Friday, September 21, 2012

Tiger Balm Neck and Shoulder Rub, Tiada Sakit Lagi


Hi Korang,

Nowdays kerja semua pakai computer mana ada orang pakai typewriter lagi, so sepanjang hari lah kita duk mengadap computer tu, itu belum kira bila kat rumah waktu malam sambung main facebook, twitter, update blog, main game.

Kan urat dah tegang kat leher.. ishk

Itulah di antara punca-punca kita mula rasa sakit di bahagian bahu dan leher, yelah duduk tegak je sepanjang masa. Bukan tu je dengan jadual seharian yang pack, stress yang amat, postur duduk yang tak betul  itu pun menjadi sebab kenapa kita selalu menghadapi sakit di bahagian leher dan bahu. Rasa tak uncomfortable sangat lah.

Tapi kita buat tak kisah je.

Tambahan pula, dengan tak de masa nak ke spa atau panggil orang untuk urut, rasanya ramai yang hanya berdiam diri dan beranggapan sakit bahu dan leher ini akan pulih dengan sendirinya. Kira macam magic gitulah. Ada ke kan?

Rasanya Tiger Balm macam paham je dengan penyakit terkini rakyat Malaysia ni, lalu ia pun memperkenalkan produk mereka jeng jeng jeng…


TiGER BALM NECK and SHOULDER RUB

 (REGULAR/BOOST)

Keluaran terbaru dari Tiger Balm ini merupakan cara penyelesaian yang effektif dan mudah untuk cara hidup kita masa kini. Ianya dapat meredakan sakit leher dan bahu dengan cepat dan selesa.


Ianya merupakan krim berasaskan air yang di campur dengan camphor dan  'mentol/menthol' menjadikan ia tidak berminyak dan cepat meresap ke bahagian yang sakit. Baunya juga akan hilang serta merta so tak de orang lain tahu yang korang gunakan Neck dan Shoulder Rub ni. Sesuai untuk sakit leher dan bahu.

Tiger Balm Neck and Shoulder ini di datangkan dalam 2 jenis


Regular Variant
Di datangkan dengan haruman lavender yang mampu meredakan sakit leher dan bahu dengan kadar sederhana dan berpanjangan.


Boost Variant
Mempunyai haruman yang menyegarkan dan mempunyai kadar kekuatan tambahan untuk menghilangkan rasa sakit, stress yang berlebihan, penat dan kesakitan yang amat di bahagian leher dan bahu.

Bagi aku Tiger Balm Neck and Shoulder Rub ni merupakan ‘massage-on-the-go’ yang bersesuaian dengan lifestyle kita masa kini. Kira macam spa juga tapi macam 2 tangan halimunan yang sibuk duk mengurut bahu dan leher kita yang sakit tu lah. Rasanya sesuai dengan orang-orang yang mempunyai cara hidup yang aktif seperti ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti sihat.


Produk ini di datangkan dalam tube bersaiz 50g yang memudahkan kita membawa kema-mana sahaja terutamanya yang senantiasa bergerak ke sana sini. Warna dan reka bentuknya sangat moden dan sleek mampu menyaing produk-produk kelegaan yang lainnya.

Neck and Shoulder Rub ini dikeluarkan dari Tiger Balm satu salah jenama yang dikenali dan dipercayai oleh dunia yang khusus dalam menyediakan produk berkualiti untuk kelegaan kesakitan selama hampir satu abad.


Bila dah tak berapa kuat lagi ni, kenalah senantiasa ada penawar untuk kesakitan sebegini. Kita tak tau dengan tetibanya sakit bahu dan leher ni boleh muncul kan.


5 comments :

mardewan said...

Tiger balm ni dari dulu memang Best..

hazman aka species1980 said...

hurmm.... tapi kalau nak puas hati dapat full body massage gak yang best...hihihihi

Myvitrd said...

Pasni mr. big takyah nak urutkan lagilah ye.. sapu je dah ok.. hehehe

KiD said...

waaaahhhh... ini tiger balm sangat membantu!!

AyuArjuna BiGoshh said...

amboi kak duta harimau lak ni hehhehehe