Thursday, June 28, 2012

Sayangi Kereta Anda : Apa Yang Patut Dilakukan Bila Berlaku Kemalangan

Hi Korang,

Ok kiter citer plak pasal accident kan. Kalau kita jaga kereta kita macam nak rak pun, kalau orang nak langgar dia langgar jugak kan.

Aku kan baru je terbabit dalam accident awal bulan hari tuh, nasib baik tak apa-apa cuma kereta je kemek sket sampai bonet tak leh nak tutup.


Kejadian tu jadi dalam kul 8 malam cam tu, ktorg berdua nak ke Mid Valley ada premiere screnning Madagascar. Kena pun betul-betul bawah bridge nak masuk Mid Valley tuh. Nasib baik pakai seat belt kalau tak terdentum kepala aku kat cermin depan kan.

Keluar kereta je, tengok bonet belakang dah bercium dengan kereta Wira. Kemek ooo nasib baik lampu tak pecah. Kereta yang langgar tu cuma kemek sket je.


So keje aku senyap je dah perhatikan apa minah tu nak cakap kan. Mr Big plak snap segala gambar yang penting seperti lokasi kejadian, no plate kereta yang melanggar, kesan pelanggaran, tuan punya kereta pendek kata segala bukti lah kan. 

Ternyata memang bukan salah aku pun dan minah tu promise nak betul kan apa yang kemek kan dan disebabkan dah malam so proses untuk betulkan kereta tu kena buat esok hari nya.


Pertukaran informasi berlaku antara aku dengan minah tuh. Amik no telefon, no workshop, mintak alamat dan a few things yang penting lah.

Settle, cuma esok pagi kena ke workshop yang dah di janjikan.

Kat sini, aku nak pesan sket:-

1. Bila berlaku accident, jangan panik remain calm, tenang je. Kalau korang gabra dah tentu2 pihak satu lagi akan amik kesempatan kat korang.

2. Dah nama pun blogger kan, so camera memang heret ke mana-mana. So snap segala jenis bukti dan informasi semasa kemalangan tu macam saksi ke, lokais kejadian yang penting lah kan.

3. Skill negotiation penting kat sini. Mesti ada win-win situation. Kalau dia tak nak tolak ansur, korang terus je pi buat report polis. Walaupun prosesnya makan masa but senang korang nak claim insurance kan. Tak perlah kalau kena bayar saman pun janji hati tak sakit kan.

4. Kalau boleh, jangan keluar duit sesen pun bila pihak yang melanggar tu keluar duit. Kalau bukan salah kita buat apa kita sibuk2 kuar duit kan.


Hopefully korang leh paham dan tau apa nak buat kalau jadi kemalangan kan. Mintak2 janganlah kena tapi kalau dah terkena nak buat camner kan. Korang pun alert sket pasal information tentang insurance kereta ni, at least tak de kena tipu kan.

Jangan pakai kereta je tau tapi menda2 bersangkut paut dengan kereta tak tau plak kan. Sampai bila nak harapkan orang lain. Kita orang perempuan ni kenalah berdikari sket. 

Korang kalau nak tau apa-apa pasal kereta lagi, boleh tanya aku ye kot2 aku boleh tolong ke kan. Bukan apa dah baik dengan pomen kereta ni so korek lah sket ilmu dia.

CLP notes : Syukur tak de apa-apa kan.



5 comments :

Unknown said...

wah!! tip2 ni memang berguna sangat.. thanks ye cik lily

Unknown said...

Akan Nurul ingat.. Time kasih Kak lily share information..

Mooniqueen said...

Gud info ni CLP...tq

Afasz said...

nice tips kak lily..... >_<

anje1711 said...

Kalau kereta saya dilanggar semasa saya parking mcm mana..situasinya mcm ni...saya parking kereta di depan kedai mamak n pergi kerja...ada org langgar belakang kereta saya...cermin belakang n bumper pecah...ni kes langgar lari...tp nasib baik ada saksi yg sempat ambik no plat dia n kenal dia. Memang senang la nk jumpa dia pun sebab keje dlm satu kawasan...dan dh tau nama dh...saksi kata dia mabuk masa langgar kereta saya tu n then terus blah jer...saksi panggil saya time tu dia dh blah dah....sebab kejadian tu midnight...so esok jerla saya ingat nk settlekan....boleh claim insurans budak tu ker utk repair kereta saya? Apa yg sy perlu buat mula2...