Friday, October 12, 2012

"JOM TENGOK PE3"

Hi Korang,

Ni ada barang baik aku nak citer dengan korang ni.

Sape sini peminat Farid Kamil? Alah pelakon tinggi dan macho tu. Mak aku bukan main suka lagi dengan dia. Hensem bangat katanya! hehehehh tergelak plak aku dengar kan.



So sekali lagi Farid Kamil muncul sebagai pengarah dan juga pelakon dalam filem terbarunya yang bertajuk 'PE3'. Filem bergenre action ni mengisahkan mengenai kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil) yang dibantu oleh Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang yang tersendiri dan segala rancangan mereka amatlah licik, susah dan cekap untuk dihidu oleh pihak berkuasa.



Filem ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, dan ramai lagi. Yang best tuh, producer terkenal tuan punya Metrowealth Pictures iaitu Major (K) David Teo juga akan membuat penampilannya dalam filem ini.


Best kan, barulah "Bapak Segala Gangster"


Ok meh kita layang trailer filem PE3, memang betul ada Major David Teo tau.




Hah percaya kan cakap aku. Itulah korang.

Filem 'PE3' ini akan mula ditayangkan di panggung seluruh Malaysia ini pada 18hb Oktober 2012.

Daripada trailer tuh, aku dapat rasanya yang filem akan mampu mendapat tempat di hati para peminat filem melayu.

Apa lagi, jom pi tengok ye


credit photo: MIG Online




5 comments :

Luqman Zakaria said...

byk filem keluaran mig nih kan~ harap2 citer nih best!

Unknown said...

Nak tengok la filem nie...
Mesti best...
Dari trailer dia pun dah menarik hati Wilma untuk tengok filem nie...
Harap2 filem nie mendapat sambutan yang menggalakkan ^_^

hairulafiz said...

kalu farid kamil berlakon mesti bestnyer diorang punyer fight real..

raihana said...

bia keluar?

Pen Biru said...

salam.sy FK Admin.harap tlg hubungi sy 0125677630 sms atau call.urgent.tq