Monday, September 10, 2012

Celcom Cupcake Challenge Baking Workshop

Hi Korang,



Dah lama rasanya tak buat kerja-kerja buat kek ni kan. Yelah nowdays memang tak de masa sangat. Terlampau sibuk sangat dibuatnya.


Celcom Hosts Exclusive Baking Workshop For National Pride
Bloggers and media rise up to the Celcom Cupcake Challenge with hands-on, fun-filled activity.

Tapi bila Celcom menjemput ktorg ke Cupcake Baking Workshop ni terus rasa teruja. Tapi Celcom dan cupcake? Cam pelik bunyinya kan. Rupanya Celcom Axiata Berhad yang merupakan salah satu syarikat Telco yang terkemuka di Malaysia sedang mengadakan satu pertandingan online iaitu Celcom Cupcake Challenge yang berlangsung dari 30 Ogos 2012 – 20 Semptember 2012  sempena ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September 2012.

Belum start lagi masa nie

Cupcake Baking Workshop ini di adakan di The Cooking House yang disertai oleh 50 orang Malaysian bloggers dan wakil media publications untuk belajar cara asas menyediakan cupcakes termasuk menghiasnya sekali yang bertema semangat patriotik.


Menurut kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer Celcom Axiata Berhad  “Pertandingan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bukan setakat kepada pelanggan Celcom saHaja. Inilah masanya untuk mereka membuktikan semangat patriotik dengan menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Kami memilih Facebook sebagai medium yang membolehkan pengguna get together, berkongsi kasih sayang mereka kepada Malaysia dan pelbagai lagi''.


Baking Workshop ini di acarakan oleh Chef Lu Soo Chee (resident cake artist di The Cooking House) dan Chef Celebriti Rose yang popular dengan rancangan Selera di TV3. Ktorg diberikan briefing tentang cara membuat cupcake secara ringkas sebelum class bermula.

My teamate Yana Yassin

Satu team terdiri dari 2 orang. Since Mr Big jadi photographer so aku partner dengan Yana Yassin. Bahan-bahan yang terdiri daripada telur, butter, esen vanilla, tepung, susu telah pun disediakan. Ktorg ikut je yang Chef terangkan tadi satu persatu.

Di antara bahan untuk buat cupcake

 
Kacau jangan tak kacau ye

Ok pecah telur ye

Masukkan tepung plak

Dah siap adunan, masuk dalam acuan 

Comot kan

Susun dalam dulang plak

Ok bakar time

So sementara nak tunggu cupcake masak, ktorg start belajar buat butter icing plak untuk decorate cupcake tu nanti. Kena buat 4 warna ikut warna Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning.

Kek yang nak di decorate

Makcik IKS tengah promo bisnes

Piping pun bermula

Tekan jangan tak tekan

Tengok berhempas pulas nak menghias kan. Memacam rupa ada, tebal nipis besar kecik semua adalah.



Inilah hasil cupcake ktorg. Tak de lah cantik sangat tapi yang penting sedap dimakan ye.

Team Caroline, Ciki dan Charmine

Akhirnya Chef Lu memilih team ni untuk memenangi Bloggers Cupcake Challenge ni. Ktorg tak menang pun tapi happy sesangat sebab dapat rasa cupcake yang ktorg buat tadi. Sedap ooo walaupun icingnya kasar kan khahkahakhakah





Memang seronok dapat datang ke baking workshop nie. Mana taknya ilmu memasak pun dapat, makan pun dapat kan. Terima kasih Celcom sebab sudi menjemput ktorg ke workshop ini.


Hah mesti korang teruja nak join Celcom Cupcake Challenge kan? Aku dah agak dah..

Ok baca ni

1.   Korang cuma kena design cupcake mengikut kreativiti korang sendiri yang bertemakan semangat patriotik.

2.   Kemudian upload ke www.facebook.com/cupcakeschallenge. Korang boleh upload seberapa banyak design yang mungkin.


Tarikh tutup pada 23 September 2012 dan 55 penyertaan yang mendapat most ‘LIKE’ di entry mereka akan dipilih ke grand finale pada 29 September 2012. Pemilihan juri yang terdiri daripada orang ramai dan panel juri selebriti berdasarkan kreativiti, uniknya rekaan mengikut gambar yang dihantar.

3 pemenang utama akan menerima telefon Samsung Galaxy SIII yang bernilai RM2,199 setiap satu dan RM10,000, RM5,000, dan RM2,000 tunai untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kepada 52 finalist akan juga menerima telefon LG Prada sebagai saguhati.


Untuk maklumat lanjut, boleh ke Celcom Cupcake Challenge fanpage di www.facebook.com/cupcakechallenge  atau  www.celcom.com.my atau boleh hubungi 1300-111-0000 or  1111 dari Celcom mobile.

Apa lagi, startlah buat cupcake ye, mana tau ade rezeki kan..




6 comments :

Nurul Akmal said...

Wah sememangnya payah jugak yer nak buat cupcake... yang Nurul tahu makan cupcake yg sedap... hehehe

Sop said...

terrer lah sis buat cupcake
lepas ni boleh buka tempahan :)

afiah_yaa said...

salam kenal kak lily...mmg nmpk sdap sngt cupcakes nih...nati jgn lupa folow molow blog sya plak ek...:)

hazman aka species1980 said...

whoaaa....lepas dah boleh buat bisnes cupcake online la yea.... banyak UNTUNG wooo

boni kacak said...

pergh..hadiah gila lumayan.. tapi saya pulak tak reti nak buat cupcake..haha

Nurul Akmal said...

uiihhh sedapnyer cup cake...