Tuesday, September 25, 2012

Makan SAMURAI BEEF BURGER Sebab Nak Ikut Trend


Hi Korang,

Apa menda plak mengarut ni, makan SAMURAI BEEF Burger ikut trend plak kan? Abis dah semua orang kecoh kat facebook, blog, twitter, instagram pasal burger limited edition dari Mc Donalds ni, tak ikut trend namanya.


Kang kalau tak rasa lagi, kena perli kedekut plak khakhakahka

So last Friday hari tuh, aku purposely tak nak masak. Tapi mintak permission dulu dengan tokeh bank kang tak pasal2 dia mengamuk plak coz angkat tudung saji tak de makanan kan. Kang bermuay thai plak aku dengan dia. Tak gitu?

Ktorg kuar dalam kul 10pm camtu coz mesti dah tak ramai orang yelah Mc Value Meal time dah abis. Sesampai je kat Mc Donald Bangi ni mak datuk beratur bukan main panjang lagi. Dahlah panjang berbaris-baris plak tu. Turn aku beratur almost sampai ke pintu dah. Gila lah orang Bangi ni.


Mr Big cakap, pi kat outlet satu lagi kat area WARTA tu lah. Nasib baik situ tak ramai orang. Aku no. 2 beratur dari kaunter. Order lah burger yang ikut trend tu. Single patty untuk aku dan double patty untuk dia hey !. Tengok saiz perutlah ye.

Double patty- Samurai Beef Burger

Single patty- Samurai Beef Burger

Ok amik-amik gambo dulu SAMURAI BEEF BURGER ni. Post kat FB, Twitter, Instagram biar semua orang tau yang aku ni ikut trend. So tak leh nak perlekehkan aku lagi khakahkahakhakhakahka (gelak kuat tak henggat)



Dekat 10 minit pose dengan burger ni, baru leh makan. Nasib baik laki mak tu sabo dan paham dengan perangai bini blogger dia ni. Hah ko gigitan yang pertama, aduiyai sos teriyakinya langsung tak pedas, sesuai dengan tekak, sangat sedap dan banyak melimpah ruah. Di gandingkan lagi dengan air fruzz ke frezz yang best tu, mana taknya ribena + 7 up sedaplah kan dan jugak French fries perisa curry katsu tu amboi tak terkata sungguh lah.

Ktorg duduk kat Mc Donald tu sejam lebih gaklah, seronok memerhatikan orang yang makan burger ikut trend ni. Majoriti semua mencuba burger baru ni.


Eh, korang pun kena cuba gak tau barulah ikut trend dan up to date. Tak delah mahal mana pun. Ktorg makan berdua hari tuh cuma RM33.50 (large size, 1 single, 1 double patty).


Salah satu yang terbaik dari Mc Donalds.

Cuma nak komen sket, bila dah malam tu bila lah staff ramai sket. Cian aku tengok Mc D branch Bangi kat sebelah PKNS tuh. Staff kat kaunter 2 orang je, mana tak lambat kan.

p/s : Agak-agak model tak bertauliah aku tu, Mc D nak amik berlakon iklan tak?ehheehe 


16 comments :

_NisaFuzi_ said...

wooo serius tak tahu. hahaha. ni nak p try jugak la ajak si putra.hahahaha

isabelle frankly said...

benci la weii..hang ni saja je tyg kat aku tau.huwaaaaa

♥MAMASYAZA♥ said...

kena cuba ni. tergoda betul tgk

AyuArjuna BiGoshh said...

kompom, bila tgk laki kak lily makan---berderet tau org beratur kat mek di--penangan samurai dan mr big :)

Sue-Rya Qistina said...

aritu nak try, tapi cam nak kena makan gak mcchicken. next time mesti kena try. aritu gcb pun xdpt try. huhuhu

Wilma said...

Nanti nak p try la macam nie...
Terliur jugak tengok bah @_@

Syigim said...

kat dubai takde samurai burgerrrrr waaaaaaa

hazman aka species1980 said...

memang better la kan rasa dia kan.... kalau dapat jadi food tester mekdi nie mesti best kan....

Ma'am IEDA said...

tadi lunch dah try... baru half makan dah kenyang... uhuhuuuu...

Afasz said...

sabar sabar.. terliur la tgk.. thn nk makan ni

boni kacak said...

adeh..nampak sangat2 menarik.....

Denaihati said...

yang Double patty- Samurai Beef Burger tu kalau sapa2 tolak memang takde citarasalah..heeee

puanbee said...

alaa tak ikut trend lah .. macam mana ni ? hiks

Nurul Akmal said...

waaaa belum cuba lagi...

Cahaya Kita said...

sedapnya... baru try semalam....

itmeMawarPutih said...

Uit, sedapnyer. Belum sempat cuba lagi burger nie. :(