Tuesday, June 26, 2012

Jungle Trekking Di Awana Genting Highlands


Hi Korang,

Hari tuh aku dah citer pasal treasure hunt masa ktorg berouting ke Awana Genting Highlands kan. Now nak citer pasal jungle trekking plak.


Aku memang tak pernah cuba mana-mana jungle trekking kan, nak kata aku takut tak jugak but belum rezeki nak cuba kan. Bila peluang datang ni apa lagi grab je lah tanpa was-was.


So sebelum tu, kita makan dulu buffet breakfast di hotel coffee house. Makan tak henggat sebab cuaca sejuk kan, perut pun lapar manjang jelah.


Pada aku jungle trekking ni cuma macam jejalan dalam hutan tengok pokok-pokok dan hidupan yang ada dalam hutan kan. Tup-tup memacam plak yang muncul.


Sebelum masuk hutan, ada briefing dulu. Eh, mestilah kena dengar penerangan sket what do and donts kan. Each group di bekalkan dengan ikan guppy yang pelbagai warna. So ktorg kena jaga ikan guppy ni ibarat nyawa ktorg sendiri, kalau ikan ni hilang je jatuh ke kira cam tolak points katanya lah kan.




Ktorg last group bertolak, slow and steady pada mulanya. Menurun bukit kan so tak de lah obstacle sangat tapi bila dah nampak pacat berkeliaran kat keliling ktorg, apalagi semuanya dah start jerit2 coz geli kan. Aku yang ala-ala berani ni trus jadi geli beli pacat tu dah isap darah kat kaki kan. Terus aku laju je jalan.




Sampai kat air terjun tu, baru rasa lega sket. Rehat sekejap rendam2 kaki dalam air kan. Sejuk betul dah nama pun dalam hutan haruslah sejuk. Main-main air + bercamwhoring memang best lah.


Untuk 2nd half ni memang betul2 menguji kesabaran dan daya kekuatan seluruh anggota badan lah. Kena mendaki bukit, tanpa tangga yang ada hanya tali. Nasib baik marshall buatkan aku tongkat so dapatlah aku bergerak dengan smooth kan. Ingatkan kes pacat ni dah abis la rupanya makin banyak ada lah. Sabar jelah kan.


Stop lagi kat another air terjun, ada task kene buat. Kira oklah semua team dapat buat dengan baik kan. Abis task, sambung lagi mandi air terjun. Aku sekadar tengok je coz aku takut badan aku berat bila nak panjat bukit nanti kan dengan baju basah lagi.


Lagi dekat nak sampai lagi rasa cam sayup je. Bebudak lelain dah berjaya sampai kat checkpoint, cuma aku, ruby, anne, darren dan marshall lagi tinggal kat belakang ni. Ye lah ko, memasing badan berat kena plak mendaki aduiyai tak tercakap penatnya cam ni.


Akhirnya berjaya jugak aku sampai ke check point tuh. Memang bangga lah. Berjalan 3.8km dengan pelbagai obstacle kan. Itu belum kira kene gigit pacat, seluar koyak, kasut masuk selut memacam lah.


Balik bilik masuk toilet nak mandi, hah amik ko dekat 4 ekor pacat duk seronok isap darah aku celah peha kan. Terperanjat aku dibuatnya. Memang tak rasa diorg ada kat situ, aku terus cabut then terus buang but nyawa diorg ni panjang still tak mati lagi bila aku dah ketuk2 dengan kasut kan.


Hasilnya ada lebih 10 tempat kat area kaki aku kena gigit dengan pacat ni dengan darah merata-rata dalam bilik macam orang tumpah darah. Memang abis housekeeping tu mengamuk lah masa kemas bilik tu kan.

Memang experience yang sangat awesome yang boleh aku cakap, walaupun penat tapi memang worth it sesangat. Thanks team Genting dan Nuffnang untuk pengalaman yang best giler nie..

CLP Notes : Memang aku turun badan 3kg masa balik dari Awana Genting Highlands hari tuh. Nampak slim sket kata Mr Big lah.hahakhakahkah

Photo : Cilok dari Nisa Kay dan Hanis.. Jangan mare ye


3 comments :

hazman aka species1980 said...

whoaaa... Layan jungle trekking nie confirm basah lencun satu badan kan....

KiD said...

waaaa.. kena selalu jungle trekking laaa nih

AlyzaFisol said...

eeee...gelinye ngan pacat tu....