Thursday, September 6, 2012

Seronoknya Bercuti Di Genting Highlands Lagi

Hi Korang,

Hari tuh aku dah cerita pasal memacam aktiviti boleh dibuat ketika bercuti di Genting Highlands, boleh refer kat ENTRY ni ye. Now aku nak sambung lagi apa lagi yang seronok dibuat di atas puncak Genting ni.

Sabo jap, nak perah idea ni



Selain dari berjimba kat Outdoor dan Indoor Theme Park, ada gak aktiviti lain yang korang boleh buat seperti main salji di The New Snow World, cuba terapung badan di Sky Venture, terbang macam Superman di Flying Coaster, main bowling, archery, tengok show Ripley’s Believe It Or Not!, main video game, lepak kat Q-Center dan Cyberworld.


Banyak kan, ermm tak puas lagi dengan apa yang ada. Ishk korang ni memang tau.


Boleh try naik cable car ke kaki bukit Genting. Best ooo, perjalanannya not bad boleh tengok seluruh Genting Highlands dari dalam cable car ni. Bila dah turun bawah tuh, boleh ke Strawberry Farm, Orchid Farm dan Mushroom Farm di Awana. Semuanya terletak satu tempat so senang sket nak berjalan kan.


Dah penat-penat tu, boleh lah berehat sebentar di Swee Cave Temple. Salah satu tempat yang dapat merehatkan minda dari segala kekusutan. Sejuk dan nyaman je bila berada di sini.

Macam mana? Syiok kan

Itulah aku pun memula ingatkan kat atas puncak tu ada pelbagai aktiviti rupanya kat bawah ni best gak. Rasanya kalau ade weekends yang free boleh jugak aku ke Genting Highlands untuk berehat di hujung minggu.

So korang pun dah boleh start plan untuk pi bercuti bawak anak-anak ni kan. Senang bila dah plan, nak save budget pun tak susah.


Aku maybe nak main Spinner, Solero Shoot dan Corksrew lah, sesaje nak tengok jantung aku ni still kuat lagi ke tidak ek.

Segalanya ada di Genting Highlands..

Pics : Credit to Google

7 comments :

Geng Borak said...

jom naik solero!!! hehehehee

Norma NML said...

Bestnye..dah lama tak pegi sana..

Ma'am IEDA said...

dah berkurun giler tak ke GH. Last pegi masa zaman dating... giler lama... hahahaa

Unknown said...

akak.. kalau nak tahu harga bilik nak refer kat mana?? sebab nurul cek website harga x tunjuk sgt.. hanya tunjuk yg mahal2 jer..

cik chinta said...

Tah ble nk spi, dr sek ren, spi da kawen, kn jnji nk g if exm bgs. Jnji x dtepati btul, huhuh

boni kacak said...

eh.. kat sini pun ada strawberry farm jugak ye?? baru saya tau..haha.. teruk betul

Sherry said...

Wah best la.. Long time no go. Last time is 1998