Tuesday, October 23, 2012

Pertama Kali Snorkeling Di Pulau Lang Tengah

Hi Korang,

Cam ne aku boleh terlupa nak citer kat korang pasal percutian 1080km bulan lepas ek, ishkk nampak sangat mak  dah tua nokss.

Ok now kita sambung balik ek.


Tempat yang ktorg stay tu Lang Sari Resort kat Pulau Lang Tengah. Alah resort biasa-biasa je coz tujuan pi tu nak snorkeling kan bukan nak memerap dalam bilik. Memang sepanjang 2 hari tu aku duk berjemur kat tengah laut je.




Ktorg di bawa ke satu area dalam Pulau Lang Tengah ni. Not sure plak nama tempatnya. Tapi pengalaman snorkeling kat situ sangat awesome. Kalau korang nak tau yang aku ni memang tak reti proper swimming la, kalau setakat floating, kuak kanan kiri atas bawah tu bolehlah.


Lepas pakai segala mak neka snorkeling gear, diorg ni bukan main seronok lagi terjun kan. Sebab aku cuak so aku suruh Mr Big turun dulu biar aku yang terhegeh-hegeh ni turun guna tangga. Oit sejuk betul air laut warna turquise ni, memang betul laut dalam la.


Terus aku benamkan kepala dalam dasar laut. Masyallah memang cantik. Ikan dan coralnya sangat berwarna-warni dan cantik. Ok naik balik kepala dan terus nekad dalam hati yang aku nak explore gak tempat ni. Float badan slowly dan terus benamkan kepala sekali lagi, automatik kaki bergerak menguak untuk gerakkan badan. Masa tu dah tak de rasa takut lagi coz rasa seronok nak tangkap ikan kat sekeliling badan aku ni.


Tup-tup tangan aku kena tarik plak, la rupanya my big brother nak bawak aku pi tempat yang lagi cantik. Hah redha je sambil mata duk tercari-cari lagi coral-coral yang hidup dan bergerak mengikut arus air. Serious tempat yang Mr Big bawak tu lagi cantik, ikan nemo bersepah-sepah kiri dan kanan bahu kira macam mengiringi aku sekali.


Aku langsung tak bergerak dari situ, betul-betul enjoy the view. Like berjuta-juta kali.

Kemudian ktorg ke area ‘Blue Coral’ yang dekat dengan Sari Pacifica Resort ni. Tempat ni pun not bad jugak, walaupun dekat dengan resort but still ada coral yang cantik-cantik. Tak dalam pun 40 kaki je, boleh nampak dasar laut. Kat sini banyak ikan selar kuning dan ikan sebelah. First time tu tengok ikan sebelah.




Balik resort, aku sambung lagi bersnorkeling kat depan resort. Walaupun air cetek but still banyak gak ikan. Aku terjumpa ikan pari dan baby yu. Nasib baik tak kena gigit uolls. Tapi kat depan resort ni banyak coral hidup so kena pakai kasut untuk snorkeling. Kelakar kan tapi demi nak tengok ikan cantik aku harungi jua tau.


Itulah aktiviti aku sepanjang holiday kat Lang Sari Resort ni. Cetek mata je laut, nak tutup mata pun lepak kat tepi laut dulu. Aku cuma ada kat bilik bila time lunch dan lepas lunch sekejap dan malam je. Rest of the time memang aku duk berendam je dalam laut. Sampai Mr Big tak boleh nak kata apa lagi, dia cuma duk perhatikan aku dari bilik je sambil borak-borak dengan bebudak yang lelain. Sorry tak de gambar dalam laut coz aku terlupa bawak underwater camera. Rugi bebenor dibuatnya.


Kan aku memang gilakan laut, haruslah enjoy sepuas yang mungkin kan.

Ok nanti aku citer lagi pasal Lang Sari Resort ye, walaupun ramai orang komplen tempat tu dalam TripAdvisor but I find it tak delah teruk mana pun.

Aku miss nak dengar deru ombak lah...





14 comments :

Kesuma Angsana said...

wah nampak cam best je ! menarik
tempat ni

Lelaki Ini said...

bist giler snorkeling..
hari tue g sabah first tyme snorkeling...

Dunia Wilma said...

Bestnya ^_^
Mesti enjoy kan...
Wilma tak pernah buat snorkeling lagi :-)

Nigina said...

huhuhu macma nak cuba jer snorkelling... tapi aku tak reti berenang huhuhuhuhuhu

Muhamad anuar Marsib said...

Seronoknya dapat pergi Snockling... Kalau ada masa nanti nak bawa family bercuti dekat sini...


Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

Ma'am IEDA said...

Hahaaa... remind me of my 1st time snorkeling trip kat tioman. 'Panic' bila masuk dalam air.. kikikiiii

ak yuyunz said...

cik lily pegi by package ker? nanti buat review eh =)

hazman aka species1980 said...

whoaa... Mr Big dah gaya cam instructor menyelam pun ada...smart..

Tembikai Laici said...

wowww....Nampak sgt menyeronokkannnn...

boni kacak said...

walaweh.bestnya..tak pernah lagi senokeling ni...

Pemborong perfume said...

wowww bestnyeee!

Sumayyah Nadhirah said...

try call n email mengikut website die tp xdpt la.. =(

cinta hati buncit said...

salam sis .. yg snorkling tu die siap bg skali ke bju tu smue n pakaian yg mcm mne ek yg ssuai tuk org yg bertudung sbb sy ade plan nk ke sne bulan 5 nie

Anonymous said...

saya dah tempah resort ni pd 29/3 to 31/3 tapi komen2 yg saya lihat kata resort ni teruk..dah rasa mcm meyesal pulak sebab x buat check dulu sebelum beli pakej 3D2N.Harap2 pihak resort dah baiki kelemahan dia melalui komen2 pengunjung.