Monday, September 24, 2012

Percutian Sejauh 1080KM


Hi Korang,

Ingat tak entry aku pasal I need a break. Hah, yang itu lah.


Tertunai gak hasrat di hati ni nak pi bercuti kan. Itu semua last minute plan. Nasib baik tokeh aku a.k.a Mr Big siap booked everything dari resort tempat ktorg tidur, tempat snorkeling, boat untuk travel dengan kereta pun siap service lagi.


Yang lagi best tu bukan untuk ktorg berdua je tapi ada tambahan 12 orang lagi yang tup-tup nak ikut ktorg pi honeymoon, so tak de lah honeymoon jadi outing road trip dengan friends jelah.

Kite citer pasal travelling dulu ek, coz Mr Big belum sempat nak edit 730keping gambo percutian ktorg ni.

Tempat yang Mr Big pilih ialah Pulau Lang Tengah kat Terengganu. Dia kata Redang dah crowded sangat dengan orang so why not pi pulau tak berapa ramai orang, quite private dan coralnya yang cantik sangat.

Ktorg travel dari rumah dalam kul 8.00pm, then lepak kat Petronas Bentong tunggu geng-geng yang lain. Tepat kul 12am ktorg mulakan kan perjalanan. Banyak gak kereta nak ke Pantai Timur so takde lah cam sunyi sangat.

2 tempat je ktorg stop untuk lepak which is:-
  1. RnR Gambang – isi minyak, terkencing, berasap dulu, makan – kul 1.45am camtu

  1. Petronas Mesra Mall Kertih – bergossip pasal bebudak bank, berasap lagi, amik gambo – kul 3.45am, dekat 1 jam gak lepak kat sini.

Lepas tu straight drive ke Jeti Merang lebih kurang 2 ½ jam cam tu. Bila dah pagi drive langsung tak de kereta cuma bas ekspress je yang banyak. Masuk area Kuala Terengganu dekat nak subuh so nampaklah pakcik makcik berduyun2 pi masjid. Dah macam bulan puasa plak gamaknya.

Dari Kuala Terengganu nak ke Jeti Merang,ikut signboard nak ke Kota Bahru coz dengan sekelip mata je signboard akan hilang dan korang boleh lost tanpa tujuan tau. Aku ni nasib baik alert sket,so kena buat2 pandai ye.

Sampai Jeti Merang dalam kul 7.00am cam tu. Bersihkan diri kemudian breakfast.

Sebab ktorg sampai awal, so dapat naik first boat. Bukan boat beso ye, speed boat tau. Just untuk 14 orang je sekali jalan. Walaupun aku dah biasa dengan naik boat ni but speed boat for 45 minit dengan melawan arus ombak kuat lagi memang experience sangat.


Sampai resort, subhanallah memang terpegun sungguh dengan keindahan ciptaan allah ni.Sampai tak boleh nak cakap lah. Air laut turquoise ye. Ko mampu ?

Ok itu je nanti aku citer lain jeng jeng jeng kasi suspens sket lah

Travelling balik plak.

Sampai kat Jeti Merang balik dari resort dalam kul 12pm camtu.


Panaskan enjin kereta dan terus ke Bandar Kuala Terengganu untuk jejalan. Ktorg sempat singgah kedai yang jual banyak keropok losong, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Pasar Payang sebelum teruskan perjalanan balik.


Dari Marang ke area Kemaman ni kena lalu Bukit Kuang, kat sini kena hati-hati sket coz jalan tengah construction so jem yang amat panjang untuk sampai ke Pekan Kemaman.

Sampai rumah dalam kul 2.00 pagi cam tu sebab banyak kali berhenti, hujan yang terlampau lebat, jem teruk kat Bukit Kuang, cari kedai makan sedap kat Cherating, hantar anak-anak dara ni balik lagi.

So ini yang dapat aku simpulkan,

Travelling tips to Kuala Terengganu (Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian)

Duit minyak kereta
RM200 je (dari Bangi – Jeti Merang – Jejalan area Kuala Terengganu-Cherating-Bangi) Ikut kereta lah, kereta beso so banyaklah duit minyaknya kan.

Duit Toll
RM19.60 x 2 = RM39.20 (Toll Lanchang ke Kuantan -return)
RM3.00 x 2 = RM6.00 (Toll Karak –return)
RM5.00 x 2 = RM10.00 (Toll Gombak-return)

Duit Parking kat Jeti Merang
RM15.00 x 2 night = RM30.00 (berbumbung ye)

Duit Jajan
RM150 je ( beli air kat petrol station, breakfast kat Jeti Merang, lunch kat Pantai Batu Buruk, beli buah kat Pasar Payang, beli keropok losong banyak sangat, dinner kat Cherating)

So jumlah perbelanjaan untuk travelling = RM435.20 untuk 2 orang.

Kira ok gak kan sebab dekat pulau ktorg ambil pakej FULLBOARD so semuanya dah siap termasuk makan 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner dan 1 BBQ dinner so tak yah keluar duit langsung.

Rasa cam worth it sesangat.


So sesiapa yang nak driving ke Pantai Timur, rasanya entry  Traveling Tips ini boleh di jadikan guideline, berapa yang korang kena budget/simpan untuk pi bercuti ke Pantai Timur ni.

Road trip sebegini memang best lah, memacam benda yang aku dapat pelajari dari road trip ni.


9 comments :

hazman aka species1980 said...

guideline budget camni la bagus....senang buat kira2x....nanti update gambor makanan pulak yea....

Yana Aina said...

best nya ... berapa harga utk pakej penginapan kat situ ek?

Ma'am IEDA said...

we're planning 1 trip next year to east coast. buat rombongan 'mak jemah'. ahahahaa..

boni kacak said...

wah..guidline yang sangat bagus.. tak sampai seribu sorang pun.. menarik ni...

730 gambar? banyak gila

-meeSUPERGIRL- said...

wah bestnye ..

Nurul Akmal said...

akak harga penginapan dia berape yer?

JMR said...

yey, nanti nak pi jejalan kt terengganu gak la..cantik negerinya..kihkih

AyuArjuna BiGoshh said...

lama dah tak gi pulau..............tak pernah dgr nama pulau ni...me mmg failed bab geografi ni :p

Cahaya Kita said...

bestnye orang tue gi honeymoon...