Friday, June 22, 2012

Treasure Hunt Di Awana Genting Highlands

Hi Korang,

Aku memang suka tulis citer2 yang dah backdated ni sebab ape? Sebab sekarang ni baru aku ada masa sket. Banyak event yang aku tolak sebab sibuk dengan project baru kat opis ni kan. So baru ada free time untuk tulis semua citer2 ni.


Hah, untuk korang refresh balik citer outing aku ke Awana Genting Highlands ni meh baca kat sini tau.


So pas makan lunch tuh, ktorg siap-siap untuk acara Treasure Hunt. Dah nama pun treasure hunt of course kena cari harta karun kan. So haruslah kena berlari sana sini, panjat atas bawah dah memacam lagi kan.



Tapi sebelum tu, ktorg di bahagikan into 3 group dan ktorg kena lah exercise sket kann, kang terjem plak kaki so sapa nak jawab kan. Group aku no. 3 ada Mira, Hanis, Tony, Darren dan Lin. Aduiyai aku sorang je yang gemuk ni, cam ne aku nak lari nanti aduh sudah harus kalah dibuatnya.


Ktorg kena settle kan Sudoku, find words, susun triangle, memanah, main squash, rock climbing , panjat bukit, bergambo, cari barang dan memacam lagi lah. Semuanya yang aku jarang buat kan, so sebab tu kot aku gemuk kot. Semput-semput tak boleh nak cakap belum kira kene bawak botol air lagi. Kacau dibuatnya






Ada pelbagai station ktorg kena struggle tapi yang aku paling penat sekali ialah dari station lepas ktorg buat entangled tangram tu lah. Ktorg kena berlari panjat bukit ke last station iaitu abseiling point. Hah ko rasa nak tercabut jantung dibuatnya. Itu belum kira peluh menitik-nitik lagi kan. Tapi group aku best, diorg bagi semangat kat aku supaya jangan give up kan.


Berjaya jugak aku dan team aku sampai ke last point tu abseiling point. Kat sini ktorg kena panjat tangga bukit untuk naik ke atas untuk buat abseiling turun. Dahlah first time cuba kan, terdebar-debar dibuatnya. Masa few steps takut gak but then lepas tu laju je turun kan.  Best ooo.




Kira cam berbaloi jugak lah penat lelah aku kan sebab team ktorg menang untuk acara Treasure Hunt ni. Memang bangga lah. Walaupun susah cam ne pun ktorg harungi jugak lah kan.




Sebagai ganjarannya, ktorg balik naik buggy car so tak payah penat lelah jalan kaki balik kan. Ermm bestnya, sampai depan lobby hotel rasa nak angkat kaki melangkah bukan main berat lagi, terus je aku cam heret kaki aku naik ke bilik.


Hah, itu baru citer pasal treasure hunt belum lagi citer pasal jungle trekking. Nanti aku citer ek. Rasanya experience terbaik dalam hidup aku selama ni.




Kalau sesiapa yang interested nak buat team building kat Awana Genting Highlands ni, bagitau I ye.. nanti I boleh tolong adjust dengan my contact tau.

CLP notes : Kalau suruh lagi, tentu aku akan fikir 2-3 kali lah.. 


Cilok pictures dari Penmerah.com, Nuffnang.com.my




6 comments :

Unknown said...

seronok nmpknye yee..

hazman aka species1980 said...

Beb... gambar tengah ko memanah tu memang stylo laaa

phreak-id said...

Aku perasan, Genting banyak giler wat event untuk Angels skang kan.. serius best.


Terbaru >LG LM6700 - Cinema 3D Smart TV >Char Kuey Teow Best Di Bukit Mertajam, Penang >Maya Karin Sokong Team Germany

Unknown said...

bestnyer.. aktiviti dia pun terbaik..

raihana said...

bestnya berpeluh kat tempat sejuk

ak yuyunz said...

dah lama tak join actvt treasure hunt. sekarang kalau buat mau pancit i huhu..