membolehkan pemenang yang bertuah memenangi RM500 raya shopping voucher di mana-mana shopping outlet kegemaran mereka. Untuk info atau menyertai pertandingan ini, sila log onwww.facebook.com/HotelArmadaPJ

Selamat Berbuka Puasa




11 comments :

Unknown said...

wah!
best122222!

phreak-id said...

Aku tengok kat banner tu Rm500.00 shopping voucher, bukan Rm5000..


Terbaru >Gambar Couple Malaysia Yang Keluar Di Laman Web Arsenal >[Video] Highlight Arsenal Vs Malaysia XI - 24/7/2012 >[Projek Blogger ] 29 Hari Jelajah Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia

hazman aka species1980 said...

Teh tarik dia sedap la jugakkk....

Cik Lily Putih said...

@lelaki ini
memanG pun sedap

Cik Lily Putih said...

@preak
itu aku daH betulkan pun tHks tau

Cik Lily Putih said...

@Hazman
of course la, menarik tu

Sop said...

wah bestnya menu kat situ
pasti kenyang bergolek.. hehehe

Errah Najwa said...

sangt menyelerekan..terasa nak makan semua tu..

Bella Enveeus said...

Oooh yum yum.. Tengok gambar deserts nampak lazat.. And quite cheap kalau dibanding dengan buffet kat PJ Hilton. Hmm boleh try ni! :)

Cik Lily Putih said...

@sop
memanG pun, sampai nak anGkat kaki pun berat

Cik Lily Putih said...

@erraH
oit inGat puasa ye eehehehhe