Saturday, June 9, 2012

Charity Movie Screening at Genting Highland

Hi Korang,

Rasanya dalam sebulan 2 ni, selalu sangat aku ke Genting Highland kan. Yelah berouting lah, berteam building kan. Abis tu dah orang ajak so aku ikut jelah kan.


So kali ni aku pergi untuk Charity plak. Ye, sekali lagi Team Genting ajak ktorg ke sini untuk raikan anak-anak yatim dalam Charity Movie Screening kat First World Hotel. Dapat jugak aku heret Mr Big sekali kan, kalau tak memang payah nak amik gegambo ni. Ktorg cuma di kehendaki sediakan hadiah sorang satu untuk diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik ni.




Cam biasa naik bas kat Wisma Genting dan kali ni semuanya puntual. Datang on time dan gerak pun on time. Ktorg ditemani dengan 2 Nuffies yang hotzz Anne dan Darren yang sentiasa jaga ktorg ni. Dalam bas bantai borak tak henggat dengan bebudak bloggers ni lah.




Sesampai je kat First World Hotel tu, ktorg breakfast dulu. Walaupun simple je chocolate drinks dan muffin tapi di sponsored oleh Starbucks wokeh! Starbucks tau..


Ktorg di pertemukan dengan anak-anak ni. Ada 3 group rupanya. Tengok diorg pun kita dah tau diorg ni tak bernasib baik kan. Untunglah kita2 ni so ingat2 kat mereka2 yang sebegini kan.










Ok now its movie screening time. Filem yang ktorg nak tengok is MIB Men In Black 3 in 3D tau. Kira untung gaklah, dah lah aku belum pernah tengok lagi kan. Layan gak citernya best, kelakar pun ado. Kene tengok dari mula dulu baru best tengok yang ketiga ni.







Abis movie dah tengahari apa lagi, makan time lah. Ktorg ke First World Café kat tingkat 3. Hah ko buffet style so memacam ada. Dari local food sampai ke international. Sejuk + lapar = makan sebanyak mungkin kan. So sambil makan sambil borak2 sambil bercamwhore cam tu lah gamaknya.




Acara yang ditunggu2, penyerahan gift yang ktorg bawah untuk anak-anak ni kan. So memasing bagi hadiah kepada setiap sorang anak-anak ni termasuk jugak Team Genting pun bagi hadiah jugak kan. Kira diorg ni lucky dapat 2 hadiah sekali. Alah itu pun nak berkira apa salahnya sekali sekala beramal.


Bukan diorg je dapat hadiah, ktorg ni pun dapat juga appreciation gift tau. Mak oi bestnya, selain dapat t-shirt dan jugak sijil tau. Lagi lah bertambah bangga sekejap kan.


Lepas ktorg masa untuk berlibur plak. Ktorg di beri ALL PARK pass tau yang harga RM114 seorang tuh free. Bebudak ni main tak henggat lah. Kejap outdoor kejap indoor kan. Seronok gak. 




















Aku dengan Mr Big tak delah main sangat pun but more to enjoy the view while strolling kan ingat time bercinta dulu. Jalan sana sini, lepak minum, main tikam2, makan ais krim, tengok show dan  memacam lah kan.

Balik tu dalam bas, semua bantai tido kan akibat kepenatan yang amat. Borak pun kejap je. Heheheh tu dia penangan Genting kan.


Anyway thank you team Genting, First World Hotel dan Nuffnang for this special invitation. Memang best ooo. Sambil berlibur sambil beramal kan. Hopefully kalau ada lagi event cam ni, jangan lupa jemput den dengan Mr Big yo…

CLP Notes : Tak teredit gambo tau kalau dah 400 keping shoot kan. Sakit jejari runcing manis ku tau.


6 comments:

sarah mohamad said...

Wow besttttnyaaa, sesekali beramal dna menggemberikan anak yatim apa salahnya =P

Boni JLL3 said...

pergh!! best gila!!

NadNod said...

bestnya diberi peluang pergi sana and disponsored! ;D

Sherry said...

Love the pics hehe...cute hats too

NAmesherry.com

Sherry said...

Genting I long time x go dah more than 15 yrs

Mymomsbest.us

daydeck86 said...

GAMBOR LAST MR BIG POSING COMEY JER WEY

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails