Thursday, June 14, 2012

Sayangi Kereta Anda : Suka Bawa Kereta Manual ke Automatik?

Hi Korang,

Lama betul tak tulis mengenai kereta kan. Lebih 6 bulan rasanya. Teruk betul aku ni. Gambar dan info bukan main lagi aku simpan but tak de masa je nak tulis lah. Kedekut ilmu betul Cik Lily ni kan.


Hah, kan hari tu waja aku kene langgar tang vontot kan. So pihak yang melanggar tu sudi bagi aku pakai kereta dia. Jangan berangan nak Mitsubishi Evo 10 je, dia bagi aku guna Datsun tahun 80an. Hah ko gear pun sampai 4 je. 2-3 jam pertama tu memang kelam kabut sket coz dah lama tak bawa kereta manual kan but lepas tu berdesup aku drift dengan kereta ni. Walaupun nampak dah lama tapi performancenya kalah MyVi 1.5 wokeh!.

So, antara Kereta Manual dan Automatik?

Ermm kalau kasi dua-dua pun aku still boleh bawa lagi. Walaupun dah lama tak bawa kereta manual pun skill tu masih ada lagi. So far aku belum pernah mati enjin lagi bila kat traffik light or kereta mengundur kebelakang bila naik bukit kan. Macam Mr Big, dia prefer AUTO lagi coz dah terlupa nak bawak manual katanya. Lagipun lenguh kaki bawah kereta manual ni.



Jom kita buat comparison sket mengenai Kereta Manual and Automatik ni.

01. Transmisi manual lebih menjimatkan minyak serta lebih cekap daripada transmisi automatik


02. Kotak gear manual adalah lebih ringan daripada kotak gear automatik.


03. Model kenderaan dengan transmisi manual adalah lebih murah daripada model yang sama tetapi dengan transmisi automatik.


04. Lebih pick up kalau nak memotong kereta ke naik bukit ke daripada kereta automatik


05. Pemandu mempunyai lebih kawalan serta penyertaan terhadap transmisi manual berbanding transmisi automatic


06. Kereta transmisi manual yang baterinya lemah masih boleh dihidupkandengan meminta bantuan beberapa orang untuk menolak kereta dan pemandu pula memasukkan gear 3 apabila sudah cukup laju untuk dihidupkan.


07. Transmisi manual masih boleh berfungsi walaupun dalam keadaan terbalik. Transmisi automatik pula mempunyai takungan hidraulik, maka sistem hidraulik akan gagal apabila kenderaan terbalik.



Tapi ramai jugak yang memilih kereta automatik ini kerana

01. Lebih senang memandu ketika dalam jem, cuma tekan minyak dan brek so tak delah lenguh kaki


02. Mudah nak buat benda lain selain dari memandu macam cakap kat phone, makan-makan, pakai make-up, susukan anak.


03. Senang nak belajar, even tak yah ambil lesen pun dah pandai bawak kereta automatik.


04. Naik bukit pun tak de nak mengelongsor balik kan.


05. Bila mahal sket janji selesa dan tak stress bila memandu ketika jem


Ok itu semua bagi aku lah. Orang lain aku tak tau lah apa alasan diorg untuk pilih kereta idaman diorg kan. Kedua-duanya ada kebaikan dan kelemahan memasing dan segala-galanya bergantung kat budget korang.


Jadi persoalannya, Manual ke AUTO? so HaruslaH volkswaGen kan. Apa al plak tetiba masuk pasal volkswaGen ni kan khakahakhakhak

Citer sket korang suka yang mana ek..

CLP Notes : Kalau aku kaya, aku pasang driver je tak yah drive kann hkehekehkehke

Some info : Google


9 comments :

JQ said...

Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Nak beli kereta pun tak sure nak pilih yang mana 1 ni. pening dah... ada yang suh amik manual, ada yang suh amik auto. ermm

ak yuyunz said...

kalau saya prefer kereta manual sebab yg penting menjimatkan. selesa tu #2 sebab naik kereta jugak pun.

tapi dek kerana makin lama makin tua, pastu bilangan ahli keluarga pun bertambah maka tukar auto je lah sebab malas nak layan jammed dengan anak terpekik-pekik kat sebelah, hahaha..

umiawadah said...

saya langsung tak pandai bawa manual...hari ujian JPJ je pakai manual,lepas tu terus drive auto..lagi senang auto..manual silap masuk gear boleh mati enjin dibuatnya(untuk saya yg tak reti)..

Mooniqueen said...

Hehehe....MQ belajar je manual, bila drive memang boleh auto je... Dah pernah cuba bawak manual tapi dah lupe giler... Confirm tak bergerak kalau bawak manual...mesti CLP minat VW kan???hehehhe..

Myvitrd said...

for me.. masih suka bawa manual.. sebab kereta myvi sekarang ni pun manual.. tapi kesiannya kalau balik kg.. tak boleh nak bawa kereta bergilir dengan wife..sebab dia boleh bawa auto je..

Bawa manual boleh drifff apa.. hehehe

Unknown said...

Nurul suka kete auto... x suka keta manual.. Benci...

titan said...

dulu pakai manual. sekarang, pakai auto. tak larat dah nak kasi kaki sakit. haha..

Anonymous said...

Saya dulu pakai kancil manual.now dh beli keta baru jenis auto.sakit kaki bila dh 12 tahun dok pakai manual jer.dapat yg auto rasa selesa sikit.kaki pun x lenguh.

Anonymous said...

Sy pkai manual skrg nie..klau ada rezeki nak beli keta barubyg auto. Tp btul ke pgunaan myk dn kos penyelanggaraan nya lbh tinggi banding yg manual?