Saturday, June 16, 2012

Bertenaga di Pagi Hari Dengan MILO Varian Campuran Baru


Hi Korang,

Siapa tau Nestle tu apa ? Hah, tak tau. Abis MILO mesti tau kan. So Nestle dan MILO tu kira adik-beradik gitu lah. Itu pun tak tau, minum MILO pandai plak kan.


Nestle merupakan salah satu pengeluar makanan dan minuman untuk yang terkenal sejak dulu lagi dan sekarang sudah pun meraikan ulang tahun yang ke 100 kat Malaysia ni memperkenalkan produk terbaru mereka Varian Campuran (Mixes Variants) MILO yang terdiri daripada MILO Serat, MILO Kurang Manis dan MILIO Bijirin.




Aku dapat jemputan ke majlis pelancarannya di The Square, Publika baru-baru ni dengan geng bloggers yang lain. Majlis pelancaran di rasmikan oleh Mr Don Howat, Pengarah Eksekutif dan Ms Ng Su Yen, Pengarah Pemasaran Nestle (Malaysia) Berhad. 


Nak tambah lagi meriah lagi, ada tarian aerobik yang lincah dan penuh bertenaga dari pasukan aerobik profisional ini menjadi acara kemuncak majlis bagi melambangkan tenaga sebagai keperluan penting untuk semua orang dalam memulakan hari mereka.


"Sejajar dengan janji Nestle iaitu Good Food, Good Life, Campuran MILO baharu menjadi bukti kejayaan MILO dan komitmen Nestle dalam mempromosikan  gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang baik melalui kajian dan pembangunan bagi memenuhi trend pengguna yang sering berubah" kata Don Howat, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman, Nestle (Malaysia) Berhad.

Varian Campuran MILO ni kaya dengan kebaikan yang sama seperti produk MILO yang lain seperti PROTOMALT yang diperbuat daripada kebaikan penuh barli malt, ACTIGEN-E campuran 8 vitamin dan 4 mineral dengan susu tepung skin yang didatangkan dengan 3 produk iaitu


MILO Serat (Hi-Fibre)
Mengurangkan risiko perut kembung dan ketidakselesaan perut. Ia mengandungi ACTIFIBRAS iaitu serat makanan yang terbukti secara saitifik dapat membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik


MILO Kurang Manis (Less Sweet)
Mengandungi 47% kurang sukrosa berbanding campuran biasa coklat/malt, mempunyai semua kebaikan MILO dan kurang manis, serta kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.


MILO Bijirin (Cereal)
Mempunyai kepingan bijirin yang sihat untuk menahan rasa lapar.


Walaupun mengandungi kebaikan penuh tenaga dengan rasa malt coklat yang lazat, setiap varian mempunyai manfaat uniknya dengan gabungan kebaikan, semuanya untuk memenuhi kehendak yang berbeza.


Varian Campuran MILO yang baharu ini dijual pada harga RM10.50 satu pek yang mengandungi 10 uncang yang setiap satunya boleh dijadikan 200ml minuman dengan menggunakan air panas yang kini boleh di dapati di kebanyakan pasaraya hypermarket dan kedai runcit di seluruh Semenanjung Malaysia.


Aku sempat juga merasa sample-sample ketiga-tiga jenis MILO Varian Campuran ni kan. Rasanya aku lebih sukakan MILO Serat (Hi-Fibre) dari yang lain. Bukan yang 2 tu tak sedap but I more like it yang Hi-Fibre tuh.


Bagi aku MILO Varian Campuran ini memang sesuai untuk mereka yang sibuk 24/7 cam aku ni kan, yang breakfast kat tempat, lunch tak tentu masa dan dinner yang ikut mood kan. Rasanya kalau malas nak ke mana-mana minum je MILO Varian Campuran ni. Senang abis citer.

Korang pun cuba gak tau.

CLP Notes : Aku memang sentiasa simpan dalam handbag mende2 cam nie, kalau lapo ada je mende nak makan kan.Senang





4 comments :

ellaNadj said...

boleh jadik supplier milo dah kakak nih hehehe...

hazman aka species1980 said...

whoaa.... cantik la packing MILO yang BAHARU nie...

KiD said...

waaahh.. borong milo satu!! sedap!

Zarul Umbrella said...

makan cereal elok utk diet