Monday, October 15, 2012

Holiday Gift Set Dermalogica Yang Sungguh Menawan Kalbu Hatiku


Hi Korang,

Kalau travel kemana jua pasti korang bawak skincare dan toiletries, tak kan nak pi beli plak semuanya haruslah kopak kocek seluar. 

malay lifestyle blogger yang perasan comey ehehehhe

So korang bawak yang botol-botol yang besar bangak tu ek? Aku haruslah tak, tahan aku pi cari kat Watson traveller set punye item. Senang sket, boleh sumbat kat mana ruang yang kosong.

Bila aku terpandang holiday gift set dari Dermalogica ni, memang hati aku tak keruan sungguh, mana taknya bukan main cantik lagi. Ada beso, ada sedang-sedang aje dan ada yang cute sangat. Suka lah.

Meh aku tunjuk sket kat korang ek


Set Carry All Bag
Essential Cleansing Solution (500ml), Daily Microfoliant (13gm), Multi-active Toner (250ml), Skin Smoothing Cream (100ml).
Price : RM520.00 (original price RM699.00)


Travel Pouch
Pre-cleanse (150ml), Multi-active Toner (50ml), Gentle Cream Exfoliant (10ml), Intensive Eye Repair (4ml), Solar Defense Booster SPF50 (10ml), Essential Cleansing Solution (50ml), Intensive Moisture Balance (22ml).
Price : RM298.00 (original price RM418.00)


Travel Mini Pouch
Conditioning Body Wash (75ml), Body Hydrating Cream (75ml), 2 duckies yang cute.
Price : 88.00


Dan semua ni didatangkan dengan beg-beg yang cukup comel  dengan warna-warna seperti oren ceria, magenta menawan dan hijau segar  yang dah pun menggegarkan hati aku yang berdegup kencang ni. Biasalah orang perempuan kan suka yang fancy-fancy, kata food blogger ni.

Set hadiah Perayaan Dermalogica 2012 yang fancy benau ni di jual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica Consultation Pod serta pengedar Dermalogica yang sah di seluruh negara while stock last ye. Kalau dah tak de jangan sibuk suruh aku pi tanya kat tokeh Dermalogica ni tau..


Aku dah ada pun yang travel pouch tuh. Sukerlah barangnya banyak dan begnya pun besar tau.

I heart U Dermalogica tau!!!...





6 comments :

Eliss Mie said...

juling jugak biji mata tengok harganya. kalau saya beli bekas travel kit ajer dan isi yang sedia ada, kedek:p kekekeke

KiD said...

dapat itik itik skali eh? :)

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... aku tengok set yang rm88 tu memang menarik laaa...harga yang reasonable

Nurul Akmal said...

Beg dia comel2.. hehehe

Nadot said...

siyes nampak cool gile beg dia.. tp harge .. adoyaii sket la... hehehe

Anonymous said...

sis..klau dkat terengganu ade pengedar produk ni x?