Monday, July 2, 2012

Mari Mengacau Dodol Kampung Style


Hi Korang,

Yang manis mesti menjadi kesukaan korang kan, yelah sedap je masuk dalam tekak. Kalau dodol plak camne ? eh kalau nak tau dodol ni still jadi kesukaan orang-orang tua lama, manisan yang terbaiklah kiranya.


Aku berkesempatan tengok sendiri cam ne orang dulu2 cara buat dodol. Sapa lagi kalau tak family aku lah. Ktorg ni kalau teragak nak buat je terus buat tambahan plak bahan-bahan mesti sentiasa ada je macam gula merah, kelapa kan cuba pi beli tepung pulut je kat kedai.


Memula basuh kuali dulu. Sebab lama tak pakai so nak basuh pun kena ada step jugak. Gosok dengan batu (apa2 batu) untuk hilangkan lapisan pertama yang berkarat tu then bilas. Kemudian taburkan garam kasar dan gosok lah segala kotoran degil tu dan bilas balik. Last step, gosokkan kuali tu dengan kunyit hidup. Letak sebanyak mungkin pun tak per nak bagi saki baki kotoran tu hilang kan. Biarkan seketika ok.


Ok start bancuh tepung plak. Letak tepung pulut, air masak sket, santan. Kemudian kacau sampai sebati. Disebabkan ktorg ni ramai so auntie aku bancuh adunan dalam besen. Hah ko banyak kan, boleh buat lulur badan kan.


Gula plak harus timbang mengikut sukatan yang betul. Kalau salah timbang terkurang ke terlebih ke mesti dah tak sedap, so ikut sukatan yang perfect ye.


Now boleh setkan kat mana nak letak tungku dapur. Takkan kuali besar nak masak atas dapur gas kann. Ikut logik sket ye.

Description: hidupkan api

Hidupkan api kat tungku tuh. Aku memang tak tau langsung. So tengoklah jelah.


Ok proses kacau mengacau dah bermula. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam kuali dah kacau lah. Satu orang tak boleh jack! Kena ramai yang mengacau ni bergilir-gilir. Baru rasa cam rewang gituh kan.

Description: minum air kelapa muda dulu

Nak mengacau kan amik masa 4-5 jam gituh. So cousin2 aku pi sempat pi panjat pokok kelapa kat belakang umah atuk aku ni. Petik buah kelapa muda. Hah,ko rasa sugguh segar dibuatnya. Ermm macamlah kacau dodol lama sangat kann.


Description: mintak resipi kek coklat

Sempat jugak tu paksa aku bagi resipi kek coklat aku yang sedap tu kan. Abis rahsia aku terbonGkar.. terus tak leH buat bisnes pas ni

Description: makan kelamai cair dulu

Hah, dodol yang cair, ktorg panggil KELAMAI cair dah pun boleh di makan. Tengoklah 2 beradik tuh kan

Description: dodol menjadi pekat

Yang ni plak bila dodol dah pekat, hah ko berkilat kan

Description: dodol sudah masak

Nie dah siap punya, mak aku dah siap pack dalam tupperware. Jadi semua boleh balik sorang satu kan. Senang.

Hah itulah dia cara penyediaan Dodol Kampung Style ni kan. Nampak cam complicated but kalau dah biasa buat, kira cam senang gak lah. Lagi satu dodol ni tahan lama tau.

Aku tak bawak balik pun, makan kat situ gak. Mr Big takut nanti bila ktorg bawak balik terlupa nak makan kan.

Ni kira cam aktiviti keluarGa lah kan sebab semua oranG take part untuk menjayakan nya..




9 comments :

Myvitrd said...

tu dia.. dah boleh buat bizz dekat bazar ramadhan dah ni.. sekilo jual berapa? hehehe

ak yuyunz said...

pehhh memang style huhu..

Unknown said...

huamggaiihh.. lapar terus perut den ni.. hadoi

phreak-id said...

Untunglah masih ada geng-geng nak buat dodol lagi. Aku kat kampung dah lama tak buat, lat sekali masa ekolah rendah dulu. Skang ni sepupu dah ramai, dah besar-besar tapi semuanya malas nak buat. Adoyai. Rindunya nak buat dodol..


Terbaru >Spain Juara Euro 2012 - Trivia Di Sebalik Kemenangan Ini >Watch Live Streaming Spain vs Italy Here >Kelayakan Piala Asia U22, Video Perlawanan Malaysia Benam Vietnam 3-0

transformed housewife said...

wah menarik cara2 membuat dodol ni. kalau kat kg akk, kami suka buat serunding daging sendiri. Bila lps raya haji plg seronok nak buat sbb ada byk daging yg org bg.

Unknown said...

sedapnyer.. dah lama x makan dodol..

hazman aka species1980 said...

Hurmmm.... kuor peluh jantan kan kalau mengacau dodol nie kan... hehehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnye tgk dodol, tambah2 dekat nak raya ni, makin femes org jual dodolkan

Unknown said...

tak pernah terlibat membuat dodol beramai-ramai sbb xda org kt kampung mak @ ayah sy yg pandai buat huhuhu