Wednesday, October 17, 2012

Wordpress Workshop Bersama Denaihati.Com


Hi Korang,

Blog aku ni platformnya blogspot eventho domain .com kan. Sebabnya itu je yang aku tau. Blogspot ni memang sesuai untuk blogger yang baru nak hidup dalam dunia blogging ni.

Dah 3 tahun pakai blogpost ni, dah reti sket simple coding.


Bila bro Denaihati.com offer adakan class Wordpress untuk beginner rasa cam nak join plak. Tapi masa tuh 50-50 lagi coz hari tu gak ada event di PJ One Live. Fikir balik, apa salahnya kalau ambil tahu pasal Wordpress, at least ada sedikit knowledge about it.


So aku pun pi lah. Nasib baik ada ruby jadi ktorg berdua je pompuan. Lagi 4 orang lelaki termasuk Eyriqazz dan Abang Ensem. Cikgu ktorg Eizil dan bro Denaihati tukang pemerhati.


Aku ni memang kelakar, pi kelas belajar Wordpress tapi laptop tak bawak boleh? Nasib baik tempat tuh dekat dengan rumah so lari kejap balik dan amik laptop.


Memula nak berblogging dengan Wordpress ni kita kena buat setting sket kat CP Panel. Yelah aku memang mengelabah sokmo bab coding2 ni. Otak cam lembap2 je maklumlah hari sabtu masa tuh, nasib baik minum aku Biocypress terus cergas semula. Rupanya setup kat CP Panel ni sekali je, pas tu dah tak yah.


Once dah set up dah boleh start blogging. Alah lebih kurang blogspot juak but featuresnya lagi senang dan sangat menarik. Korang bayangkan dari sekeping gambar yang diupload kita dah boleh tingkatkan trafik blog.

Aku jugak belajar cam mana nak crack password kat laptop dan PC. Mak ai, masa tengah belajar tu bukan main suka lagi so lepas ni bolehlah aku bukak password FB Mr Big kan. Hkahakhakhakah

Anyway memang bagus jugak kalau korang dapat attend blogging workshop sebegini, at least bukak mata korang sket tentang dunia berblogging kan. Bila fikir balik, rasanya aku cam nak tukar ke Wordpress platform plak lah but now tengah survey hosting mana yang sesuai dengan blog aku ni. Ramai yang recommend ServerFreak coz of after sales servicesnya yang bagus. Ermm ntahlah still berfikir lagi ni.

Overall workshop ni best coz memacam benda yang aku dapat tentang blogging ni. Selain dari cara nak tingkatkan trafik blog, aku belajar gak tengok statistik blog dan memacam lagi lah.



16 comments :

Hazmin Hamudin said...

Ramai dah kene 'racun' tukar ke wordpres ni. Hehe..

Nurul Akmal said...

Denaihati memang seorang yang sangat baik hati.. byk tolong blogger.. :)

KiD said...

Serverfreak domain dan hosting... Superrbbb

hazman aka species1980 said...

permulaan yang bagus nie.... teruskan follow up blajar WP nie...

Dunia Wilma said...

Wilma memang guna Wordpress...
Memang best dan senang...
Lebih kurang macam Blogspot jugak...
Teringin jugak nak attend blogging workshop tapi kat Sabah nie mana ada event macam tu ^_^

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

boni kacak said...

warghhh..semakin ramai nak tukar ke wp ni..

Mr & Mrs Sallehudin said...

bestnyerr klau dpt join workshop mcm ni...

- zuriey - said...

kongsila lgi apa akak belajar

siti rokiah said...

wahhh tahniah dah melepasi kelas wordpress...

Ma'am IEDA said...

WOWWW bestnyaaaa dapat attend class informasi gini...

CikLily Putih said...

@hazmin
memang pun kene racun gak nie

CikLily Putih said...

@nurul
memang pun

CikLily Putih said...

@kid
itu yang aku plan tuh

CikLily Putih said...

@wilma
pakai WP ek.. bestnya syiok kan

CikLily Putih said...

@cerita best
hehehhehe TQ...
ok singgah jap lagi