Friday, October 19, 2012

FUN-5-STIX Yang Simple Lagi Sihat @ Kenny Rogers

Hi Korang,


Ayam bakar? Ayam panggang? Ok gak lah, not bad. Cuba makan untuk elakkan  yang bergoreng punya. Jaga kesihatan beb, takut muda-muda ni dah ada penyakit kronik.



Sebab tulah ktorg  pi makan KRR’s Fun-5-Stix ni hari tu kan Kenny Rogers Roasters di Tropicana City Mall. Punyalah jauh macam kat Bangi ni tak de KKR, alah orang invite la so pergi lah dengan bawak perut yang kosong berkeriuk tuh.


KRR’s Fun-5-Stix ni merupakan gabungan bebola daging ayam, ketulan ayam dan sayur-sayuran yang berkhasiat hebat dan di lengkapi dengan sos Kenny BBQ salai yang glamer tuh


Untuk hidangan ala-carte, dish di datangkan dengan 5 batang skewers yang di cucuk dengan semua bahan-bahan tadi yang berharga RM12.50++. Nampak cam sket je, but cepat kenyang oo. Boleh share dengan orang lain.


Kalau tak cukup gak, korang boleh order yang Fun-5-Stix Full meal yang lengkap dengan 3 side dishes dan Kenny punya home-made muffin yang sedap tuh. Harga lebih kurang RM18.50++

Ok kan. Memang pun sedap..


Kalau order Fun-5-Stix ni tak lengkap rasanya kalau tak cuba sekali minuman frosty dan menyegarkan kat sini. The Minty Berry Frost sangat menyelerakan yang di datangkan dengan perisa creamy strawberry  dan coklat mint.




Ada whipped cream plak kat atas tu lagilah syiok oo.  Alah bukanlah mahal mana pun sekadar RM11.90++ je secawan. Berbaloi harga dan rasanya aku rasa.

Sempana dengan pelancaran Fun-5-Stix ni, korang boleh join contest KRR’s ‘Fanta-Stix’ ‘Arti-Stix’ Challenge.

Senang je, meh sini aku citer sket.

  1. Ambil 5 batang skewers yang korang dah abis makan tadi dan create satu artwork dari idea korang sendiri. Alah je apa-apa bookmarks ke, kompas ke, arrow ke kan ikut suka korang
  2. Ambil gambar hasil kerja seni korang tuh
  3. Uploadkan di KRR’s Facebook page.

Itu je, tak yah nak suruh orang LIKE pun coz ada judges yang akan pilih hasil kreativiti korang tuh. Hadiahnya terbaek oo boleh menang KRR meal vouchers bernilai RM900 semua sekali. 3 pemenang akan dipilih secara mingguan dari 24hb September hingga 4hb November 2012.




Tengok ni bersungguh-sungguh aku dengan Mr Big nak siapkan masterpiece ktorg  dalam masa 10 minit je.

Kreatif sungguh diorg nie

Ade ke buat bookmarks, pemalas punye aku la kan

Mr Big buat kompas je, senanG

Inilah hasilnya, memacam benda yang keluar dalam masa 10 minit tau. Kelakar sangat time tuh gaduh-gaduh rebut gunting, pen, gam semualah.


Ok terima kasih to Kenny Rogers Roaster yang sudi jemput ktorg berdua mencuba Fun-5-Stix ni. Memang amat sesuai untuk mereka yang nak diet dan mementingkan kesihatan

Nak tau lagi pasal contest ni boleh hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my . Like KRR kat Facebook at www.facebook.com/KRR.My tau.


10 comments :

hazman aka species1980 said...

menarik gak nie... harga pun okey la...kalau rajin eden cuba gak laa.....

Cik Nurul Siezuka said...

wah bestnyer....

boni kacak said...

pergh..sangat2 melazatkan makanan2 tu..

Dunia Wilma said...

CikLilyPutih dan Mr. Big nie sweet couple la...
Best betul tengok kalian berlumba2 nak siapkan masterpiece masing2 ^_^

Nadot said...

bestnyeee.... nampak sedap gile 5-fun-stix tu tgh2 malam ni...teringat-ingat rase mashed potato n macaroni cheese KRR.. ishk...

CikLily Putih said...

@hazman
ok kan harganya

CikLily Putih said...

@nurul siezuka
mestilah makan kan

CikLily Putih said...

@boni
itulah barulah syiok makan

CikLily Putih said...

@Wilma
mana taknya, diorg bagi 10 minit je tau

CikLily Putih said...

@nadot
baik try, sedap ooo terbaik